Sumber-sumber teks Yahudi kerap menyebut bahawa Gog dan Magog (Yakjuj dan Makjuj) lahir daripada keturunan Yaphet bin Nuh. Daripada keturunan Yaphet, lahir suku-suku bangsa yang berlegar sekitar padang ragut Eurasia, sebuah padang luas yang merangkumi sebahagian Eropah Timur dan sebahagian Asia.
Gog dan Magog
Sebilangan mereka berpindah ke
Eropah dan dipanggil suku Scythia dan Saxon. Sebilangan lagi berpindah ke Asia
dan dipanggil Mongol dan Tartar. Kumpulan barbar nomad itu yang memasuki Asia
pula kemudian menetap di sekitar Mongolia, sebahagian wilayah di tanah besar
China dan Turki.
Perjalanan suku bangsa (Gog
Magog) dari jurai keturunan Yaphet itu pula mempunyai hubungan induk bangsa
dengan suku-suku Yahudi yang telah lama hilang. Kenyataan itu dikuatkan dengan
perjalan sejarah mereka sendiri yang direkodkan dalam pelbagai sumber, malah
kajian genetik pada sekitar 1990-an di Jerman juga membuktikan bahawa suku
Mongol mempunyai kod genetik yang menyamai Scythia dan juga Yahudi.
Dari segi hubungan Scythia (Saxon) - Mongol - Yahudi secara sejarahnya
dan genetiknya, ia sudah dibuktikan secara saintifik. Bagi mendapatkan
keterangan lanjut, ia boleh dirujuk melalui hasil penerangan terhadap kajian
genetik Yahudi di Jerman seperti yang dimaksudkan.
Kemudian pada sekitar 960 Masehi
(zaman Dinasti Song), direkodkan mengenai kemasukan orang Yahudi di China
akibat kesan daripada peristiwa diaspora bangsa itu pada abad awal Masehi.
Bangsa Yahudi yang memasuki China kemudian menetap di Kaifeng (salah satu
kawasan di wilayah Hennan) dan berasimilasi dengan masyarakat Cina di sana. Ia
seterusnya melahirkan bangsa baru hasil campuran darah Yahudi dengan darah
Cina. Agama mereka pula ialah agama Yahudi dan lain-lain agama yang terlahir
daripada kepercayaan ketuhanan mengikut cara Yahudi (sesetengahnya beragama
Nasrani mengikut fahaman Yahudi). Dari segi pengkelompokan sub-bangsa Yahudi,
ia disebut Yahadut Mizrah (minta izin untuk memanggil mereka sebagai bangsa hybrid).
Yahadut Mizrah bukan hanya
melibatkan percampuran darah Yahudi dengan darah orang Cina sahaja. Malah di
beberapa negara lain, bangsa Yahudi turut berasimilasi dengan lain-lain bangsa
selain mereka melalui ikatan perkahwinan bagi melahirkan bangsa-bangsa baru
yang mempunyai campuran darah mereka.
Di Ethopia, bangsa Yahudi
berkahwin dengan bangsa Habsyah yang berkulit hitam dan melahirkan keturunan
Yahudi kulit hitam. Manakala di Eropah moden juga menyaksikan perkara yang sama
melibatkan percampuran darah sehingga melahirkan bangsa-bangsa baru yang
berdarah Yahudi.
Semua anak-anak mereka dibesarkan
mengikut cara Yahudi, berfikir seperti Yahudi dan berkelakuan seperti Yahudi.
Ia kerana bangsa Yahudi sangat dominan dalam memastikan bangsa-bangsa lain
mengikut cara mereka dan sikap sedemikian itu disebut jelas oleh Allah dalam
al-Quran sebagai peringatan kepada umat Islam.
Bermula tahun 960 Masehi, bangsa Yahudi yang bercampur
dengan darah orang Asia Timur terus berkembang. Ia ditambah lagi dengan
kemasukan awal oleh suku Mongol ke Asia Timur sejak Sebelum Masehi, keadaan itu
menyebabkan Asia Timur yang agak hampir dengan padang ragut Eurasia terus
menyaksikan kelahiran demi kelahiran anak-anak bangsa baru yang mempunyai darah
Yahudi dan Mongol-Scythia (Indo-Scyth).
Antara tempoh 960 Masehi hingga 1100 Masehi, bangsa hybrid
ini pada awalnya hanya berlegar sekitar tempat mereka berhenti (menetap)
iaitu di sekitar wilayah-wilayah yang mereka duduki termasuk Asia Timur,
sebahagian Eropah serta sebahagian wilayah di utara Asia Barat dan wilayah
bahagian utara Asia Selatan atas beberapa sebab seperti kekalahan Scythia
ketika diserang balas oleh Assyria dan peristiwa diaspora.
Seperti sedang mengalami trauma akibat dua peristiwa
itu, bangsa hybrid ini mengambil langkah untuk menetap sebelum
meledakkan gelombang ‘kebangkitan’ bangsa campuran darah itu yang membawa
kehancuran di pentas dunia sebagaimana direkodkan oleh pencatat-pencatat
sejarah.
Ia dimulakan dengan kebangkitan Scythia dari saudara
sama darah mereka yang juga mahir menunggang kuda serta memanah iaitu Mongol.
Bermula dengan gelombang itu, tanah-tanah orang Arab diserbu dan diserang serta
diranapkan sehingga menyaksikan keruntuhan pemerintahan Islam terutama kerajaan
Abbassiyah oleh orang-orang pagan Mongol. Daripada kejatuhan
kerajaan-kerajaan Islam itu, dicatatkan terdapat gerombolan orang Arab yang
mengekori orang Mongol untuk melakukan serangan balas.
Pecahan suku Scythia di beberapa bahagian Eropah pula
turut berkembang melalui kelahiran demi kelahiran meskipun melalui zaman tidak
menentu di sana. Peredaran zaman pula terus menyaksikan perkembangan suku
bangsa itu yang akhirnya tersebar ke seluruh Eropah yang mana digelarkan nenek
moyang orang Eropah adalah sebagai dari suku Saxon.
Sebutan Saxon pula terhasil daripada perubahan sebutan
Scyth-Shetia-Shatka-Shetka-Shakashu-Shakashun-Saksun-Seaxen-Sasun-Sahson-Sahuns-Saxon.
Perubahan sebutan itu berlaku disebabkan oleh sebutan lidah bangsa-bangsa yang
pernah diserang oleh mereka pada sepanjang perjalanan bangsa mereka sebelum
sampai ke Eropah selepas kurun kelima.
Orang-orang Saxon yang menjadi nenek moyang bangsa
Eropah paling ramai menduduki Germania (Jerman) pada awal kedatangan mereka ke
Eropah sebelum berkembang ke seluruh Eropah. Ia termasuk berkembang sehingga ke
England, Portugal, Sepanyol dan sekitar gugusan Scandinavia. Bagaimanapun, cara
mereka berkembang di Eropah juga adalah dengan cara yang sama seperti sebelum
suku Scythia meninggalkan Asia Tengah iaitu dengan cara melakukan kerosakan
serta gemar berperang.
Ketika orang Saxon gigih berkembang di Eropah, berlaku
banyak siri perang sepertimana sejarah orang-orang Viking (orang Sahuns atau
orang Huns) dalam sejarah awal Eropah. Pada ketika itu, agama mereka ialah
Pagan.
Apabila Eropah (Scythia moden) memasuki zaman
perluasan kuasa terhadap beberapa bahagian dunia, ia menyaksikan perubahan yang
sangat besar dalam pelbagai keadaan. Sub-bangsa Yahadut Mizrah yang bergerak
perlahan-lahan ke seluruh pelosok dunia untuk terus berkembang juga semakin
mudah digerakkan ketika era kolonial Eropah.
Berbekalkan wajah yang tidak kelihatan seperti Yahudi,
golongan hybrid ini sebenarnya lebih mudah menjayakan cita-cita Yahudi
berbanding orang Yahudi teras itu sendiri pada ketika bangsa-bangsa lain tidak
menerima bangsa Yahudi (bangsa teras) untuk dijadikan kawan yang boleh
dipercayai.
Ia kerana walaupun wajah mereka tidak mewarisi rupa seperti bangsa teras mereka, namun hati dan jiwa mereka adalah Yahudi. Cita-cita mereka ialah untuk menjadikan cita-cita
bangsa teras mereka itu berjaya. Segala perlakuan, urusan, dan sokongan
diberikan sepenuhnya terhadap bangsa teras mereka bagi melihat kejayaan yang
dicita-citakan bersama.
Mereka bekerja untuk kepentingan
bangsa teras mereka dan untuk bangsa-bangsa yang mempunyai profil darah yang
sama dengan darah mereka. Darah itu ialah darah Yahudi. Begitu juga dengan suku
Scyth (kini Eropah), sama-sama bekerja untuk kepentingan bangsa teras mereka.
Apabila dihitung Yahadut Mizrah
dan bangsa-bangsa utama Scyth di Eropah dan dibandingkan dengan kekuatan orang
Islam hari ini, ia menyamai maksud hadis Rasulullah bahawa pada akhir zaman
kita akan melihat bahawa setiap 9 daripada 10 orang manusia adalah Yakjuj dan
Makjuj, manakala hanya seorang sahaja orang Islam daripada jumlah 10 orang itu.
Namun, usah gentar.
Sub-bangsa hybrid Yahudi yang lahir di Kaifeng
kemudian berkembang sekitar Asia Timur. Mereka memasuki wilayah-wilayah lain
sekitar tanah besar China, hidup bersama orang-orang Han, Manchu, Chin dan
lain-lain suku bangsa Cina melalui asimilasi perkahwinan.
Pada masa yang sama, mereka mengekalkan cara berfikir
seperti orang Yahudi dan melaksanakan tindak tanduk yang menguntungkan bangsa
teras mereka. Sesetengahnya mengekalkan ajaran agama Yahudi dan sesetengah yang
lain menganut agama Nasrani yang juga lahir daripada Yahudi. Mereka hanya
menerima nilai-nilai yang dibawa Yahudi termasuk dari aspek perniagaan,
perdagangan dan juga keagamaan di sepanjang perjalanan mereka di seluruh
pelosok dunia.
Kemasukan bangsa Yahudi ke Kaifeng mempunyai sejarah
yang berkaitan dengan Laluan Sutera
atau Silk Road (206 Sebelum Masehi hingga 220 Masehi). Ia adalah tempoh
alur masa (time line) yang sama dengan era Rom, hampir kira-kira 100
tahun selepas peristiwa pembakaran Jerusalem yang menyaksikan orang Nasrani dan
Yahudi digempur tentera Rom.
Petunjuk kepada kemasukan itu selari dengan tempoh
Laluan Sutera dijadikan laluan utama darat ke Asia yang turut melintasi padang
ragut Eurasia (Afro-Eurasia)
yang menghubungkan Asia Timur dengan Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Barat,
Meditteranean, Afrika dan Eropah.
Laluan itu terkenal pada tempoh waktu tersebut (206
Sebelum Masehi hingga 220 Masehi) sebagai laluan untuk ke bahagian Timur dunia
di Asia. Disebabkan ia juga menghubungkan Asia Tengah dan Asia Barat, ia
membolehkan bangsa Yahudi mengikut laluan yang sama untuk ke Asia dan sampai ke
China (Kaifeng) pada kira-kira 900 Masehi yang lalu.
Laluan Sutera digunakan sebagai
jalan darat ke Asia pada tempoh yang sama dengan era Rom. Dalam tempoh yang
lebih awal (antara tahun 66 Masehi hingga 135 Masehi), Rom melakukan kekejaman
melalui tiga episod perang terhadap orang Yahudi dan Nasrani di Jerusalem dalam
tempoh itu. Orang Yahudi memanggil peristiwa itu sebagai ha-Mred-ha-Gdol
atau juga disebut The Great Diaspora atau The Great Revolt yang
menyaksikan bangsa Yahudi berpecah ke serata dunia untuk menyelamatkan diri.
The Great Diaspora
Ia hukuman daripada Allah selepas
Yahudi mendustakan risalah yang dibawa Nabi Isa. Akibatnya, Allah menurunkan
bala kepada mereka berupa peperangan hebat daripada tentera Rom yang sebelum
itu bersekutu dengan mereka untuk menjayakan komplot membunuh Nabi Isa.
Atas faktor The Great Diaspora
itu, mereka juga melarikan diri sampai ke Asia, orang Yahudi melarikan diri ke
beberapa bahagian di dunia termasuk ke Asia dengan menggunakan Laluan Sutera
yang berakhir di tanah besar China. Ia tidak mustahil kerana Laluan Sutera
sememangnya menghubungkan Asia Barat dan Asia Tengah dengan melalui utara Arab
dan Parsi sebelum masuk ke Asia melalui utara India.
Barangkali, kemasukan orang
Yahudi adalah jauh lebih awal daripada 960 Masehi (tarikh yang
dipersetujui dan direkodkan secara rasmi oleh komuniti Yahudi Yewtai Kaifeng). Kemasukan mereka ke Asia Timur mungkin lebih
awal iaitu sekitar abad pertama Masehi atau abad kedua Masehi lagi iaitu
semasa atau selepas tragedi pembedilan Jerusalem oleh Rom.
Di antara Yahudi yang melarikan diri tersebut ialah
para Yahudi yang berpegang kepada ajaran lama (Judai), serta para Yahudi yang
berpegang kepada ajaran baru (Nasrani). Asia Timur dijadikan tempat bersembunyi
mungkin disebabkan oleh jaraknya yang jauh daripada Jerusalem yang sedang
dibedil tentera Rom ketika itu. Sebaik sampai ke Asia, mereka berdiam diri dan
berasimilasi dengan orang Asia Timur.
Dalam sesetengah pendapat,
dikatakan Rom menjalin hubungan dengan China pada tahun 78 Masehi dalam hal ehwal
perdagangan dan membina hubungan dua hala. Hubungan itu terjalin semasa
berlakunya perang Rom-Yahudi di Jerusalem. Hubungan ini pula cuba ditentang
oleh Empayar Kushan (kini Afghanistan dan sebahagian Pakistan) ketika itu atas
beberapa faktor.
Pada masa yang sama juga, orang
Yahudi sebilangannya mungkin sudah sampai ke Asia Timur atau dalam perjalanan
ke sana. Hubungan yang dijalinkan Rom dengan China adalah mungkin pada masa
yang sama untuk menjejak kumpulan-kumpulan bangsa Yahudi yang melarikan diri ke
Asia Timur. Jarak masa itu sangat selari dan secocok apabila dipadankan dengan
populariti Laluan Sutera dan Perang Rom-Yahudi ketika itu.
Tanah besar China menjadi sebuah
kuasa besar di Asia Timur ketika Sebelum Masehi dan abad-abad awal Masehi
sebelum kemasukan British semasa zaman kolonial. Kerancakan aktiviti
perdagangan menjadi antara sumber ekonomi utama China walaupun sering menerima
ancaman daripada kuasa-kuasa asing sejak Sebelum Masehi dan semasa Masehi.
Yahudi yang bersembunyi di China pula seperti
dikatakan sebelum ini, sudah berkembang dan bertebaran di tanah besar China.
Mereka memasuki wilayah-wilayah lain di tanah besar China dan membina
penempatan komuniti untuk sama-sama terlibat dalam perdagangan. Ia tidak
mustahil kerana manusia sememangnya sentiasa bergerak.
Menjadi kelebihan golongan itu ialah wajah mereka yang
saling tidak tumpah dengan etnik-etnik Cina yang lain di tanah besar kerana
turut memiliki genetik Cina. Walhal, mereka mempunyai darah
Yahudi dan mempunyai jiwa serta pemikiran Yahudi.
Tembelang mereka ini boleh
dikesan ketika Perang Candu di China pada tahun 1839 hingga 1842 apabila
dikesan kewujudan kumpulan pembelot yang bergerak secara bawah tanah (kongsi
gelap, secret society) dan bekerjasama dengan British untuk membawa masuk
bekalan candu secara berlebihan iaitu tidak mengikut syarat perjanjian
perdagangan candu di China ketika itu.
Mereka terus bergerak ke seluruh
Asia menggunakan jalan darat sehingga memasuki Siam (melalui Chiang Mai)
sebelum masuk ke Tanah Melayu (sebelah utara semenanjung). Ia berlaku sekitar
era kolonial British di Asia.
Kita tidak mengatakan semua kaum
Cina itu sebagai Yahadut Mizrah, tidak sekali-kali dan tidak perlu ada salah
faham. Ia kerana kaum Cina itu sendiri merupakan bangsa yang besar dan mempunyai
suku-suku tersendiri.
Manakala Yahadut Mizrah pula
dikesan sebagai satu suku Cina di Kaifeng yang mempunyai darah Yahudi
disebabkan perkahwinan selepas kemasukan Yahudi di kawasan itu (dalam artikel
ini kita hanya menggunakan rekod popular dan bukan rekod-rekod lisan atau
catatan-catatan lama). Bukan semua kaum Cina, tetapi hanya melibatkan beberapa
komuniti bangsa Cina sahaja yang berasimilasi dengan Yahudi.
Selain Kaifeng, terdapat beberapa
kawasan lain yang turut menjadi tempat persinggahan Yahudi di tanah besar
China. Asimilasi yang berlaku bukan sahaja melahirkan zuriat-zuriat yang
mempunyai darah campuran Yahudi, malah turut mewariskan agama serta ideologi (superiority)
yang dibawa oleh Yahudi.
Berdasarkan rekod di Hennan,
Canton dan Shanxi, nama-nama keluarga (surname) mereka pula ialah Ai,
Gao, Gaw, Shi, Chee, Jin, Li, Lee, Lim, Lin, Zhang dan Zhao. Dalam rekod lain,
sebilangan keluarga Zhang dilaporkan memeluk agama Islam pada awal abad ke-20.
Pemberontakan Taipeng (1850-1864)
yang melibatkan perang saudara melibatkan ketegangan beberapa suku di China
menyebabkan suku Yahudi Kaifeng mengalami keadaan yang hampir sama dengan diaspora.
Sesetengah pendapat mengatakan pemberontakan tercetus akibat perbalahan
akidah antara tiga komuniti iaitu Nasrani, Yahadut Kaifeng dan Muslim berdarah
Cina.
Akibat pemberontakan, sebahagian
Yahadut melarikan diri pulang ke Kaifeng dan sebahagian lagi melarikan diri ke kawasan-kawasan lain tanpa rekod yang
jelas. Sebahagian lagi dikatakan melarikan diri ke kawasan berdekatan
laut di sekitar tanah besar China dan memainkan peranan membantu memperbesar
kegiatan perdagangan di China pada awal abad ke-20. Sesetengahnya pula memeluk
Islam.
Selepas Perang Dunia Pertama
pula, direkodkan ramai Yahudi Ashkenazi dari Eropah dilaporkan tiba ke China
dan berlaku sekali lagi asimilasi dengan bangsa tempatan sehingga melahirkan
satu lagi kelompok Yahadut Mizrah terutama di Canton, Shanghai serta lain-lain
wilayah.
Kedatangan British ke China
memberi impak besar kepada perkembangan Yahadut Mizrah yang melarikan diri dan
hidup melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan di sekitar
pelabuhan-pelabuhan. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan serta
menjalin hubungan dengan British. Hubungan dengan British membolehkan Yahadut
Mizrah terlibat dalam perdagangan dengan jajahan takluk British merangkumi
Tanah Melayu, Borneo dan India.
Kegiatan perdagangan tersebut
juga membolehkan Yahadut Mizrah berpindah dari China ke jajahan-jajahan British
di sekitar Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk membina komuniti mereka di
jajahan-jajahan tersebut serta menguasai sektor-sektor ekonomi dan mendapat
perhatian secukupnya oleh British.
Kemasukan Yahudi ke China tidak
berlaku hanya sekali, ia berlaku sebanyak berkali-kali terutama ketika era
kolonial Eropah ke atas tanah-tanah Asia. Zuriat-zuriat berdarah campuran
Yahudi itu pula diberi kelebihan oleh pihak kolonial untuk terlibat dalam kegiatan
perdagangan East India Company.
Kegiatan perdagangan East
India Company menjadi salah satu faktor yang membawa kepada tersebarnya
Yahadut Mizrah ke seluruh tanah jajahan mereka di Asia.
Logo East
India Company
Bangsa Yahudi memiliki sejarah
yang sangat panjang dan sentiasa menyelinap masuk ke dalam hampir semua
peradaban demi survival bangsa mereka. Sejarah silam Sebelum Masehi
menyaksikan kewujudan mereka di hampir semua tamadun termasuk Babilon, Mesir,
Assyria dan sebagainya. Manakala sejarah semasa Masehi pula menyaksikan situasi
yang sama, mereka terus berkembang dan hidup di seluruh pelosok dunia.
Apabila tiba waktunya, mereka
akan timbul di celah-celah kita semua tanpa disedari. Timbulnya mereka adalah
bersama semangat menjayakan cita-cita bangsa teras mereka. East India
Company telah membawa mereka ke serata dunia. Bukan semua yang memiliki
wajah hampir sama itu adalah Yahadut Mizrah. Bukan semua.
Yahadut Mizrah dari Asia Timur terus bergerak ke
seluruh Asia…
Ada di antara mereka yang memeluk
Islam dan beriman kepada Allah.
Buku saya 'Misteri Ya'juj & Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia' juga ada menyentuh serba sedikit tentang hal ini.
ReplyDelete