Berikut adalah daftar 25 prinsip
/ tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula
membiayai konspirasi Illuminati.
25 matlamat berikut akan dilaksana oleh Amerika dan
seluruh dunia, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana
konspirasi Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua
rancangan jangka panjang mereka, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada
tahun 1776.
25 Objektif
Illuminati
1.Aturkan semua manusia supaya
lebih cenderung dan senang ke arah kejahatan berbanding kebaikan.
2.Anjurkan
gerakan Liberalisme (hancurkan keagamaan)
3.Gunakan
idea "kebebasan" untuk mewujudkan pertentangan atau krisis antara
kelas dalam masyarakat.
4.Gunakan segala cara untuk
mencapai Tujuan Illuminati seperti yang telah ditetapkan.
5.Mendapatkan "Hak"
untuk "BERDUSTA" ke atas setiap peristiwa yang berlaku.
6.Kekuatan sumber dan keupayaan
harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh
kekuatan yang tidak boleh lagi di permainkan atau dimusnahkan.
7.Galakkan masyarakat supaya
cenderung untuk merusuh (secara psikologi) sebagai satu cara menguasai mereka.
8.Pergunakan alkohol, dadah,
rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan
belia.
9.Berusaha
memiliki kekayaan, harta atau aset dengan apa cara jua sekalipun.
10.Gunakan slogan-slogan hebat
seperti hak asasi, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan / tuntutan rakyat
jelata dalam peperangan psikologi.
11.Peperangan harus diatur,
sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan bakal mengalami masalah hutang
yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak
lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing.
12.Setiap ahli perlu menggunakan
kekayaan yang ada untuk menentukan "calon" yang dipilih dan tempatkan
di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka (ahli) dan gunakan mereka (calon)
sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat harus
dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.
13.Mengawal akhbar atau media.
14.Agen akan muncul ke hadapan
selepas mencetuskan kacau bilau dan bertindak pula dengan lagak sebagai
penyelamat orang awam.
15.Wujudkan kemelesetan industri
dan kepanikan / kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan
dan gunakan keadaan ini sebagai alat untuk menguasai orang ramai atau para
perusuh dan kemudian gunakan perusuh ini untuk menghapuskan semua penghalang.
16.Menyusup ke dalam pertubuhan
rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.
17.Kendalikan penipuan secara
sistematik, dengan menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapkan
janji manis kepada masyarakat bahawa mereka bakal nikmati kebebasan dan hidup
mewah walaupun semua itu adalah palsu.
18.Rancang dengan teliti untuk
sesuatu resolusi, bincangkan halacara pertempuran di jalanan, aturkan mana-mana
yang perlu untuk mempercepat kejayaan menguasai penduduk.
19.Gunakan agen sebagai pemberi
maklumat atau nasihat di belakang tabir selepas berlaku perang atau huru hara
dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.
20.Bangunkan monopoli berskala
gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia.
21.Gunakan cukai yang tinggi dan
wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan
menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing
mereka.
22.Membina kekuatan persenjataan
melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.
23. Ahli dan pemimpin-pemimpin
kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh pengarah.
24.Menyusup ke semua kelas dan
lapisan masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, memperkotak-katikkan dan
rosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu
adalah palsu.
25.Undang-undang Nasional dan
Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan
mengawal orang ramai.
No comments:
Post a Comment