Kenalkah anda kepada Benazir Bhutto?
Wanita Islam pertama di dunia yang diangkat menjadi Perdana Menteri, selain pernah
diiktiraf sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People
Megazine.
Benazir
Bhutto
Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27
Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali
perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27
Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah
dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan
kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi.
Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan
mengadakan satu pilihan raya baru.
Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993
tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu,
Farooq Leqhari Pada tahun 2006, Interpool telah mengeluarkan arahan untuk
menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa
beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden
Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.
Benazir Bhutto merupakan anak sulung
kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat
Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di
Universiti Oxford dan Universiti Harvard. Dia mula belajar di Lady Jennings
Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi,
Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level
ketika berumur 15 tahun.
Dari 1969-1973, dia telah melanjutkan
pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusets, Amerika
Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan
dipilih menyertai Phi Beta Kappa, yakni sebuah pertubuhan Yahudi.
