Wednesday, May 23, 2012

Konspirasi Gerakan Penyembah Iblis Laknatullah - Kabbalah

 Pengertian

Secara harafiah Kabbalah (Qabala) bermakna tradisi lisan. Perkataan Kabbalah diambil dari bahasa Ibrani : Qibil yang bermakna menerima atau tradisi warisan.

Kabbalah atau Qibil dalam bahasa Ibrani pada awalnya adalah istilah yang neutral, yang secara harfiah memiliki erti sebagai ‘lisan’. Namun sejak kaum Yahudi menggunakan istilah ini untuk menyembunyikan dan memelihara kepercayaan mistis-esoteris oleh kelompok mereka, maka istilah ini menjadi sangat politik. Encarta Encyclopedia (2005) mencatatkan bahawa istilah Kabbalah berasal dari bahasa Ibrani yang memiliki pengertian luas sebagai ilmu kebatinan Yahudi atau Judaisme dalam bentuk dan rupa yang pelbagai dan hanya diketahui oleh sedikit orang.



Kabbalah adalah kepercayaan Yahudi kuno yang amat rahsia. Kabbalah mempelajari erti tersembunyi daripada Taurat dan naskah-naskah kuno Judaisme, walaupun demikian, diyakini bahawa Kabbalah sesungguhnya memiliki akar yang lebih panjang dan merujuk kepada ilmu-ilmu sihir kuno di zaman Fir’aun yang diamalkan dan menjadi alat pengukur kekuasaan para pendeta tertinggi semasa pemerintahan Fir’aun. Ajarannya berupa ilmu sihir dan ritual pemujaan Iblis laknatullah yang telah dikembangkan sejak ribuan tahun dahulu.

Menurut sejarah, ”Ordo Kabbalah” telah berusia 4,000 tahun, sejak Nabi Ibrahim AS meninggalkan Sumeria, akhirnya berkembang ke Mesir Kuno hingga Ke Palestin. Ordo Kabbalah dibentuk dan diberi nama Ordo Persaudaraan semasa perpindahan Bani Israil ke Babilonia iaitu pada era Dinasti Ur ke-3 (2112-2004 SM ). Doktrin mistik Kabbalah merupakan ibu dari segala ilmu sihir yang ada di dunia hari ini. Secara amnya, Kabbalah telah menyusup terus ke dalam agama Yahudi.

Doktrin Pemahaman

Menurut ajaran Kabbalah, proses penciptaan (penciptaan makhluk) dimulai dengan munculnya benda-benda yang disebut Sefiroth yang ertinya lingkaran-lingkaran atau orbit-orbit yang bersifat material mahupun spiritual.  Benda tersebut berjumlah 32. Sepuluh yang pertama berasimilasi dengan Tuhan yang ghaib di suatu tempat yang tak terbatas. Dogma Kabbalah ada hubungannya dengan sistem kepercayaan astrologi kuno. Pada hakikatnya, Kabbalah telah menyimpang jauh dari agama Yahudi. Ajaran tersebut menjadi doktrin mistik dari keimanan Yahudi yang melencong dari Taurat.

Theodore Reinach, seorang pakar sejarah Yahudi mengatakan bahawa Kabbalah adalah racun yang teramat halus yang menyusup dan memenuhi nadi agama Yahudi. Doktrin tentang Tuhan mereka, yang bertentangan dengan fakta penciptaan dalam Taurat.

Penjelasan kaum Kabbalis tentang Tuhan ditunjukkan sebagai bentuk tertinggi yang tidak terbayang yang disebut En Sof. Adapun En Sof telah memanifestasikan diri kepada pengikutnya dalam sepuluh aspek (Sefiroth) realiti ilahiah. Kesepuluh aspek tersebut iaitu :

·         Kether Elyon : Mahkota tertinggi
·         Hokhmah     : Kebijaksanaan
·         Binah           : Akal
·         Hesed          : Cinta / Pengampunan
·         Din              : Kekuasaan
·         Rakhamim   : Kasih Sayang
·         Netsakh       : Keabadian
·         Hod             : Keagungan
·         Yesod          : Fondasi
·         Malkuth       : Kerajaan (Sekhinah)



Tuhan mereka adalah iblis laknatullah (Lucifer), yang mereka yakini bahawa Iblis laknatullah adalah malaikat yang terbuang dari syurga (The Fallen Angel) kerana menolak perintah Allah untuk bersujud kepada Adam. Bagi mereka, penolakan iblis laknatullah terhadap perintah Allah adalah membuktikan betapa tingginya tingkat pemahaman "tauhid" si iblis laknatullah. Namun begitu, ini membuktikan bahawa mereka telah mempercayai bahawa iblis laknatullah adalah Tuhan yang sebenarnya.

Kitab suci Kabbalah terbahagi dalam dua buku : 1) Sefer Yetzerah (Kitab Penciptaan) dan 2) Sefer Zohar (Kitab Kemegahan). Zohar dipenuhi dengan ayat-ayat rahsia. Ayat-ayat tersebut hanya boleh difahami melalui kitab Yetzerah. Di Eropah, beberapa abad setelah Masihi, muncul sebuah lagi kitab iaitu Sefer Bahir (Kitab Cahaya).

Kitab suci Kabbalah ditulis dalam bahasa Ibrani, seterusnya ia diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Rujukan kaum Kabbalis tersebut berisi ajaran suci bagi kepercayaan yang sesat dan penyembahan terhadap iblis laknatullah. Teologi Kabbalah tersusun dari mithologi paganisme dan menjadi dasar daripada kemerosotan agama Yahudi. Tuntutan Kabbalah ialah manusia bertanggungjawab terhadap keberadaannya. Kaum Kabbalis menyebut iblis laknatullah sebagai Lucifer (cahaya, pencerahan). Hal tersebut adalah berkaitan dengan kepercayaan mereka iaitu kekuasaan yang berasal dari cahaya, api dan matahari yang merupakan simbol  iblis laknatullah.

Di dalam struktur ajaran mereka terdapat hirarki kekuasaan : Sefrotim (penyinaran) simbolik kepadai makhuk supernatural. Dalam bahasa Ibrani disebut : Shedim yang terdiri dari sejumlah roh-roh. Shedim yang berkahwin dengan manusia disebut Mazzikim dan anak hasil perkahwinannya disebut : Banim Shovanim (anak haram).

Kabbalah menyatakan bahawa manusia suci setaraf dengan Tuhan, dalam istilah moden dikenali dengan faham Humanisme.

Dalam bidang sosial, ajaran ini membalikkan kepercayaan bahawa hari kiamat sebagaimana yang difahami oleh agama-agama samawi, di mana dalam agama samawi dunia ini dianggap sebagai suatu platform untuk menuju ke suatu kehidupan yang kekal (akhirat).  Oleh itu, dalam ajaran Kabbalah dunia ini dianggap sebagai alam nyata yang sebenar-benarnya, di mana kehidupan hanya terjadi sekali, sedangkan akhirat itu sendiri hanyalah halusinasi. Dari sinilah lahir fahaman kebebasan serta gaya hidup hedonis dan materialistis.

Membaca Simbol-simbol Kabbalah

Penganut Kabbalah berkait rapat dengan simbol-simbolnya. Organ lelaki disimbolkan dengan Phalus (Lingga), lambang kekuasaan regeneratif (pembiakan). Organ wanita disimbolkan sebagai Yuna yang melambangkan kesuburan. Contoh pengaruh simbol Kabbalah dalam bangunan salah satunya terdapat pada bangunan presiden Amerika Syarikat yang melambangkan Yuna yang dihadapannya di mana terdapat tugu yang melambangkan Phallus (Obellisk). Struktur ini sama dengan istana Presiden Indonesia yang berada tepat dihadapannya iaitu bangunan Monas.

Selain itu, untuk menjelaskan struktur hirarki, mereka menggunakan segitiga dan piramid sebagai simbol mereka. Para elit Kabbalis berada pada puncak piramid yang menguasai massa.

Kaedah Pencerahan

Kaedah pencerahan ala Kabbalah seperti layaknya kaedah para psikoanalisis masa kini dalam pencarian kebenaran sekular. Teologi yang menyimpang ini membebaskan seseorang dari penjara duniawi membawa menuju alam ilahiah, dengan cara inilah belenggu jiwa dibuka sehingga ditemukan sumber kekuatan psikologi yang mengubati penderitaan. Mistikisme Kabbalis dijustifikasikan mampu menyelusup ke dalam pemiikiran berbanding bentuk-bentuk agama yang lebih ”rasional”. Tuntutan mereka “bahawa Tuhan kaum Kabbalis mampu menjawab keperluan, ketakutan dan kecemasan primitif”.

Contoh nyata adalah ketika masyarakat Barat menilai Tuhan dengan caranya yang kian sekular. Menganggap bahawa hidup hanya sekali, selepas itu adalah hanya halusinasi. Sesungguhnya gambaran tentang pencarian Tuhan oleh para selebritis dunia juga semakin berleluasa.

Trend Kabbalah di Kalangan Selebriti

Di kalangan selebriti, Madonna dianggap sebagai "ratu" kabbalah, dia sendiri mengatakan "Saya ke Gereja Anglikan, saya ke Sinagog, saya ikut serta dalam semua agama. Dalam tulang saya, saya adalah Katolik, kerana saya dibesarkan dengan agama itu. Tapi seluruh hidup saya bersatu dengan Yahudisme (Kabbalah)".

Madonna
Ashton Kutcher
Demi Moore
Rihanna
Cristina Aguilera
Jennifer Aniston
Lindsay Lohan

Selain Madonna selebriti penganut "agama" ini adalah Guy Richie, Ashton Kutcher, Demi Moore, Rihanna, Christina Aguillera, Jennifer Aniston, Lindsay Lohan, dan masih ramai lagi. Mereka mencapai puncak kejayaannya dengan menjual diri kepada Iblis laknatullah dengan menganuti Kabbalah. Michael Jackson dan Britney Spears adalah bekas anggota persaudaraan mereka juga, namun mereka telah keluar. Akibatnya karier mereka merudum, bahkan sebahagiannya berakhir tragedi seperti Michael Jackson.

Michael Jackson 
 Britney Spears

Selain selebriti, ramai pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia yang menjadi penganut ajaran ini, dia boleh datang dari pelbagai etnik dan dari apa sahaja agama, namun memiliki sembahan dan tujuan yang sama. Motivasi mereka tentulah untuk meraih kejayaan dengan cara yang pantas.

Meskipun begitu, tidak semua ahli politik dan selebriti menganut fahaman ini, masih ramai selebriti-selebriti yang teguh yang berpegang teguh pada agamanya dan menjadi penentang ajaran Kabalah ini.

Struktur dan Gerakan


Kabbalah terdiri dari 3 ordo, iaitu : Orde Hijau, Orde Kuning, dan Orde Putih. Ketiga-tiga orde ini adalah satu kesatuan, pembahagian orde boleh dikatakan hanya sekadar pembahagian tugas, namun semua berpaksi kepada satu ajaran, iaitu Kabbalah.

Orde Hijau lebih menekankan kepada aspek spiritual, atau lebih tepatnya penyembahan terhadap Iblis laknatullah (Lucifer dalam bahasa Bibel). Dengan kata lain disinilah tempat berkumpulnya "ulama-ulama" Kabbalah.

Orde Kuning lebih bergerak dalam bidang sosial dan ekonomi, seperti menanamkan pengaruh di masyarakat dengan pembentukan pola fikiran, selera, dan gaya hidup melalui media massa dengan memanfaatkan isu global. Mereka bergerak melalui media-media television, filem, cara hidup dan lain-lain lagi. Oganisasi-organisasi yang termasuk dalam Orde Kuning ini diantaranya adalah Lions Club dan Rotary Club.  Di bidang industri pefileman, para penganut Yahudi-Kabbalah ini menguasai lebih dari 70% rumah produksi di Hollywood. Disamping itu mereka juga menguasai media-media massa, teknologi, kewangan dan perbankan serta bidang-bidang lainnya yang strategik.

Orde putih seperti tidak beridentiti. Hal ini disebabkan gerakannya tersangatlah rahsia, dan mereka bertumpu kepada misi politik.

Ajaran Kabbalah dirumuskan untuk menentukan jalannya peradaban manusia dengan membentuk satu pemerintahan dunia (E Pluribus Unum) atau “Tata Dunia Baru" (Novus Ordo Seclorum - The New World Order) di bawah kendalian kaum Yahudi. Namun sesungguhnya Penciptaan Tata Dunia Baru yang menjadi cita-cita mereka tidak lain adalah keinginan mereka untuk menguasai dunia.

Jika anda yang memegang wang kertas US Dollar tentu tidak asing dengan kata "Novus Ordo Seclorum" atau The New World Order atau Tata Dunia Baru sebagaimana kalimat-kalimat yang sering diucapkan oleh Presiden Amerika Syarikat dan negara-negara Barat.

Inilah gerakan politik Kabbalah Ordo Hijau yang diwakili oleh gerakan “The Hidden Hand” yang berupa organisasi-organisasi bawah tanah seperti Illuminati dan Freemasonry yang berpaksi pada gerakan Zionisme. Gerakan inilah yang menyebarkan fahamam Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Bahkan gerakan ini pula yang dikatakan mendalangi lebih dari 50% pertumpahan darah yang terjadi dalam sejarah peradaban manusia.

Pembahasan mengenai organisasi-organisasi tersebut akan dibahaskan pada bahagian selanjutnya.

Benjamin Disraeli

Pada akhirnya kita perlu melihat kembali perkataan Benjamin Disraeli (Seorang Yahudi Kabbalah dan salah seorang anggota Freemasonry) dalam bukunya Conningsby (1884), berkata bahawa 

"Dunia sekarang diperintah oleh orang-orang dengan cara yang berbeza dari apa yang ada dalam fikiran mereka (non-Yahudi-Kabbalah) yang tidak mengetahui sesungguhnya apa yang terjadi. Pemerintah sebenarnya bukanlah raja atau presiden, pemerintah itu adalah "tangan-tangan tersembunyi".

Siapakah tangan-tangan tersembunyi (The Hidden Hand) itu? Mungkinkah dia Dajjal La'natullah atau Anti-Christ menurut bahasa Bibel?


Corak Gerakan

Menggunakan rasuah (termasuk cukai-pelajar), wanita (sex), dan prospek karier dalam rangkamempengaruhi tokoh-tokoh yang (berpotensi) menduduki posisi tertinggi dalam bidang akademik, politik, ekonomi, sosial, tentera, dan lain-lain. Sasarannya adalah mereka yang bercita-cita, yang dipinggirkan, dan atau yang sedang jatuh dalam masalah peribadi, dan sebagainya.

Freemasonry bekerja dengan memusatkan pada penguasaan media massa. Jaringan kerja ini berada di bawah pengawasan dan kendali jaringan media massa antarabangsa yang dikuasai pemodal Yahudi, seperti Viacom, Turner, Murdoch, dan lain-lain. Media-massa yang dikendalikan oleh “Freemasonry” bekerja dengan corak penyajian berita yang secara sengaja “memutarbelitkan” berita, memanipulasi fakta, berita bohong, dan menggunakan cara penerbitan berulang-ulang secara terus-menerus untuk membangun pendapat orang awam yang dikehendaki tentang sesuatu topik. Tidak hanya itu, media filem juga merupakan alat doktrin mereka. Faktanya mereka menguasai lebih dari 70% rumah-rumah produksi di Hollywood.


Misi dan Agenda

Freemasonry dan Illuminati diketahui sebagai dalang sekurang-kurangnya 50% dari pertumpahan darah (peperangan) dan peristiwa besar dalam sejarah manusia sejak abad pertengahan. Mulai dari Perang Salib, Revolusi Perancis, Revolusi Industri di Inggeris, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Holocaust, krisis ekonomi dunia, peristiwa WTC, terrorisme dan bahkan berdasarkan dokumen-dokumen dan teks-teks yang sah gerakan mereka memiliki agenda untuk menceburkan negara-negara ke dalam Perang Dunia III (akan datang).

Perang Dunia sangat penting bagi mereka dalam rangka menciptakan "Tata Dunia Baru" atau "Novus Ordo Seculum" atau "Order of The New World". Dengan harapan bahawa ketika dan setelah perang akan semakin banyak negara-negara yang memerlukan dana. Maka pada saat itulah mereka memainkan pengaruhnya. Belajar dari Perang Dunia I dan II, para pemilik modal Yahudi akan memberikan pinjaman dengan syarat yang mendesak. Mereka akan memberikan modal untuk membangunkan persenjataan kedua-dua belah pihak agar keduanya saling menghancurkan, dan setelah negara-negara hancur akibat perang maka negara-negara akan semakin memiliki kebergantungan kepada para pemilik modal Yahudi.

Memang sulit untuk dipercayai, namun itulah yang telah terjadi dan sedang berlangsung pada saat ini. Setelah menyatukan pengaruh atas kewangan sebahagian besar dari negara – negara Eropah pada pertengahan kedua abad-19, para pemodal Yahudi mulai bekerja memperluaskan lingkungan pengaruhnya ke seluruh pelosok dunia dalam rangka persiapan mereka melakukan serangan terhadap Amerika Syarikat.  Pada dekad pertama abad ke-20, agenda mereka kian nyata dalam rangka mencapai tujuan untuk mendominasi dunia ini. Mereka membangunkan serangkaian perang dunia dengan tujuan untuk mengikis dunia lama untuk membentuk suatu “Tata Dunia Baru”.

 Albert Pike

Rencana ini digariskan oleh Albert Pike dengan sangat licik. Ia sendiri tidak lain adalah ‘The Souvereign Grand Commander of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Freemasonry’,  tokoh puncak “Freemasonry” di Amerika Syarikat. Dalam salah satu suratnya kepada Giuiseppe Mazzini pada tarikh 15 Ogos 1871, Albert Pike menguraikan rancangan kelompok “Freemasonry” yang maksud suratnya hampir tidak masuk akal.

Dalam surat yang ditulis pada penghujung abad ke-19 itu, Pike menyatakan Perang Dunia I yang “diagendakan” pada awal abad ke-20 dirancang untuk menghancurkan Czaris Rusia – dan menempatkan negeri yang luas itu ke bawah kekuasaan para agen “Freemasonry”. Rusia yang baru itu akan dijadikan “kambing hitam” untuk mencapai tujuan-tujuan “Freemasonry” ke seluruh penjuru dunia.

Perang Dunia II, dirancang untuk direalisasikan pada pertengahan abad ke-20 melalui pemanipulasi terhadap perbezaan yang ada antara kaum nasionalis Jerman dan ahli politik Zionis. Hal ini diharapkan akan menghasilkan perluasan pengaruh Rusia non-Czaris dan berdirinya Negara Israel di Palestin.

Perang Dunia III, direncanakan akan dilaksanakan pada awal abad ke-21 yang bersumber dari pelbagai bentuk perbezaan yang menghasilkan kekacauan dan konflik oleh agen-agen “Freemasonry”, antara kaum Zionis dengan bangsa-bangsa Arab. Konflik itu direcncanakan akan berkembang ke seluruh dunia.

Menurut surat Albert Pike yang bertarikh 15 Ogos 1871 itu, “Freemasonry” merancang melepaskan “kaum Nihilis dan Atheis untuk memprovokasi suatu perggolakan sosial yang dahsyat, di mana dengan segala kengeriannya akan diperlihatkan secara terang-terangan kepada seluruh dunia akan pengaruh dari Atheisme mutlak, kebuasan, yang akan menghasilkan perggolakan yang akan menumpahkan darah.

“Kemudian di mana-mana, rakyat akan berhadapan dengan kelompok yang berniat untuk menghancurkan peradaban, dan mereka dipaksa untuk, mempertahankan diri menghadapi kelompok minoriti revolusioner. Sementara itu ramai orang yang merasa tertipu dengan agama Kristian. Sejak itu umat manusia kehilangan arah, dan dengan semangat berkehendak untuk bertuhanan, mereka mengidamkan sebuah idealisme, tetapi tidak tahu ke mana arah yang akan memberikan kepasrahan mereka; akhirnya mereka akan menerima cahaya sejati (Illuminati) melalui manifestasi universal doktrin Lucifer yang sejati, yang akhirnya ditunjukan secara terbuka, suatu manifestasi yang akan menghasilkan gerakan penentangan, yang akan disusul oleh kehancuran agama Kristian dan Atheisme, keduanya dikalahkan dan dimusnahkan pada masa yang sama”.

Pada saat Albert Pike menuliskan suratnya di akhir abad ke-19 itu, terdapat lima ideologi yang berbeza antara satu dengan lainnya di panggung dunia, yang saling bertentangan dan sedang berjuang untuk merebut “Liebensraum” masing-masing. Kelima-lima ideologi itu adalah :

1.     Ideologi para pemodal Yahudi yang berhimpun di dalam organisasi rahsia “Freemasonry”, mereka terdiri dari penguasa kewangan dunia.
2.     Ideologi “Pan Slavik” Rusia yang asalnya digagas oleh raja William yang Agung.  Ideologi ‘Pan-Slavik’ menuntut untuk dihapuskan Austria dan Jerman, kemudian perlu disusul dengan penaklukan Persia dan India, yang akan melahirkan perang antara Inggeris dengan Rusia dalam ‘the Great Game’ pada tahun 1848.
3.     Ideologi “Asia Timur Raya” digagaskan oleh Jepun. Ideologi ini menyeru dengan adanya gabungan bangsa-bangsa Asia Timur (’Dai Toa no Senso’), yang dipimpin oleh Jepun, sebagai “Saudara Tua Asia”.
4.     Ideologi “Pan Jermania” yang mengimpikan penguasaan politik Jerman ke atas benua Eropah, bebas dari pengaruh Inggeris di lautan, dan menerapkan kebijaksanaan pasaran bebas bagi seluruh dunia.
5.     Ideologi “Pan Amerika”, atau “Amerika untuk bangsa-bangsa Amerika”. Ideologi ini menyeru “perdagangan dan persahabatan dengan semua, tanpa persekutuan”. Ideologi ini menegaskan pengulangan Doktrin Monroe pada tahun 1834.

Cuma Albert Pike terlepas adalah ideologi “Pan Islamisme” yang ada pada masa yang sama, yang bertujuan untuk menghimpun negara-negara Islam di dunia, yang dilaungkan oleh Sheikh Jalaludin aI-Afghani. Entah ia disengajakan atau tidak, mungkin sahaja ini adalah satu isyarat bahawa memang untuk menghadapinya memerlukan Khilafah Islamiyah sebagai benteng pertahanan terakhir umat beragama, khususnya umat Islam.
Jika rencana para pemodal Yahudi, atau “Freemasonry” itu berhasil, maka Rusia, Jerman, Jepun, dan Amerika Syarikat, pada akhirnya akan berada di bawah kekuasaan “Freemasonry” (kecuali Khalifah Islamiyah), yang sudah lama merencanakan untuk menakluki dunia. Sebagai Qabalis sejati, Albert Pike menyebut rencana itu merupakan suatu karya besar Lucifer yang tidak mempedulikan untuk mengorbankan nyawa beratus juta umat manusia dan menimbulkan kerugian jutaan dolar dalam pelaksanaannya. Di antara agenda “Freemasonry” itu, seperti Perang Dunia I dan Perang Dunia II telah terjadi. Jikalau rancangan itu benar, maka Perang Dunia III, menurut Albert Pike akan terjadi pada awal abad ke21, dan akan bermula disebabkan masalah Israel dengan Palestin.

Sasaran pertama “Freemasonry” ialah membangunkan “Satu Pemerintahan Dunia” (”E Pluribus Unum”), dan “Tata Dunia Baru” (“Novus Ordo Seclorum”), dengan cara menyelusup ke dalam negara-negara berkuasa. Mereka mulai dengan menguasai Inggeris (Britain). Kemudian menguasai Amerika Syarikat dan dengan itu membangun peradaban Barat-Zionis yang mereka yakini akan mampu mempersatukan umat manusia, di bawah satu sistem kewangan yang berada di dalam kendalian mereka.

Thesis Samuel Huntington tentang ‘the Clash of Civilization’ – perbentukan peradaban Barat dengan peradaban Islam dan China -, yang akan menghasilkan Barat sebagai pemenangnya, sangat besar kemungkinannya diilhami oleh gagasan kaum Qabalis membangun ‘Novus Ordo Seclorum’ di atas.

Rencana yang dirancang oleh “Freemasonry” untuk mencapai tujuan penaklukan dunia oleh kaum Qabalis bukan sekadar khayalan. Sejarah membuktikan agenda kaum Yahudi itu ternyata telah berhasil kewujudannya.  Sepanjang garis rencana pencapaian tujuan akhir mereka, agenda itu diteruskan oleh para pemodal Yahudi dan kawan-kawan mereka di seluruh dunia dengan cara menghimpun kekayaan di dalam bidang usaha perbankan dan pelaburan, hartanah, dan industri. Sebagaimana akan terlihat pada perlaksanaannya, rencana itu telah dilaksanakan sedemikian lancar sehingga hal itu mendapatkan tepuk-tangan dari kalangan yang akan mereka hancurkan.

Untuk itu kaum Qabalis-Freemasonry mengatakan, ada tiga jenis manusia di dunia, iaitu :

1.   Mereka yang menjadikan sesuatu itu terjadi.
2.   Mereka yang mengamati hal itu terjadi.
3.   Mereka yang terheran-heran tentang apa yang terjadi.

Mereka yang menjadikan sesuatu itu terjadi, bermaksud adalah mereka yang bergerak dalam gerakan tersembunyi, yang memerintah dunia di belakang tabir, merekalah kaum Kabbalis, Zionis, Freemason, Illuminati, dan organisasi-organisasi seangkatan.

Kepada mereka yang memerhatikan hal itu terjadi, iaitu mereka yang memperhatikan, meneliti gerak-gerik mereka, memberi peringatan kepada orang-orang akan bahaya gerakan-gerakan tersebut.

Di manakah kita? Allahuakbar...

Wallahualam...

Rujukan :

1.   William G Carr. (1991). "Yahudi menggenggam Dunia". Jakarta : Al-Kautsar.
2.   Herry Nurdi dalam "Gerakan Theosofy di Indonesia"
3.   The Diary of Dajjal
4.   Artikel2 Ridwan Saidi mengenai Yahudi di Indonesia
5.   Kajian zionisme Indonesia (KAZI) : Perbincangan Mingguan Kedua Majalah Sabili


No comments:

Post a Comment