Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang
akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan dikalahkan
oleh sesiapa dan apa jua tentera kerana tentera ini mendapat perlindungan dari
Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi Laknatullah yang telah membunuh
ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Imam Al-Mahdi.
Sekiranya ianya datang pada masa kita, sama-samalah kita berjuang di jalan
Allah. Terdapat beberapa hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari
Timur.
1.
Sabda Nabi SAW : Al-Mahdi akan datang
setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu
selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
2. Sabda Nabi SAW : Orang ramai dari
Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.
3. Sabda Nabi SAW : Panji-panji Hitam akan keluar
dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa
itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.
4. Sabda Nabi SAW : Al-Mahdi akan dibai'at di
antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang
Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang
dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan
akan datang pula pasukan daripada Syam (Sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi
di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita
sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)
5. Sabda Nabi SAW : Tiga ratus empat belas orang
yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan
bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan
seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan
lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.
6. Sabda Nabi SAW : Pembawa bendera al-Mahdi adalah
seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.
7. Sabda Nabi SAW : Jika kamu semua melihat
Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu
terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu
ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu
Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
8. Sabda Nabi SAW : Sebelum al-Mahdi
(muncul) , As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan
diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya.
As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000
orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka
menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur.
Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat
mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya
mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana
bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia
40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh
Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.
9.
Sabda Nabi SAW : Sentiasa akan ada satu
toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak
dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah
datang perintah Allah (hari kiamat).
10.Sabda Nabi SAW : Dari Ibnu Masud RA,
katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan
anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua
mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami
sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat
lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa
bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah
apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka
menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan
bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan
sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu,
walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah
al-Mahdi. (Ibnu Majah)
11.Sabda Nabi SAW : Daripada al-Hasan, bahawa
Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah
mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan
ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh
Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama
aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan
menolongnya. (Nuaim bin Hammad)
12.Sabda Nabi SAW : Akan datang Panji-panji
Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.
Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu
Naim)
13.Sabda Nabi SAW : Akan keluar seorang
lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di
hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan
urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela
Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib
setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi &
al-Husin)
14.Sabda Nabi SAW:Sesungguhnya ketika zahir
al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah,
maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan
mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat.
Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama
adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam
mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu
Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan
mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli
(Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.
15.Sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berpegang
(teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala
syahid. (Iman Muslim)
16.Sabda Nabi SAW : Ada tiga orang
adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan
Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak
seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera
Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang
saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku
sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak
saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya,
hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana
dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)
17.Sabda Nabi SAW : Akan ada orang-orang yang
keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk
al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)
18.Sabda Nabi SAW : Apabila keluar
Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat
menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)