Sejak tahun 1990-an iaitu sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk
“Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku
berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.
Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah :
·
Dajjal akan muncul …
·
Dajjal sudah muncul …
Terdapat tafsiran untuk kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Oleh itu, mana satukah yang tepat?
Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.
Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.
Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari Khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.
Teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Isa Dawud merangkumi dua teori mikro di bawahnya. Di dalam bukunya yang terkenal itu, beliau mengemukakan dua teori dalam satu tajuk.
1. Teori
pertama ialah Dajjal akan muncul
2. Teori
kedua ialah Dajjal berada di Segitiga Bermuda.
Maksud Dajjal akan muncul sepanjang pengkaji terhadap karangan Muhammad Isa Dawud ialah Dajjal itu sudah sedia ada sejak ribuan tahun dahulu, berumur panjang, tidak mati dan sedang bersembunyi di tempat yang misteri iaitu Segitiga Bermuda.
Jika dibaca penulisan Muhammad Isa Dawud dan hujah-hujahnya, kita akan melihat bahawa Muhammad Isa Dawud mempercayai bahawa Dajjal bukan terkurung di sebuah pulau pada zaman sekarang ini. Muhammad Isa Dawud percaya kurungan dan rantai besi yang membelit Dajjal sudah lebur dan Dajjal sudah terlepas bercampur-baur dengan masyarakat.
Teori Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah adaptasi dari hadith nabi SAW yang berbunyi :
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.”
(HR Tirmizi dan Hakim)
Teori yang yang dibawa oleh penulisnya iaitu Abu Fatiah Al-Adnani menerima sambutan yang hebat khususnya di Indonesia. Ianya diterbitkan oleh penerbit masyur dari Indonesia iaitu Granada Mediatama.
Teori yang dibawa oleh penulis ini juga seperti Muhammad Isa Dawud, tajuknya terkandung dua teori utama iaitu Dajjal telah pun muncul dan Dajjal itu ada di Khurasan. Kupasan ilmu dari penulis ini juga hebat dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah pengetahuan.
Kesimpulan
Kedua-dua penulis ini bersetuju Dajjal adalah manusia yang bukan bersifat kelahiran semula (reincarnation). Ia membesar dari kecil seperti kebanyakan orang. Dajjal juga sudah sedia wujud sejak ribuan tahun dahulu dengan umurnya yang panjang.
Cuma yang membezakan kedua-dua teori dari Muhammad Isa Dawud dan Abu Fatiah Al-Adnani ialah kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi tentang tempat tinggal Dajjal. Isa Dawud mempercayai Dajjal sekarang ada di Segitiga Bermuda dan Abu Fatiah percaya Dajjal berada di Khurasan.
Asal usul Dajjal
Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga Baginda kemudiannya akan turun semula ke atas muka bumi ini lalu Baginda akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal :
Ayahnya
seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya
pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang
di kenali dengan “Syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di
zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu ia
akhirnya ditangkap oleh Nabi Sulaiman AS dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah RA katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri,
lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka”.
(H.R
Muslim)
Ada
beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah SAW,
diantaranya :
Seorang yang kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan. Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun. Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua
1. Buta
mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut. Mata kanannya tertonjol
keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip seperti bintang. Kesimpulannya, kedua-dua
matanya adalah cacat.
2. Tertulis
didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini hanya dapat dibaca oleh
setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis
riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia
mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini
belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang :
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya di sini. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah ke permukaan bumi ini dan tempat munculnya itu adalah di sebelah Timur dan bukannya di Barat.
Berapa Lama Ia Akan Hidup Setelah Kemunculannya :
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini. Mengikut sebuah Hadis sahih, Rasulullah SAW menyatakan bahawa ia akan hidup selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis ada disebutkan :
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi SAW, menjawab : Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu.
Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi : Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi SAW menjawab : Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.”
(H.R
Muslim)
Maksud Sabda Rasulullah SAW, ini ialah supaya kita
mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka
wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan
masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal :
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat di dunia pada masa ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah :
1. Segala
kesenangan hidup akan ada bersama dengannya :
Benda-benda
beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu
oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang
2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan
dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yang mempercayai Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan :
Hujanlah kamu di daerah ini!
Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengannya, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan bahawa penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya akan berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah SAW bertanya :
”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang
beriman pada hari itu wahai Rasulullah? ”Nabi menjawab : ”Mereka akan merasa
kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir
itu yang akan menggantikan makanan.”
(H.R
Ibnu Majah)
2. Ada
bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka :
Di
antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya
ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik
dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan
apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan
perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya :
Kepantasan
yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang
digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam .
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam .
”… Kami bertanya : Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.”
(H.R
Muslim)
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan
Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya :
Syaitan juga akan bertungkus-lumus
membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik utk menyesatkan lebih
ramai lagi anak cucu Adam AS.
Dajjal
– Menurut kesimpulan video “The Arrival”
Illuminati telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingoldstald. Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada kepercayaan mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.
Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal Laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US. Lambang yang terdapat pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry (salah satu pergerakan Illuminati) yang bernama Pat Robertson.
Bukti yang menunjukan simbol Yahudi dan
Mason tertera pada USD 1
Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rothschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh yahudi. Perkataan Illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang bererti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini perlu diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota feemasonry yang berperingkat darjah tertinggi. Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran dalam pelbagai aspek kehidupan, telah membina markas-markas / loji-loji sulit di seluruh dunia yang diberi nama “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme).
Berikut merupakan matlamat Illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang :
1.
Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan
kebangsaan yang berpelembagaan.
2.
Menghapuskan sistem warisan harta
pusaka.
3.
Menghapuskan pemilikan harta benda
sebagai hak persendirian.
4.
Menghapuskan semangat nasionalisme.
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang
perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada
ketamadunan manusia.
6. Menghapuskan semua agama yang sedia ada
di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut
ideologi internasionalisme.
Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order, Dajjal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia. Medium itu adalah hiburan. Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia ini. Dari segi berpakaian, cuba kita lihat muda-mudi zaman sekarang terutama
perempuan. Membuka tudung, membuka aurat, berpakaian yang menampakan bentuk badan dan sebagainya. Ini bertepatan dengan matlamat
New World Order - Lupakan akhirat, lebihkan dunia.
Kebanyakan artis Hollywood adalah artis Illuminati. Ini adalah salah satu
rancangan Dajjal untuk 'brainwash' kita. Mesej dalam lagu membawa maksud
tersembunyi. Antara gambar-gambar artis Illuminati adalah :
Madonna
Jaz-Z
Ini hanya sebahagian contoh artis
Illuminati. Bukan hanya di Hollywood tetapi di seluruh dunia. Namun begitu,
tidak semua artis adalah artis Illuminati. Terdapat juga artis yang menentang
Illuminati, contoh terbaik Bob Marley. Beliau adalah artis yang menentang
Illuminati. Ini dapat dibuktikan melaui mesej dalam lirik lagunya. Tetapi
beliau akhirnya mati dibunuh oleh agen-agen Dajjal. Selain itu, mereka (artis
yang menentang Illuminati) akan dijatuhkan reputasinya dan akhirnya dibunuh
seperti Micheal Jackson. Ini
disebabkan kebanyakan mereka membawa mesej “Peace Love Harmony” melalui lagu-lagu mereka yang bertentangan
dengan agenda konco-konco Dajjal
yang ingin sebaliknya.
Al-fatihah kepada hero kita, Mikaeel (Michael Jackson)
Bob Marley
Kebangkitan
Amerika Dari Tidur Lena
Bukan kita sahaja di Malaysia saja yang mengkaji konspirasi ini, ramai rakan-rakan kita dari negara-negara lain juga menyelidik serta meneliti perkara yang berlaku pada sekeliling kerana mereka merasakan ada "sesuatu yang tak kena", termasuk juga Amerika. Sesetengah orang kita amat bencikan Amerika. Namun begitu, tidak semua dari mereka adalah dari kalangan agen Dajjal. Mereka hanya dipergunakan digunakan sebagai bahan mentah, dan terdapat dalang besar di sebalik mereka. Jika dapat sedari, sedarkanlah semua manusia ini, jangan bersifat Asabiyah hanya menyedarkan kaum kita sahaja dan membiarkan kaum lain hanyut. Tidak kira, apa jua warna kulit, agama, mereka perlu dibangunkan.
Kita tidak mahu mereka terus dibuai
lena. Apabila mereka sedar dan "mula" mencari kebenaran secara tidak
langsung mereka akan semakin hampir dengan Islam.
Sejak berlakunya peristiwa 9-11, ia telah menjadi tarikh pencetus kepada rakyat Amerika untuk mengkaji peristiwa aneh yang berlaku di sekitar mereka. Kebanyakkan mereka juga telah menyedari bahawa mereka ditipu hidup-hidup melalui peristiwa itu. Lihat hari ini semakin ramai rakyat Amerika menganut Islam setelah mengkaji peristiwa penting tersebut serta konspirasi-konspirasi yang berlaku dalam kehidupan mereka.
Sejak berlakunya peristiwa 9-11, ia telah menjadi tarikh pencetus kepada rakyat Amerika untuk mengkaji peristiwa aneh yang berlaku di sekitar mereka. Kebanyakkan mereka juga telah menyedari bahawa mereka ditipu hidup-hidup melalui peristiwa itu. Lihat hari ini semakin ramai rakyat Amerika menganut Islam setelah mengkaji peristiwa penting tersebut serta konspirasi-konspirasi yang berlaku dalam kehidupan mereka.
Orang Amerika juga sudah "mula" sedar betapa mereka dipergunakan oleh Dajjal. Disebabkan itu pada hari ini lahirlah orang-orang yang mempunyai "high curiosity" untuk mengkaji sejarah dan konspirasi antarabangsa seperti David Icke, Mike Hanson dan Alex Jones. Demi untuk mengkaji pelbagai konspirasi yang berlaku, mereka telah mengeluarkan pelbagai hipotesis berkaitan dengan Dajjal. Pelbagai teori telah mereka kemukakan berdasarkan kertas siasatan mereka, seperti Obama, George Bush dan Pope John Paul II sebagai Anti Christ, David Rockefeller sebagai Dajjal disebabkan menguasai 50% harta seluruh dunia, dan pengaruh politik yang kuat.
Terdapat juga penyelidik popular seperti Canadian Prof. David Livingston, yang menganut Islam selepas membuat penyelidikan berkaitan konspirasi dunia. Sebenarnya mengkaji konspirasi dunia ini menyebabkan kita semakin dekat dengan Al-Quran dan Sunnah. Kerana Al-Quran dan Sunnah ialah 2 rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Barang siapa berpandukan 2 rujukan ini, maka ia tidak akan sesat.
Sebab itu pada zaman dahulu, ibu dan
bapa mahupun datuk dan nenek kita berpesan supaya kita mengaji Al-Quran, bukan
setakat membaca Al-Quran. Begitu pentingnya mengaji Al-Quran, kerana segala
macam ilmu semua terkandung di dalamnya. Hanya yang mengaji akan mengetahui
rahsia disebaliknya. Dajjal yang hebat dalam konspirasi ini telah lama mengkaji
Al-Quran, walaupun mereka mereka berkata tidak percaya, tetapi mereka tetap mengkajinya
tanpa memwar-warkan kepada dunia. Sebenarnya mereka telah tahu cara hidup yang sebenar,
pelbagai teknologi juga mereka peroleh hasil dari kajian mereka terhadap
Al-Quran.
Sebagai contoh penulis seperti I. D. Campbell, telah menghasilkan karya membongkar teori-teori Kristian seperti “There is No Trinity, Islam is The Truth” dan sebagainya. Semakin hari semakin ramai orang Amerika bangkit dari tidur. Dajjal tidak akan menggunakan Amerika sebagai proksi kuasa lagi pada masa akan datang disebabkan kesedaran tentang Islam yang semakin menggalakkan di sana dan Dajjal akan terus menggunakan Israel. Di awal-awal dahulu, Dajjal menggunakan British sebagai proksi (menyorok di belakang British), hari ini Amerika, dan sekiranya Amerika telah bangun, dijangkakan Dajjal akan menggunakan Israel sebagai destinasi seterusnya. Lihatlah hari ini, apa sahaja yang berlaku di dunia, akan menguntungkan pihak Israel, tak kira apa pun, seolah-olah ia menjadi pusat pengumpulan kuasa, dan kemungkinan tentera Dajjal.
Sebagai contoh penulis seperti I. D. Campbell, telah menghasilkan karya membongkar teori-teori Kristian seperti “There is No Trinity, Islam is The Truth” dan sebagainya. Semakin hari semakin ramai orang Amerika bangkit dari tidur. Dajjal tidak akan menggunakan Amerika sebagai proksi kuasa lagi pada masa akan datang disebabkan kesedaran tentang Islam yang semakin menggalakkan di sana dan Dajjal akan terus menggunakan Israel. Di awal-awal dahulu, Dajjal menggunakan British sebagai proksi (menyorok di belakang British), hari ini Amerika, dan sekiranya Amerika telah bangun, dijangkakan Dajjal akan menggunakan Israel sebagai destinasi seterusnya. Lihatlah hari ini, apa sahaja yang berlaku di dunia, akan menguntungkan pihak Israel, tak kira apa pun, seolah-olah ia menjadi pusat pengumpulan kuasa, dan kemungkinan tentera Dajjal.
Jika anda telah membuat kajian tentang Illuminati dan Freemason, cuba lihat di filem-filem yang ditayangkan yang mengandungi unsur-unsur illuminati di dalamnya. Sebagai contoh Angel Vs Demon (terang-terangan), Alien vs Monster dan Drag Me To Hell. Ini adalah untuk kita lebih peka dengan sekeliling, dan mengetahui bahawa unsur-unsur mereka juga ada dalam kehidupan kita tanpa kita sedar.
Bagaimana Yahudi Laknat membentuk negara haram Israel? Semuanya sudah dirancang
oleh The Hidden Hand/ Dajjal/ The False Messiah/ Anti-Christ. Di bawah adalah
kronologi bagaimana negara haram ini ditubuhkan.
Dajjal memerlukan One World Government untuk mengawal seluruh dunia ini. Dia telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan digunakan. Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan undang-undang, Dajjal merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia. Maka keputusan yang dibuat ialah dengan menubuhkan pertubuhan Zionis. Pertubuhan ini berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini.
Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa.
Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl. Herzl dilahirkn di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangn tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan.
Theodor Herzl
Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse. Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah. (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” dan bukannya bersahaja pergi ke Paris). Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Perancis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi. Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis.
Alfred Dreyfus
Namun begitu, Perancis merupakan salah satu negara yang sangat maju dan berbudaya. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin. Dia percaya bahawa fahaman Anti-Sematik akan pudar, dengan hanya apabila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik yang amat rumit iaitu pergerakan Zionist. Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah negara Yahudi yang merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut di kalangan Yahudi Eropah. Risalahnya mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara.
Risalah tentang Mewujudkan Negara Yahudi
yang Merdeka
Pada tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel,
Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik. Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongres tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongres sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden Pertama organisasi tersebut. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan :
“Jika kamu semua berkehendak, maka ia bukan lagi
fantasi”.
Kongres Zionis yang Pertama.
Hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah amat luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah dia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?
Tidak lain dan tidak bukan adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati antaranya keluarga Rothschild dan Rockefeller. Jutawan-jutawan inilah yang telah diarahkan untuk membantu Herzl melalui sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga adalah dari bangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers.
Awas Pengguna Facebook!
Ia telah diasaskan oleh CIA. Mereka
menggunakan Facebook sebagai alat untuk mengumpul maklumat. Dengan adanya
sistem ini, mereka dapat mengumpul maklumat terperinci dengan mudah terutama
melalui aplikasi kesaudaraan (application relatives) dan lain-lain. Oleh itu
jika anda pengguna facebook, pastikan anda tidak meletakkan maklumat yang
betul. Untuk pengetahuan anda, CIA adalah skuad kanan Illuminati.
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
ReplyDeleteemmm
ReplyDeleteemmm
ReplyDelete