Atau hanya
konspirasi?
Betulkah Neil
Amstrong dan Angkasawan APOLLO benar-benar menjejakkan kaki di bulan?
Jika benar
mengapa tiada misi ke bulan lagi di zaman ini?
Adakah ianya
merupakan satu pembohongan dari NASA?
Kontroversi Apollo 11, 20 Julai 1969
Ramai diantara kita yang pernah mendengar dan tahu tentang kapal angkasa Apollo 11 yang dikatakan membawa angkawasan Neil Amstrong ke bulan. Dikatakan kapal ini mendarat buat kali pertama di bulan pada 20 Julai 1969 sekaligus mencatat sejarah dunia. Nama Neil Amstrong menjadi sebutan apabila diisytiharkan sebagai manusia pertama di dunia yang menjejakkan kaki dibulan. Sehingga hari ini, tiada lagi manusia yang mampu melakukannya, walaupun ianya dilihat tidak mustahil untuk diulangi pada zaman sekarang. Kebanyakkan misi angkasa lepas selepas itu hanyalah ke planet-planet lain, tidak ke bulan. Kenapa?
Gambar manusia di bulan hanyalah dengan
menggunakan foto-foto pada tahun 1969 itu sahaja, tiada yang terkini. Akhirnya
ia mencetuskan seribu persoalan. Selepas berkurun lamanya, evolusi serta
perkembangan sains dan teknologi dunia semakin maju, satu demi satu keraguan
timbul tentang kesahihan dan keaslian foto-foto tersebut.
Pakar-pakar dan pengkaji angkasa lepas mempersoalkan tentang foto-foto tersebut, lalu membuktikan ianya palsu. Manakala pihak NASA hanya mendiamkan diri, membisu dan langsung tidak menafikannya. Ini menguatkan lagi andaian bahawa misi pendaratan apollo 11 di bulan hanyalah palsu semata-mata.

