Showing posts with label rockfeller. Show all posts
Showing posts with label rockfeller. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Raja Segala Konspirasi Dunia


Sejak tahun 1990-an iaitu sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.

Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah :

·         Dajjal akan muncul …
·         Dajjal sudah muncul …

Terdapat tafsiran untuk kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Oleh itu, mana satukah yang tepat?

Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.

Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.

Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari Khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.

Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda


Thursday, May 24, 2012

Raja Namrud dan Hubungannya dengan Illuminati


 Patung Besar Namrud

Raja Namrud bin Kan”an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim AS. Dan Namrud adalah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim AS kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa Allah adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam Al-Quran Al-Karim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Surah Al Baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsirkan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Namrud (Nimrod) telah membawa dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan Namrud memarahi Baginda dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim AS dari api yang panas bersemarak itu.


Thursday, May 17, 2012

Pembinaan “Bilik Kebal Kiamat” (Doomsday Vault) Di Norway Kutub Utara




Masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti dengan terjadinya perubahan iklim yang melampau, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan di sesuatu tempat, dan banjir disertai ribut yang dahsyat di kawasan -kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangka akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali. Kesan kenaikan suhu dunia akan meningkatkan paras permukaan air laut antara 65 – 95 cm yang akan menenggelamkan negara-negara kepulauan Pasifik dan sebahagian besar pulau-pulau di Indonesia dan Polynesia.

Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasai oleh negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani-petani akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana-bencana alam musibah daripada perubahan suhu dunia.

Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah di atas, Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway sejak tahun 2006.

Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan di sana seperti lapangan terbang, hotel dan lain-lain lagi. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Bilik Kebal Kiamat’- Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.


Bilik Kebal Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu-pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk ke sana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.


Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak-puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk setiap unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18°C (0°F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana pemanasan global, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3°C (27°F) kerana hasil dari batuan dasar pasir sekitarnya panas.

Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.

Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.




Baru baru ini telah diadakan Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba).

Anda bolehlah melihatnya menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 78°1423N, 15°2943E. Di bawah ada sedikit lagi gambar² di dalam “BILIK KEBAL KIAMAT (DOOMSDAY VAULT):







Peringatan :

Artikel ini hanya memberi maklumat tentang kepercayaan & ramalan Tamadun Maya pada masa dahulu bahawa akan terjadi satu malapetaka besar dunia sekitar tahun 2012. Kepada mereka yang beragama Islam, janganlah jadikan artikel ini sebagai pegangan. Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan satu malapetaka besar pada suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa terjadinya atau adakah benar-benar ia akan terjadi pada masa terdekat ini. Sesungguhnya hanya kepada Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala yang terjadi di alam ini.