Showing posts with label iraq. Show all posts
Showing posts with label iraq. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Raja Namrud dan Hubungannya dengan Illuminati


 Patung Besar Namrud

Raja Namrud bin Kan”an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim AS. Dan Namrud adalah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim AS kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa Allah adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam Al-Quran Al-Karim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Surah Al Baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsirkan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Namrud (Nimrod) telah membawa dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan Namrud memarahi Baginda dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim AS dari api yang panas bersemarak itu.