Masa depan umat manusia moden dihantui
oleh realiti dengan terjadinya perubahan iklim yang melampau, penggantian musim
menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan di sesuatu tempat, dan banjir
disertai ribut yang dahsyat di kawasan -kawasan lain. Gejala universal ini yang
dijangka akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali. Kesan
kenaikan suhu dunia akan meningkatkan paras permukaan air laut antara 65 – 95 cm
yang akan menenggelamkan negara-negara kepulauan Pasifik dan sebahagian besar
pulau-pulau di Indonesia dan Polynesia.
Kesan paling teruk daripada perubahan
iklim dunia akan dirasai oleh negara-negara membangun. Ekosistem subur akan
musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan
terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan
terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani-petani akan
menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan
proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat
manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa
depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana-bencana alam musibah
daripada perubahan suhu dunia.
Dengan alasan demi keprihatinan
menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah di atas,
Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda
Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek
‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau
Svalbard- Norway sejak tahun 2006.
Svalbard adalah sebuah tempat yang
sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi
tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia
maka ditubuhkan pelbagai kemudahan di sana seperti lapangan terbang, hotel dan
lain-lain lagi. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja.
Maka telah dibina ‘Bilik Kebal Kiamat’- Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen
salah satu pulau di kepulauan Svalbard.
Bilik Kebal Kiamat Svalbard dibina di dalam
sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia
juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi
perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan
SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor
atau letupan nuklear. Pintu-pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan,
dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu
meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih
berbeza dari seluruh dunia.
Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa
Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat
digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus
untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan
ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk ke sana
akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti
manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO
yang akan mengawasinya secara automatik.
Kawasan Spitsbergen dianggap ideal
kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu
pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian
130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan
tetap kering meskipun puncak-puncak gunung ais di Kutub Utara mencair
kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk setiap
unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang
disyorkan -18°C (0°F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya
kerana pemanasan global, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat
lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu
meningkat ke -3°C (27°F) kerana hasil dari batuan dasar pasir sekitarnya panas.
Global Crop Diversity Trust (GCDT)
adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran
sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center –
Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi
tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan
strukturnya.
Dengan sokongan daripada Bill &
Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu
genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat
penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke
kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan
bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu,
Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi
lain.
Baru baru ini telah diadakan Perayaan
Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik
Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway.
Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar
Institute) dan Jepun (University Tsukuba).
Anda bolehlah melihatnya menggunakan
perisian Google Earth pada koordinat 78°14′23″N, 15°29′43″E. Di bawah ada sedikit lagi gambar²
di dalam “BILIK KEBAL KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT):
Peringatan :
Artikel ini
hanya memberi maklumat tentang kepercayaan & ramalan Tamadun Maya pada masa
dahulu bahawa akan terjadi satu malapetaka besar dunia sekitar tahun 2012.
Kepada mereka yang beragama Islam, janganlah jadikan artikel ini sebagai
pegangan. Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan
meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia
akan berdepan dengan satu malapetaka besar pada suatu masa nanti namun tak
siapapun tahu bilakah masa terjadinya atau adakah benar-benar ia akan terjadi
pada masa terdekat ini. Sesungguhnya hanya kepada Allah sahaja yang Maha
Mengetahui akan segala yang terjadi di alam ini.
No comments:
Post a Comment