Showing posts with label NASA. Show all posts
Showing posts with label NASA. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Konspirasi Pendaratan Manusia di Bulan

Benarkah manusia pernah pergi ke bulan? 

Atau hanya konspirasi?

Betulkah Neil Amstrong dan Angkasawan APOLLO benar-benar menjejakkan kaki di bulan?

Jika benar mengapa tiada misi ke bulan lagi di zaman ini?

Adakah ianya merupakan satu pembohongan dari NASA?



Kontroversi Apollo 11, 20 Julai 1969

Ramai diantara kita yang pernah mendengar dan tahu tentang kapal angkasa Apollo 11 yang dikatakan membawa angkawasan Neil Amstrong ke bulan. Dikatakan kapal ini mendarat buat kali pertama di bulan pada 20 Julai 1969 sekaligus mencatat sejarah dunia. Nama Neil Amstrong menjadi sebutan apabila diisytiharkan sebagai manusia pertama di dunia yang menjejakkan kaki dibulan. Sehingga hari ini, tiada lagi manusia yang mampu melakukannya, walaupun ianya dilihat tidak mustahil untuk diulangi pada zaman sekarang. Kebanyakkan misi angkasa lepas selepas itu hanyalah ke planet-planet lain, tidak ke bulan. Kenapa?  


Gambar manusia di bulan hanyalah dengan menggunakan foto-foto pada tahun 1969 itu sahaja, tiada yang terkini. Akhirnya ia mencetuskan seribu persoalan. Selepas berkurun lamanya, evolusi serta perkembangan sains dan teknologi dunia semakin maju, satu demi satu keraguan timbul tentang kesahihan dan keaslian foto-foto tersebut.

Pakar-pakar dan pengkaji angkasa lepas mempersoalkan tentang foto-foto tersebut, lalu membuktikan ianya palsu. Manakala pihak NASA hanya mendiamkan diri, membisu dan langsung tidak menafikannya. Ini menguatkan lagi andaian bahawa misi pendaratan apollo 11 di bulan hanyalah palsu semata-mata.