Showing posts with label cia. Show all posts
Showing posts with label cia. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Konspirasi Pembunuhan Benazir Bhutto


Kenalkah anda kepada Benazir Bhutto? Wanita Islam pertama di dunia yang diangkat menjadi Perdana Menteri, selain pernah diiktiraf sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Megazine.


Benazir Bhutto

Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.

Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leqhari Pada tahun 2006, Interpool telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.

Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard. Dia mula belajar di Lady Jennings Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun.

Dari 1969-1973, dia telah melanjutkan pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusets, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih menyertai Phi Beta Kappa, yakni sebuah pertubuhan Yahudi.

Tuesday, May 29, 2012

Raja Segala Konspirasi Dunia


Sejak tahun 1990-an iaitu sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.

Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah :

·         Dajjal akan muncul …
·         Dajjal sudah muncul …

Terdapat tafsiran untuk kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Oleh itu, mana satukah yang tepat?

Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.

Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.

Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari Khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.

Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda


Monday, May 28, 2012

Bukti Osama bin Laden adalah Anggota CIA


Sebuah berita yang mengejutkan ramai pihak mengenai keakraban antara pergerakan rahsia AS, CIA dengan seseorang yang namanya mencuri tumpuan umum setelah peristiwa 11 September 2001, Osama bi Laden. Menurut Majalah Times, Osama adalah seorang agen CIA. Ia diberikan latihan perisikan yang terbaik, persenjataan lengkap, kemudahan dan wang terlalu banyak selama bertahun-tahun.

Jika benar bahawa Osama adalah agen CIA, maka serangan roket yang dilancarkan AS ke Afghanistan boleh jadi bukan untuk menghancurkan Osama dan para penyokongnya, tetapi sebuah serangan yang ditujukan untuk membina imej Osama dan membuat dirinya dihormati di kalangan umat Islam yang menentang pemerintahan AS.

Tugas baru Osama adalah untuk dipergunakan sebagai alasan membenarkan serangan AS ke atas Afghanistan. Misalnya, ketika Osama dikhabarkan berada di Afghanistan, maka AS mempunyai alasan yang kukuh untuk mengebom negara tersebut dengan alasan “Memerangi Keganasan”, slogan perang yang dikumandangkan oleh era kepimpinan George W. Bush. AS juga dapat mengebom negara-negara lain dengan alasan untuk mengejar Osama.



Friday, May 25, 2012

10 Pertubuhan Rahsia (Secret Societies)


1.         Skull and Bones Club

Ahli The Skull and Bones (George Bush berdiri di sebelah kiri Jam) [1947]

The Order of Skull and Bones, salah satu pertubuhan di Universiti Yale asalnya dikenali oleh Brotherhood of Death (Persaudaraan Kematian). Ia merupakan salah satu pertubuhan rahsia siswa tertua di United States (Amerika). Ia ditubuhkan pada 1832 dan keahliannya hanya dibuka untuk beberapa golongan elit. Pertubuhan ini menggunakan ritual yang diilhamkan dari ritual golongan masonic. Ahli-ahlinya akan berjumpa setiap hari Khamis dan Ahad setiap minggu di dalam bangunan yang mereka gelarkan sebagai “Tomb” (Makam).

Mengikut apa yang dikatakan oleh Judy Schiff, Ketua Aktivis di Perpustakaan Universiti Yale, nama ahlinya tidak dirahsiakan sehingga pada 1970-an, tetapi ritual tetap dilakukan. Kedua-dua Presiden Bush adalah ahli kepada pertubuhan ini semasa mereka menuntut di Universiti Yale dan beberapa ahli yang lainnya telah pergi dengan kemewahan dan kemasyhuran.

Pertubuhan ini dikelilingi dengan pelbagai teori konspirasi : antaranya yang popular di mana kemungkinan idea penubuhan CIA (Central Intelligence Agency) tercetus dari ahli pertubuhan ini. Cia ada menyebut pada 2007 (sama dengan masa zaman filem popular The Good Shephard) di mana ia menafikan bahawa pertubuhan ini adalah inkubator untuk CIA. Anda boleh membacanya di sini.


Wednesday, May 16, 2012

Kurt Cobain (Nirvana) : Bunuh Diri atau Dibunuh?


Penguasaan Illuminati (melalui CIA) dalam dunia Hollywood

Memandangkan artikel sebelum ini tentang keturunan Ahmad Dhani mendapat sambutan yang memberangsangkan, saya ingin menunjukan anda sesuatu tentang seorang yang membawa kepada perubahan dalam dunia muzik antarabangsa.


        
Mungkin anda mengetahui & mengenai Kurt Cobain, bekas penyanyi kumpulan genre grunge/alternatif terkenal Nirvana. Berita gempar mengenai kematian Kurt Cobain pada 4 April 1994 mengejutkan semua pihak terutamanya peminat-peminat setianya. Kematiannya berlaku ketika beliau mencapai tahap populariti kemuncak dalam dunia muzik antarabangsa.

Punca kematian Kurt Cobain dilaporkan oleh media massa Amerika sebagai ‘bunuh diri’ (suicide). Namun begitu, setahun selepas kematiannya itu timbul pelbagai khabar-khabar angin tentang kematian Kurt. Khabar-khabar angin itu kelihatan lebih jelas dengan beberapa bukti diketemukan oleh beberapa orang penyiasat persendirian.

Salah seorang penyelidik sosial, Stewart juga seorang ahli muzik percaya bahawa Kurt Cobain tidak membunuh diri tetapi dibunuh. Berita media mengenai punca kematian Kurt sebagai bunuh diri adalah palsu semata-mata. Stewart juga mendakwa bahawa Kurt dibunuh oleh seseorang, berkemungkinan seorang anggota Mafia yang juga pernah mengugut anggota-anggota Nirvana kerana enggan membayar wang perlindungan.


Khabar angin lain pula mengatakan cerita bunuh diri Kurt hanya direka-reka. Kurt dikatakan masih hidup dan menikmati kehidupan yang selesa di luar Amerika. Khabar angin itu juga menyebut, penyanyi tersebut pernah dilihat berjalan-jalan di bandar Rio De Jenario dan Paris. Selain itu, Kurt juga didakwa pernah dilihat di Disobey Club, di bandar London, dipanggung-panggung wayang serta di Festival Hackney Homeless. Selain itu, salah seorang peminat mendakwa pernah menjumpainya membeli-belah di supermarket Kwik Save, bandar Canning.

Cerita yang paling boleh dipercayai ialah berkenaan Kurt Cobain mati kerana ia menjadi eksperimen CIA (salah sebuah agensi yang dipelopori oleh pengikut Illuminati & Freemason).  Salah seorang yang terlibat dengan eksperimen CIA ini cuba menghubungi Stewart bagi mendedahkan perkara-perkara yang sebenar.  Stewart bersetuju berjumpa dengan individu tersebut di Gereja Temple, Fleet Street. Stewart memberitahu lelaki yang berjumpa dengannya itu sangat muda tetapi kelihatan seperti ketakutan semasa duduk di sebelahnya. Menurut lelaki muda itu, CIA terlibat secara langsung dan mengambil berat tentang pengaruh-pengaruh muzik popular ke atas golongan muda. Hal itulah yang menjadi punca kepada pembunuhan penyanyi-penyanyi terkenal sebelum ini seperti Brian Jones, John Lennon dan Jim Morrison.

Menurut lelaki muda itu lagi, pihak CIA sentiasa memastikan bahawa corak muzik dan lirik yang dibawa penyanyi atau kumpulan mestilah mengekalkan nilai-nilai sentimen perkauman, sifat benci terhadap warna kulit yang berbeza dan pengekalan jurang hubungan sesama kaum. Dalam kes Nirvana ini, khususnya Kurt Cobain, beliau mungkin disyaki tidak mengikut landasan yang dikehendaki oleh CIA sebagai mana yang dipersetujui bersama.

Informer itu juga memberitahu Stewart bahawa penyanyi-penyanyi telah diracuni pemikiran mereka untuk melakukan ‘tindakan bunuh diri’ ketika di saat kemuncak populariti. Semua ini kerana CIA mahu memastikan para peminat bersimpati kepada penyanyi tersebut dan terus menerus mendengar muzik-muzik yang dinyanyikan penyanyi tersebut walaupun penyanyi atau band itu telah berkubur.
Kebenaran ini dapat dilihat kepada beberapa kumpulan rock zaman dahulu dan sekarang yang masih digemari ramai dan album-album mereka masih dibeli oleh kebanyakan peminat misalnya Elvis Presly dan The Beatles.

Persoalan yang boleh ditimbul sekarang, adakah tembakan itu datang dari tangannya sendiri? Laporan paling lengkap mengenai tragedi sebenar ini hanya diketahui 9 tahun selepas kejadian itu. Bekas penulis lagu-lagu rock dan penyanyi sebuah kumpulan rock iaitu Max Wallace dan Ian Halperin mendedahkannya dalam buku mereka yang bertajuk In Love and Death : The Murder of Kurt Cobain, diterbitkan pada 3 April 2004. Buku mereka ini berjaya mendedahkan teori bahawa Kurt Cobain telah dibunuh (murdered) bukannya bunuh diri (suicide). Teori mereka disokong oleh bukti-bukti siasatan forensik pihak polis daerah Seattle.

Siasatan Wallace dan Halperin mendapati pada masa kematiannya tahun 1994, Kurt Cobain telah meninggalkan isterinya Courtney Love dan menempah dua tiket penerbangan ke Seattle untuk dirinya dan seorang perempuan yang tidak dikenali. Courtney percaya perempuan tersebut adalah teman wanita Kurt.

Hal ini dibuktikan melalui laporan mereka yang mengatakan sejam sebelum kematiannya, Kurt telah hilang dari pusat pemulihan dadahnya di Los Angelas, dia didapati telah menghubungi United Airlines untuk menempah tiket penerbangan yang masih belum digunakan sehingga sekarang. 



Wallace dan Halperin dalam awal siasatan mereka mendedahkan laporan bedah siasat ke atas mayat Kurt yang dikeluar Jabatan Polis Seattle. Rekod bedah siasat untuk melaporkan Cobain telah mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt. Tiada  tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada bersamanya di bilik itu sebelum ia mati.

Kurt Cobain bukanlah orang pertama yang dibunuh, terdapat berpuluh-puluh lagi artis terkenal yang dibunuh oleh agen-agen Illuminati kerana tidak mengikut arahan pihak mereka. Terdapat banyak pendedahan-pendedahan yang diterbitkan tetapi memandangkan media massa Amerika milik sepenuhnya bangsa Yahudi, maka hal-hal demikian ditutup rapat tanpa diberi sebarang ruang untuk didedahkan kepada masyarakat.


* Nota bunuh diri Kurt Cobain

Monday, May 14, 2012

Kontroversi Pembunuhan John F. Kennedy



Posisi seorang yang digelar Presiden Amerika Syarikat adalah posisi yang paling panas di dunia. Daripada dahulu sehingga sekarang, Amerika Syarikat terlibat dalam pelbagai kontroversi dan konspirasi. Jangan lupa kepada skandal seks melibatkan Bill Clinton dan Monica Lewisky dan jangan lupa juga kepada skandal Watergate melibatkan Richard Nixon. Skandal melibatkan Richard Nixon ini bukan sahaja menjatuhkan beliau daripada posisi presiden malah turut mengubah senario politik Amerika Syarikat. Maka tidak hairanlah apabila jawatan Presiden Amerika Syarikat merupakan jawatan paling kontroversi di dunia.

Memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat bukanlah seperti memegang jawatan Perdana Menteri di negara-negara lain. Mereka yang dipilih menjadi Presiden perlu mempunyai mental dan fizikal yang utuh. Malah ia belum cukup sebenarnya. Mereka perlu juga menjadi seorang yang mempunyai prinsip.

Kontroversi dan Skandal

Sangat sukar mencari presiden Amerika Syarikat yang mempunyai prinsip yang kuat kecuali seorang sahaja iaitu Presiden Amerika Syarikat ke-35 iaitu John F. Kennedy. Digelar dengan J.F.K, Kennedy juga tidak lekang daripada kontroversi dan skandal. Antara kontroversi dan skandal yang melibatkan Kennedy adalah skandal seks melibatkan Kennedy dan Marilyn Monroe, Gunilla van Post, Judith Campbell, Mary Pinchot Meyer dan Mimi Beardsley Alford. Selepas meninggalnya Kennedy sekalipun, beliau masih lagi diselubungi kontroversi apabila tersebarnya gambar percutian beliau dan gadis berbogel pada 1967 dalam Majalah Playboy.


Kontroversi menyelebungi pembunuhan Kennedy

Bukan itu sahaja, insan yang dilahirkan pada 29 March 1917 ini juga mempunyai kontroversi yang lebih besar. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah kontroversi melibatkan pembunuhannya pada 22 November 1963.


Pembunuhan berkontroversi ini berlaku di Dallas, Texas pada pukul 12.30 pm waktu tempatan sewaktu dibawa berarak menaiki limosin Presiden yang tidak berbumbung. Turut bersama-sama dengan Kennedy adalah isteri beliau, Jacqualine Kennedy, Gabenor Texas, James Connolly dan isteri.

Kennedy meninggal dunia serta merta selepas ditembak di dua tempat di bahagian tubuhnya iaitu di kepala dan belakang badan (menembusi leher di hadapan). Detik-detik kematian Kennedy telah sempat dirakam oleh beberapa jurukamera amatur seperti Abraham Zapruder, Marie Muchmore dan Orville Orhel Nix. Rakaman -rakaman mereka menjadi popular selepas menjadi antara bahan bukti penting untuk tujuan penyiasatan kes pembunuhan Kennedy. Rakaman-rakaman daripada ketiga-tiga individu ini digelar Zapruder film, Muchmore film dan Nix film.zion
Teori Konspirasi Pembunuhan Kennedy

Miskipun Kennedy terkenal dengan skandal melibatkan wanita namun ia tidak bermakna Kennedy adalah presiden yang gagal. Dalam sejarah Amerika Syarikat, Kennedy tidak pernah dinobatkan sebagai presiden yang gagal dan jauh sekali digelar presiden yang lemah dalam pentadbiran. Walaupun, tempoh penggal Kennedy merupakan tempoh yang paling kritikal akan tetapi ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran Kennedy secara keseluruhan.

Penggal Kennedy dihidupkan dengan pelbagai isu dan masalah besar seperti isu Bay of Pigs melibatkan hubungan Kennedy dan Presiden Cuba, Fidel Castro, isu nuklear melibatkan tiga penjuru iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union dan Cuba, isu Perang Dingin, isu pemilikan nuklear Israel, isu jenayah terancang melibatkan mafia dan isu melibatkan pembinaan roket untuk ke bulan.

Pembunuhan Kennedy dilingkupi sekurang-kurangnya 7 Teori Konspirasi Utama iaitu:

1.   Pembunuhan Kennedy telah direncanakan oleh KGB. Polis rahsia Soviet Union. Teori paling popular yang dicanangkan oleh Amerika Syarikat. Perang Dingin antara Amerika Syarikat - Soviet Union telah mencapai tempoh tegang apabila berlakunya isu Krisis Misil Cuba atau lebih dikenali sebagai Oktober Crisis. October Crisis ini berlaku apabila Soviet Union terlibat secara langsung dalam pembinaan serta eksport kepala peledak (warhead) nuklear ke Cuba. Ia berjaya didedahkan oleh gambar yang dirakam oleh pesawat pengintip U-2 photoreconnaissance yang memaparkan kerajaan Cuba dan Soviet Union sedang giat membina tapak misil di Cuba. Krisis ini hampir sahaja mencetus Perang Nuklear selepas Kennedy secara tegas memberi kata dua (ultimatum) kepada Nikita Khrushchev samaada memberhenti pembinaan misil tersebut atau menghadapi senjata nuklear daripada Amerika Syarikat. Nikita mengambil jalan selamat apabila memberhentikan pembinaan misil dan eksport kepala peledak.

2.   Pembunuhan Kennedy dirancang dengan teliti oleh CIA serta Pengarah FBI ketika itu iaitu J. Edgar Hoover. Kennedy dilanda kontroversi apabila tidak melindungi hak Amerika Syarikat sepenuhnya apabila berlakunya pencerobohan Bay of Pigs ketika Cuba di bawah Fidel Castro cuba untuk mencetuskan api-api peperangan. Ia menimbul api kemarahan kepada pengarah FBI, J. Edgar Hoover. J. Edgar Hoover dikatakan telah merancang pembunuhan Kennedy dalam satu operasi rahsia. Walaubagaimanapun, teori ini masih lagi longgar dan sukar untuk diterima.

3.   Pembunuhan Kennedy dirancang oleh Timbalan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Lyndon B. Johnson. Miskipun teori ini kelihatan tidak logik akan tetapi ia masih juga mempunyai kebenarannya. Kennedy dilaporkan akan memecat Lyndon B. Johnson pada penggal akan datang kerana Johnson dilaporkan telah terlibat dalam beberapa skandal yang memburukkan nama Rumah Putih iaitu skandal duit haram dan pembunuhan politik. Sewaktu skandal ini tercetus, telah wujud ketidaksefahaman antara Kennedy dan Johnson dalam pentadbiran dan desah-desus pemecatan Johnson kemungkinan besar adalah benar. Johnson dikatakan telah merancang dengan teliti untuk melakukan pembunuhan Kennedy bagi menjamin karier politiknya tidak terjejas.

4.   Pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh agen Presiden Cuba, Fidel Castro. Hubungan Amerika Syarikat-Cuba telah sedia tegang. Ia bermula selepas Fidel Castro menaiki takhta selepas Revolusi Cuba yang menggulingkan kerajaan boneka Cuba. Fidel Castro telah membawa pembaharuan dalam hala tuju Cuba selepas menggantikan kerajaan yang sedia ada kepada Komunis. Castro telah disokong dengan utuh oleh Soviet Union dan China. Namun, ia dimusuhi oleh Amerika Syarikat dan kuasa kapitalis lain seperti Britain, Kanada dan jiran-jiran kapitalisnya. Sangat banyak cubaan-cubaan untuk membunuh Castro dilakukan, namun satu pun tidak berjaya. Kebanyakkan cubaan tersebut dicetuskan oleh agen-agen CIA yang secara rahsia berada di Cuba. Ia menimbulkan rasa marah kepada Castro. Castro percaya bahawa Kennedy telah merencanakan pembunuhan beliau. Oleh itu, beliau perlu bertindak pantas dan pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh Castro dan pemimpin-pemimpin atasan Cuba. Dan Castro berjaya.

5.   Orang perseorangan yang mempunyai niat dan natijah yang sukar untuk diketahui. Miskipun ia kelihatan mustahil namun tangkapan pertama dan terakhir melibatkan pembunuhan Kennedy adalah orang perseorangan iaitu Lee Harvey Oswald. Oswald dikatakan membunuh Kennedy dengan menggunakan senapang miliknya, Corcano Rifle yang dijumpai selepas ditinggalkan di sebuah tempat pelupusan buku bagi memudahkannya melarikan diri daripada polis. Oswald bagaimanapun ditangkap di sebuah pawagam di Texas iaitu Texas Theater. Ironinya, Oswald amat mudah ditangkap dan langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang penembak tepat yang tipikal di mana kebiasaanya mereka adalah seorang yang bijak dan cekap. Oswald kemudian ditempat buat sementara di Dallas Police Headquarter. Pada 24hb November 1963 bersamaan hari Ahad, Oswald ditembak tepat di perutnya oleh Jack Ruby sewaktu beliau dibawa turun daripada Dallas Police Headquarter untuk dipindahkan ke penjara negeri. Oswald meninggal dunia pada pukul 1.04 pagi di Parkland Memorial Hospital iaitu hospital yang sama Kennedy dibawa selepas ditembak.

6.   Pembunuhan dirancang oleh golongan Freemason untuk mencapai tujuan ritual misteri mereka. Teori yang agak pelik pernah didengar namun ia masih mempunyai asasnya. Freemason terkenal sebagai sebuah organisasi rahsia yang mempunyai reputasi mengamalkan ritual-ritual pelik dan kadang-kala tidak masuk dek akal. Ini terjadi kepada pembunuhan Kennedy di mana golongan tersebut dikatakan membunuh Kennedy kerana ‘membalas dendam’ yang sekian lama tersirat atas pembunuhan Jacques de Molay atau nama Yahudinya Hiram Abiff. Jacques de Molay adalah pemimpin Knight Templar dan Grand Master of the Order of the Knight Templar terakhir. Beliau dihukum bunuh dengan hukuman bakar selepas dikatakan melakukan amalan sihir, pendewaan kepada kultus, homoseksualiti, rasuah dan pecah amanah. Beliau dan pengikutnya dihukum bunuh oleh King Phillip IV of France dan Pope Clement V. Golongan Freemason sengaja mencari tarikh yang bersamaan dengan pembunuhan Jacques de Molay iaitu pada 22 November. Untuk pengetahuan, Jacques de Molay dibunuh pada 22 November 1307 di Perancis. Terdapat teori mengatakan bahawa pemilihan tarikh itu dilakukan kerana 22 haribulan November bersamaan dengan 22+11(November)=33. 33 adalah darjah Masonik tertinggi dalam carta hirarki mereka.

7.   Pembunuhan telah dirancang oleh Kerajaan Israel dan dilakukan oleh agen-agen MOSSAD. Umum mengetahui bahawa MOSSAD adalah agen rahsia yang paling cekap dalam menjalankan tugas selain daripada CIA dan KGB. MOSSAD sebenarnya adalah sebuah agensi risikan di bawah seliaan kerajaan Israel. Lazimnya, MOSSAD ditugaskan untuk melakukan operasi risikan di negara musuh terutamanya negara Palestin, Iraq, Iran dan Syria. Namun, MOSSAD juga melakukan operasi rahsia yang membabitkan pembunuhan politik sepertimana yang biasa kita dengar seperti pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin dan paling terbaru dan kontroversi, pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh di Abu Dhabi. Sebenarnya, ‘mangsa’ MOSSAD tidak tertakluk kepada yang beragama Islam dan mereka yang didakwa mereka sebagai pengganas tetapi turut serta adalah mereka yang tidak bersependapat dengan kerajaan mereka iaitu Israel. Antara yang menjadi mangsa adalah subjek penulis untuk entry kali ini, John F. Kennedy.

Sewaktu Kennedy menjawat jawatan presiden, Kennedy tidak bersependapat dalam banyak perkara terutamanya membabitkan isu nuklear dengan perdana menteri Israel ketika itu, David Ben Gurion. Menurut satu rekod, Kennedy tidak bersetuju dengan cadangan Ben Gurion untuk membina loji nuklear dan misil berpeledak nuklear bagi menjadikan Israel sebagai kuasa nuklear setanding Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pembinaan itu dikatakan berada di gurun Dimona.

Selanjutnya, selepas pengunduran Ben Gurion pada Jun 1963, isu nuklear masih lagi dimainkan oleh penggantinya iaitu Levi Eshkol. Sepertimana Ben Gurion, Eshkol berkeras mahu menjadikan negara Israel sebagai kuasa nuklear. Tujuannya adalah untuk melindungi negaranya daripada kuasa-kuasa Arab yang menggelilinginya sepertimana kata-kata Ben Gurion kepada Kennedy:

“Mr. President, my people have the right to exist, and this existence is in danger.”

Walaubagaimanapun, Kennedy tidak pernah bersetuju kerana menganggap nuklear sangat merbahaya jika ia disalahgunakan untuk tujuan penindasan.

Hal Peribadi Keluarga Kennedy

Sebenarnya, isu membabitkan Ben Gurion dan Kennedy terkait juga isu peribadi di mana bapa kepada Kennedy iaitu Joe Kennedy merupakan seorang anti-semitik yang bersama-sama dengan Henry Ford (pengasas Ford) membantah campur tangan zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Sebenarnya, Joe Kennedy bukan sahaja seorang anti-semitik tetapi juga menyokong Hitler sewaktu Perang Dunia Kedua. Ia diketahui oleh semua ahli-ahli Zionis termasuklah Ben Gurion.

Seperti bapanya, Kennedy sendiri juga adalah seorang yang tidak senang dengan kegiatan Zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Beliau tidak mahu kongres Amerika Syarikat dipengaruhi oleh keputusan Zionis. Dan akibatnya sangat teruk. Kennedy sangat tidak disenangi oleh ahli politik berbangsa Yahudi.

Oswald hanya kambing hitam

Kemuncak kepada isu ini termasuklah isu Nuklear Israel menyebabkan Kennedy dibunuh dengan kejam. Watak Oswald hanya tempelan sahaja. Yahudi menguasai seluruh media di Amerika Syarikat. Mereka mampu mengubah satu cerita kepada cerita yang lain. Disebabkan itu Oswald dibunuh sebelum sempat dibicara. Ia dibimbangi akan membocorkan rahsia-rahsia sulit MOSSAD. Dalam kata lain, Oswald hanyalah kambing hitam yang tidak bernasib baik kerana berada di tempat dan masa yang tidak betul.

Penutup

Terbunuhnya Kennedy merupakan titik tolak kepada penguasaan Israel dalam kuasa nuklear. Israel dikatakan telah bersekongkol dengan China untuk membentuk kuasa nuklear secara bersama. Oleh sebab itu, sehingga ke hari ini, China miskipun Komunis, ia tidak pernah dilihat bermusuh dengan Amerika Syarikat apatah lagi Israel.

Tengoklah hari ini, jika Kennedy terselamat dalam setiap misi pembunuhannya, saya yakin dunia hari ini tidak akan melihat Israel yang bermaharajalela. Israel tidak akan mempunyai misil berpeledak nuklear. Israel tidak akan mempunyai roket berpeledak benua ke benua. Dan Israel hanya sebuah negara yang tiada apa-apa.
Barang siapa bertanya kepada saya, siapakah presiden AS yang paling dikagumi..

Tanpa berfikir panjang, ia adalah John Flitzgerald Kennedy!