Penguasaan Illuminati (melalui CIA)
dalam dunia Hollywood
Memandangkan artikel
sebelum ini tentang keturunan Ahmad Dhani mendapat sambutan yang
memberangsangkan, saya ingin menunjukan anda sesuatu tentang seorang yang
membawa kepada perubahan dalam dunia muzik antarabangsa.
Mungkin anda mengetahui & mengenai Kurt Cobain, bekas penyanyi kumpulan
genre grunge/alternatif terkenal Nirvana.
Berita gempar mengenai kematian Kurt Cobain pada 4 April 1994 mengejutkan semua
pihak terutamanya peminat-peminat setianya. Kematiannya berlaku ketika beliau
mencapai tahap populariti kemuncak dalam dunia muzik antarabangsa.
Punca kematian Kurt Cobain dilaporkan
oleh media massa Amerika sebagai ‘bunuh
diri’ (suicide). Namun begitu, setahun selepas kematiannya itu timbul
pelbagai khabar-khabar angin tentang kematian Kurt. Khabar-khabar angin itu
kelihatan lebih jelas dengan beberapa bukti diketemukan oleh beberapa orang
penyiasat persendirian.
Salah seorang penyelidik sosial, Stewart
juga seorang ahli muzik percaya bahawa Kurt Cobain tidak membunuh diri tetapi
dibunuh. Berita media mengenai punca kematian Kurt sebagai bunuh diri adalah palsu
semata-mata. Stewart juga mendakwa bahawa Kurt dibunuh oleh seseorang,
berkemungkinan seorang anggota Mafia yang juga pernah mengugut anggota-anggota
Nirvana kerana enggan membayar wang perlindungan.
Khabar angin lain pula mengatakan cerita
bunuh diri Kurt hanya direka-reka. Kurt dikatakan masih hidup dan menikmati
kehidupan yang selesa di luar Amerika. Khabar angin itu juga menyebut, penyanyi
tersebut pernah dilihat berjalan-jalan di bandar Rio De Jenario dan Paris.
Selain itu, Kurt juga didakwa pernah dilihat di Disobey Club, di bandar London,
dipanggung-panggung wayang serta di Festival Hackney Homeless. Selain itu,
salah seorang peminat mendakwa pernah menjumpainya membeli-belah di supermarket
Kwik Save, bandar Canning.
Cerita yang paling boleh dipercayai
ialah berkenaan Kurt Cobain mati kerana ia menjadi eksperimen CIA (salah sebuah agensi yang dipelopori oleh pengikut Illuminati & Freemason). Salah
seorang yang terlibat dengan eksperimen CIA ini cuba menghubungi Stewart bagi mendedahkan
perkara-perkara yang sebenar. Stewart bersetuju berjumpa dengan individu
tersebut di Gereja Temple, Fleet Street. Stewart memberitahu lelaki yang
berjumpa dengannya itu sangat muda tetapi kelihatan seperti ketakutan semasa
duduk di sebelahnya. Menurut lelaki muda itu, CIA terlibat secara langsung dan
mengambil berat tentang pengaruh-pengaruh muzik popular ke atas golongan muda.
Hal itulah yang menjadi punca kepada pembunuhan penyanyi-penyanyi terkenal
sebelum ini seperti Brian Jones, John Lennon dan Jim Morrison.
Menurut lelaki muda itu lagi, pihak CIA
sentiasa memastikan bahawa corak muzik dan lirik yang dibawa penyanyi atau
kumpulan mestilah mengekalkan nilai-nilai sentimen perkauman, sifat benci
terhadap warna kulit yang berbeza dan pengekalan jurang hubungan sesama kaum.
Dalam kes Nirvana ini, khususnya Kurt Cobain, beliau mungkin disyaki tidak
mengikut landasan yang dikehendaki oleh CIA sebagai mana yang dipersetujui
bersama.
Informer itu juga memberitahu Stewart
bahawa penyanyi-penyanyi telah diracuni pemikiran mereka untuk melakukan ‘tindakan bunuh diri’ ketika di saat
kemuncak populariti. Semua ini kerana CIA mahu memastikan para peminat
bersimpati kepada penyanyi tersebut dan terus menerus mendengar muzik-muzik
yang dinyanyikan penyanyi tersebut walaupun penyanyi atau band itu telah
berkubur.
Kebenaran ini dapat dilihat kepada
beberapa kumpulan rock zaman dahulu dan sekarang yang masih digemari ramai dan
album-album mereka masih dibeli oleh kebanyakan peminat misalnya Elvis Presly
dan The Beatles.
Persoalan yang boleh ditimbul sekarang,
adakah tembakan itu datang dari tangannya sendiri? Laporan paling lengkap
mengenai tragedi sebenar ini hanya diketahui 9 tahun selepas kejadian itu.
Bekas penulis lagu-lagu rock dan penyanyi sebuah kumpulan rock iaitu Max
Wallace dan Ian Halperin mendedahkannya dalam buku mereka yang bertajuk In
Love and Death : The Murder of Kurt Cobain, diterbitkan pada 3 April 2004.
Buku mereka ini berjaya mendedahkan teori bahawa Kurt Cobain telah dibunuh
(murdered) bukannya bunuh diri (suicide). Teori mereka disokong oleh
bukti-bukti siasatan forensik pihak polis daerah Seattle.
Siasatan Wallace dan Halperin mendapati
pada masa kematiannya tahun 1994, Kurt Cobain telah meninggalkan isterinya
Courtney Love dan menempah dua tiket penerbangan ke Seattle untuk dirinya dan
seorang perempuan yang tidak dikenali. Courtney percaya perempuan tersebut
adalah teman wanita Kurt.
Hal ini dibuktikan melalui laporan
mereka yang mengatakan sejam sebelum kematiannya, Kurt telah hilang dari pusat
pemulihan dadahnya di Los Angelas,
dia didapati telah menghubungi United Airlines untuk menempah tiket penerbangan
yang masih belum digunakan sehingga sekarang.
Wallace dan
Halperin dalam awal siasatan mereka mendedahkan laporan bedah
siasat ke atas mayat Kurt yang dikeluar Jabatan
Polis Seattle. Rekod bedah siasat untuk melaporkan Cobain telah
mengambil dos heroin yang berlebihan sebelum membunuh diri dengan pistol. Hasil
temuramah dengan doktor-doktor bedah siasat itu, mereka percaya seseorang telah
memberikan sejenis dadah kepada Kurt, kemudian menunggu Kurt menghisap dadah
tersebut hingga khayal dan akhirnya melepaskan tembakan ke arah Kurt.
Tiada tanda atau cap-cap jari dikesan pada pistol Kurt Cobain. Namun
siasatan rambang mendapati kemungkinan sekurang-kurangnya 3 orang berada
bersamanya di bilik itu sebelum ia mati.
Kurt Cobain bukanlah orang pertama yang
dibunuh, terdapat berpuluh-puluh lagi artis terkenal yang dibunuh oleh
agen-agen Illuminati kerana tidak mengikut arahan pihak mereka. Terdapat banyak
pendedahan-pendedahan yang diterbitkan tetapi memandangkan media massa Amerika
milik sepenuhnya bangsa Yahudi, maka hal-hal demikian ditutup rapat tanpa
diberi sebarang ruang untuk didedahkan kepada masyarakat.
* Nota bunuh diri Kurt Cobain
No comments:
Post a Comment