Showing posts with label amerika. Show all posts
Showing posts with label amerika. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Hubungan Antara Freemason dan Illuminati

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah. Telah diterangkan sebelum ini bahawa strategi Dajal adalah dengan memperbanyakkan pertubuhannya di sana-sini, satu untuk mengekalkan ia (survive) dan yang kedua untuk mengelirukan orang ramai. Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).




Menurut sejarah Illuminati moden, William Petty, Earl dari Shelburne yang ke-2, dan Baron Adolf von Knigge, adalah orang-orang yang berhasil menghubungkan organisasi "Illuminati" dengan gerakan “Freemasonry" pada Kongres di Whilhelmsbad pada tahun 1782.

Pengikut Adam Weishaupt yang kebanyakan adalah penganut Kabbalah, kemudian secara teratur melakukan penyusupan ke dalam "Freemasonry" yang pada waktu itu dipimpin Friederich yang Agung dari Prusia, termasuk Duc d'Orleans. Untuk kepentingan tersebut Adam Weishaupt mahukan dukungan dari orang-orang kaya Yahudi. Sejak terjadinya penyusupan itu sulit sekali membezakan antara “Illuminati" dengan "Freemasonry". Bahkan logo "Illuminati" (piramid dengan mata Lucifer di puncaknya), kemudian digunakan sebagai logo "Freemasonry" di samping logo berbentuk "sesiku dengan sebuah jangkasudut".

Tuesday, June 12, 2012

Konspirasi Pendaratan Manusia di Bulan

Benarkah manusia pernah pergi ke bulan? 

Atau hanya konspirasi?

Betulkah Neil Amstrong dan Angkasawan APOLLO benar-benar menjejakkan kaki di bulan?

Jika benar mengapa tiada misi ke bulan lagi di zaman ini?

Adakah ianya merupakan satu pembohongan dari NASA?



Kontroversi Apollo 11, 20 Julai 1969

Ramai diantara kita yang pernah mendengar dan tahu tentang kapal angkasa Apollo 11 yang dikatakan membawa angkawasan Neil Amstrong ke bulan. Dikatakan kapal ini mendarat buat kali pertama di bulan pada 20 Julai 1969 sekaligus mencatat sejarah dunia. Nama Neil Amstrong menjadi sebutan apabila diisytiharkan sebagai manusia pertama di dunia yang menjejakkan kaki dibulan. Sehingga hari ini, tiada lagi manusia yang mampu melakukannya, walaupun ianya dilihat tidak mustahil untuk diulangi pada zaman sekarang. Kebanyakkan misi angkasa lepas selepas itu hanyalah ke planet-planet lain, tidak ke bulan. Kenapa?  


Gambar manusia di bulan hanyalah dengan menggunakan foto-foto pada tahun 1969 itu sahaja, tiada yang terkini. Akhirnya ia mencetuskan seribu persoalan. Selepas berkurun lamanya, evolusi serta perkembangan sains dan teknologi dunia semakin maju, satu demi satu keraguan timbul tentang kesahihan dan keaslian foto-foto tersebut.

Pakar-pakar dan pengkaji angkasa lepas mempersoalkan tentang foto-foto tersebut, lalu membuktikan ianya palsu. Manakala pihak NASA hanya mendiamkan diri, membisu dan langsung tidak menafikannya. Ini menguatkan lagi andaian bahawa misi pendaratan apollo 11 di bulan hanyalah palsu semata-mata.


Friday, June 8, 2012

Konspirasi Pembunuhan Abraham Lincoln


Abraham Lincoln

Tidak kira sama ada usaha itu bersifat positif atau negatif, pasti ada pihak yang menjadi musuh dalam selimut. Pasti ada gunting dalam lipatan. Di dalam dunia yang penuh konspirasi ini, segala-galanya masih kabur dan samar-samar termasuk yang mencipta konspirasi itu sendiri. Tidak terkecuali bagi “The Hidden Hand”, yang dikatakan memiliki segala instrumen dan fasiliti yang lengkap dan hebat termasuk segala kemampuan propaganda dan kawalan minda, masih terdapat lompang dalam usaha-usahanya. Lompang ini akan mencipta masalah yang lain, menghidupkan api dalam sekam yang jika tidak dikawal, akan membakar seluruh drama konspirasi yang direncanakan.

Di dalam dunia konspirasi, seseorang perlu pandai bermain dengan strategi. Salah strategi maka segala rencana pasti hancur. Bermain dengan konspirasi laksana bermain buah catur. Perlu bijak menafsir gerakan lawan dan perlu menutup segala lompang yang ada bagi membunuh pergerakan lawan. Setiap buah lawan adalah penting walaupun sekadar bidak, apatah lagi sepenting kuda yang sukar dilihat pergerakannya dengan jelas dan mampu membunuh dengan senyap. Namun jika pertahanan kota rapuh, bukan sahaja permaisuri malah menteri-menterinya juga mampu mengacau raja yang lemah tanpa pertahanan.

Wednesday, June 6, 2012

Konspirasi Pembunuhan Benazir Bhutto


Kenalkah anda kepada Benazir Bhutto? Wanita Islam pertama di dunia yang diangkat menjadi Perdana Menteri, selain pernah diiktiraf sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Megazine.


Benazir Bhutto

Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.

Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leqhari Pada tahun 2006, Interpool telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.

Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard. Dia mula belajar di Lady Jennings Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun.

Dari 1969-1973, dia telah melanjutkan pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusets, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih menyertai Phi Beta Kappa, yakni sebuah pertubuhan Yahudi.

Monday, June 4, 2012

Simbol dan Maksud Tersembunyi Dalam 1 Dollar US (Part 2)


5)     Nombor 13

Banyak yang telah ditunjukkan di Internet tentang nombor 13 dan hubungan hubungannya dengan Dollar US. Banyak yang menarik perhatian tetapi diingatkan bahwa terdapat juga yang boleh membawa anda ke arah yang salah. Berikut adalah beberapa maklumat yang baru.

Terdapat lima nombor yang kelihatan berulang secara ketara. Mereka adalah : 

·         3
·         6
·         9
·         12
·         13

Empat yang pertama adalah gandaan linear bagi tiga (3) dan juga mewakili pertiga geometri dan Triniti asal. (Suatu konsep yang penting di dalam ajaran Masonic. Iaitu 33 darjah Mason - darjah tertinggi). Ia juga adalah berpadanan dengan bahagian Min Emas (Golden Mean) yang begitu penting kepada Da Vinci " The Real Da Vinci Code" dan jujukan Fibonacci yang dianggap sebagai Keajaiban Asli Perkadaran (Natural Miracle of Propotions).

Terdapat satu pendapat yang menyatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada Rahsia Besar (Great Secret) yang hanya boleh diturunkan kepada Putera Sublime 32 Darjah Rahsia Agong (32 Degree Sublime Prince of the Royal Secret) dalam persediaan untuk ke kedudukan 33 darjah.

Ia juga adalah parameter bagi grid selari yang digunakan untuk merekabentuk segala-galanya di atas wang kertas Dollar US. Mengapa? Cuba kita ambil apa-apa nombor di dunia ini dan dibahagikan dengan 3. Kita akan lihat nombor akan sentiasa berulang sehingga ia infiniti. Ini dipercayai menjadi pegangan ajaran Masonik mengenai Kesucian. Bukti kewujudan Arkitek Agong (Great Architect).

Oleh itu, mengapa 13 begitu penting?

Ia bermula sejak kewujudan dua organisasi - Knights Templar dan Hospitaller Knights. Kedua-duanya merupakan Pahlawan Kristian (Christian Warrior Order) yang ditubuhkan untuk melindungi jemaah pendatang ke Jerusalem. Para Hospitaller setia menjadi "Alim" dan hari ini mereka dikenali sebagai “St. John Ambulans”. Manakala Knights Templar pula memperkenalkan mata wang perjanjian yang pertama dan kemudiannya menjadi "funder” Tuhan (God’s Banker). Perkataan "funder" asalnya bererti "Pemegang Amanah untuk barang Berharga", kuasa mereka meningkat kepada tahap di mana mereka berpotensi mengancam kedua-dua Roman Katolik Paus Clement V dan Raja Philip IV Perancis.

Pada hari Jumaat "13" Oktober 1307, satu arahan rahsia yang dikeluarkan oleh Pope untuk memusnahkan “Order” tersebut telah dijalankan secara keganasan dengan menggunakan alasan mereka mengamalkan amalan Bida’ah dan penyembahan syaitan. Kebanyakan kekayaan para Templar telah dirampas. Namu begitu, sebahagian besarnya telah disimpan. Penganiayaan ke atas para Templar Knights paling teruk terjadi di Perancis di mana ia memberi manfaat kepada Raja Perancis, namun begitu di negara lain mereka sempat bersembunyi dan terselamat.

Berikut adalah gambar dan simbol yang dikaitkan dengan nombor 13. Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih lanjut :


Thursday, May 31, 2012

Simbol dan Maksud Tersembunyi Dalam 1 Dollar US (Part 1)



Jika kita lihat dengan teliti pada USD 1, dapat dilihat pelbagai mesej pada simbol-simbol yang wujud pada wang kertas tersebut.

1)     Bohemian Grove Owl (Moloch)


Gambar menunjukkan Presiden Nixon dan Ronald Regan duduk di sebuah meja di Bohemian Grove.

Bohemian Grove adalah kelab/pertubuhan rahsia bagi golongan elit di dalam hutan California. Antara amalan kelab ini adalah pengorbanan manusia secara olok-olok untuk disembahkan di hadapan Patung/berhala gergasi yang dipanggil Molokh (Dewa Burung Hantu Golongan Occultic).

Tuesday, May 29, 2012

Raja Segala Konspirasi Dunia


Sejak tahun 1990-an iaitu sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.

Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah :

·         Dajjal akan muncul …
·         Dajjal sudah muncul …

Terdapat tafsiran untuk kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Oleh itu, mana satukah yang tepat?

Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.

Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.

Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari Khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.

Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda


Monday, May 28, 2012

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Dunia

 

Kedua-dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.

Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.

Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat di hadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.
Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya.

Keyahudian David Beckham


Bukti Osama bin Laden adalah Anggota CIA


Sebuah berita yang mengejutkan ramai pihak mengenai keakraban antara pergerakan rahsia AS, CIA dengan seseorang yang namanya mencuri tumpuan umum setelah peristiwa 11 September 2001, Osama bi Laden. Menurut Majalah Times, Osama adalah seorang agen CIA. Ia diberikan latihan perisikan yang terbaik, persenjataan lengkap, kemudahan dan wang terlalu banyak selama bertahun-tahun.

Jika benar bahawa Osama adalah agen CIA, maka serangan roket yang dilancarkan AS ke Afghanistan boleh jadi bukan untuk menghancurkan Osama dan para penyokongnya, tetapi sebuah serangan yang ditujukan untuk membina imej Osama dan membuat dirinya dihormati di kalangan umat Islam yang menentang pemerintahan AS.

Tugas baru Osama adalah untuk dipergunakan sebagai alasan membenarkan serangan AS ke atas Afghanistan. Misalnya, ketika Osama dikhabarkan berada di Afghanistan, maka AS mempunyai alasan yang kukuh untuk mengebom negara tersebut dengan alasan “Memerangi Keganasan”, slogan perang yang dikumandangkan oleh era kepimpinan George W. Bush. AS juga dapat mengebom negara-negara lain dengan alasan untuk mengejar Osama.



Friday, May 25, 2012

10 Pertubuhan Rahsia (Secret Societies)


1.         Skull and Bones Club

Ahli The Skull and Bones (George Bush berdiri di sebelah kiri Jam) [1947]

The Order of Skull and Bones, salah satu pertubuhan di Universiti Yale asalnya dikenali oleh Brotherhood of Death (Persaudaraan Kematian). Ia merupakan salah satu pertubuhan rahsia siswa tertua di United States (Amerika). Ia ditubuhkan pada 1832 dan keahliannya hanya dibuka untuk beberapa golongan elit. Pertubuhan ini menggunakan ritual yang diilhamkan dari ritual golongan masonic. Ahli-ahlinya akan berjumpa setiap hari Khamis dan Ahad setiap minggu di dalam bangunan yang mereka gelarkan sebagai “Tomb” (Makam).

Mengikut apa yang dikatakan oleh Judy Schiff, Ketua Aktivis di Perpustakaan Universiti Yale, nama ahlinya tidak dirahsiakan sehingga pada 1970-an, tetapi ritual tetap dilakukan. Kedua-dua Presiden Bush adalah ahli kepada pertubuhan ini semasa mereka menuntut di Universiti Yale dan beberapa ahli yang lainnya telah pergi dengan kemewahan dan kemasyhuran.

Pertubuhan ini dikelilingi dengan pelbagai teori konspirasi : antaranya yang popular di mana kemungkinan idea penubuhan CIA (Central Intelligence Agency) tercetus dari ahli pertubuhan ini. Cia ada menyebut pada 2007 (sama dengan masa zaman filem popular The Good Shephard) di mana ia menafikan bahawa pertubuhan ini adalah inkubator untuk CIA. Anda boleh membacanya di sini.


Thursday, May 24, 2012

Raja Namrud dan Hubungannya dengan Illuminati


 Patung Besar Namrud

Raja Namrud bin Kan”an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim AS. Dan Namrud adalah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim AS kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa Allah adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam Al-Quran Al-Karim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Surah Al Baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsirkan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Namrud (Nimrod) telah membawa dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan Namrud memarahi Baginda dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim AS dari api yang panas bersemarak itu.


Monday, May 14, 2012

Rahsia Disebalik Tarikh 1hb Mei


Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.

Tarikh 1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh kegemaran bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei? Kenapa tidak 1 Jun, Julai atau Ogos?

 (Kiri) Logo Illuminati (Kanan) Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt

Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Apakah Illuminati ?

Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.

Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.

Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia


Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.

Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.

Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia


Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.

Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.

Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.

Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller

 Withrop Rockefeller 

Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.

Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.

Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.

Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.

Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta


 George W Bush

Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke atas Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.

Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq.

Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio



Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.

Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”

Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. Rujuk link ini.

Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.

Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam


Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.
Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology, The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.

Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.

Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust


Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.
Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.

Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.


(Gambar) Belia Israel mementaskan drama sempena Hari Holocaust di Tel Aviv pada 30 April 2008 baru-baru ini.

Kesimpulan

Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia.

Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.

Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

Thursday, May 10, 2012

Wahabi Tali Barut British Freemason



Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang “Keganasan” dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.

Barat dan Islam mempunyai era yang panjang dalam kesesuaian antara mereka, namun sejarah telah diubah untuk menjana mitos “Pertembungan Ketamadunan” (Clash of Civilazation). Dalam perancangan untuk membakar sentimen Barat untuk menentang Islam, kesemua perhatian kita telah difokuskan ke arah sifat-sifat Wahabi yang fanatik, atau lebih spesifik, kita diarah memperkatakan tentang individu yang direka personalitinya oleh golongan Freemason iaitu Osama Bin Laden.

Peter D. Goodgame (Penulis Buku Konspirasi Politik)

Bagaimanapun, menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu “The Globalist and the Islamist”, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk “Mir’at al-Haramain”. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara “Pecah dan Perintah” (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri  dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.

Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat kefanatikan dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.



Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II

Bagaimana pun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, British amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai Murtad.

Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Abdul Wahab adalah instrumen yang sesuai yang boleh digunakan mereka untuk membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap soal undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat Islam.



(Gambar) Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.

Syeikh Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Abd Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Setahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila British Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama’-ulama’ boneka Wahabi.



Osama Bin Laden

Kontraktor-kontraktor boneka mula diberanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya membina masjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai suatu projek mempromosi aktiviti “Bunuh Diri Untuk Agama” di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam ialah Osama anak kepada Laden.

Osama yang berfahaman Wahabi ini tahu strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat ia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000. Kenapa pasukan Mujahidin di Afghanistan senang menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia.  Cuma yang menyedihkan adalah pasukan Mujahidin yang berhati mulia di sana tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon terhandal keluaran Freemason iaitu Rothschild.

Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan Keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi Keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild. Matlamat tercapai, untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek, adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos-kos pembinaan masjid seluruh Arab Saudi.

Dalam 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik berbincang tentang peranan beliau dalam agenda One World Government sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka-boneka rangkaian Illuminati.

Diterjemah dan diubahsuai dari artikel David Livingstone, penulis buku The Dying God: The Hidden History of Western Civilization