Showing posts with label vatican. Show all posts
Showing posts with label vatican. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 6)


Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #2)

Perang Hittin 1187

Pertempuran Hittin : Tentera Salahuddin al-Ayubi berjaya ke atas Tentera Salib

Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias kini dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai "Tanduk Hattin" kerana terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara tentera Islam dan angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4 Julai 1187.

Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

Latar belakang Perang Hittin

Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun 1186 kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki Sibylla yang bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul Maqdis. Sibylla berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.

Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara “kumpulan mahkamah” yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan negara Eropah lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar. Kumpulan kedua pula dikenali sebagai “kumpulan pertuanan” yang diketuai oleh Raymond III dari Tripoli yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V. Kumpulannya telah bangkit menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh mereka.

Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis untuk membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus melalui bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy yang ingin mengepung Tiberias.

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 5)


Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #1)


Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau? Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu, The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau, kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama, sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru, pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II, raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem). Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur. Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci, para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak, tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah tewas di tangan orang-orang Islam, mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau perbankan, dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian, pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight Templar dan menghukum para ahlinya. Grand Masternya, Jacques de Molay dan orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?

Monday, June 18, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 3)



Kisah Paderi Dan Rahsia Anak Kunci Syurga

Dalam artikel yang lalu, kita telah gazetkan mengenai satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi katolik, yang akan membawa anda menyingkap rahsia disebalik 2 kunci bersilang. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Berikut adalah kisah Paderi dan Kunci Syurga,

Kisah Paderi dan Kunci Syurga

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini. "

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Sunday, June 17, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 2)

The Keys of Kingdom of Heaven



Rahsia Dua Kunci Bersilang

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang; satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.

Bagi penganut Kristian yang kurang peka tidak mahu mengkaji, tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini. Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-ukiran; mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.” - Bernard Shaw

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (Siri 1)


Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan.

Dalam Artikel Bersiri (Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar) ini, kita akan mencantum petunjuk-petunjuk untuk mendapatkan satu jawapan kepada Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar tersebut.


Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.

Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun sebelum itu, kita perlu membongkar klu-klu mengenai Dua Rahsia Sulit Terbesar ini. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.

Friday, May 25, 2012

10 Pertubuhan Rahsia (Secret Societies)


1.         Skull and Bones Club

Ahli The Skull and Bones (George Bush berdiri di sebelah kiri Jam) [1947]

The Order of Skull and Bones, salah satu pertubuhan di Universiti Yale asalnya dikenali oleh Brotherhood of Death (Persaudaraan Kematian). Ia merupakan salah satu pertubuhan rahsia siswa tertua di United States (Amerika). Ia ditubuhkan pada 1832 dan keahliannya hanya dibuka untuk beberapa golongan elit. Pertubuhan ini menggunakan ritual yang diilhamkan dari ritual golongan masonic. Ahli-ahlinya akan berjumpa setiap hari Khamis dan Ahad setiap minggu di dalam bangunan yang mereka gelarkan sebagai “Tomb” (Makam).

Mengikut apa yang dikatakan oleh Judy Schiff, Ketua Aktivis di Perpustakaan Universiti Yale, nama ahlinya tidak dirahsiakan sehingga pada 1970-an, tetapi ritual tetap dilakukan. Kedua-dua Presiden Bush adalah ahli kepada pertubuhan ini semasa mereka menuntut di Universiti Yale dan beberapa ahli yang lainnya telah pergi dengan kemewahan dan kemasyhuran.

Pertubuhan ini dikelilingi dengan pelbagai teori konspirasi : antaranya yang popular di mana kemungkinan idea penubuhan CIA (Central Intelligence Agency) tercetus dari ahli pertubuhan ini. Cia ada menyebut pada 2007 (sama dengan masa zaman filem popular The Good Shephard) di mana ia menafikan bahawa pertubuhan ini adalah inkubator untuk CIA. Anda boleh membacanya di sini.


Monday, May 14, 2012

Muhammad Yang Direka oleh Puak Gereja


Pengakuan dari bekas Jesuit 
Maklumat ini datang daripada Alberto Rivera, mantan imam Jesuit selepas penukaran kepada Kristian Protestan. Hal ini dikutip daripada ”THE PROPHET", diterbitkan oleh Chick Publications. Sejak penerbitan tersebut, beliau telah beberapa kali gagal dalam hidupnya, sehinggalah beliau meninggal dengan tiba-tiba akibat keracunan makanan. Kesaksiannya tidak boleh disembunyikan. Dr Rivera berbicara kepada kita masih ...
"Apa yang saya akan memberitahu anda adalah apa yang telah saya pelajari di ceramah rahsia di Vatican ketika saya adalah seorang pendeta Jesuit, di bawah sumpah dan perlantikan. Seorang kardinal Jesuit bernama Agustinus Bea menunjukkan kepada kita bagaimana Katolik Rom sangat menginginkan Baitulmuqaddis pada akhir abad ketiga. Kerana sejarah agama dan lokasinya yang strategik, Bandar Suci itu dianggap sebagai harta tak ternilai. Sebuah skim harus dikembangkan untuk menjadikan Baitul Muqaddis sebuah bandar Katolik Rom."

"Belum dimanfaatkan besar sumber tenaga yang boleh melakukan pekerjaan ini adalah anak-anak Ismail. Masyarakat Arab miskin menjadi korban kepada salah satu rancangan yang paling pandai yang pernah disusun oleh kuasa-kuasa kegelapan. Awal Kristian kepada mana-mana dengan Injil mendirikan gereja-gereja kecil, tetapi mereka bertemu pembangkang berat. Baik Yahudi dan kerajaan Rom menganiaya orang-orang percaya akan ajaran Isa Al-Masih untuk menghentikan penyebarannya. Tetapi orang-orang Yahudi memberontak terhadap Rom, dan pada tahun 70 AD, tentera Rom dibawah Jeneral Titus menghancurkan Jerusalem dan menghancurkan kuil besar Yahudi iaitu jantung ibadah Yahudi ... dalam memenuhi permohonan ramalan Isa dalam Matius 24:2."

"Pada hari suci ini ditempatkan di mana kuil itu pernah berdiri, Kubah Masjid Batu berdiri sebagai tempat kedua yang paling suci bagi umat Islam. Penyapuan perubahan dalam angin. Rasuah, apatis, keserakahan, kekejaman, penyelewengan dan pemberontakan sedang melanda di Empayar Rom, dan semua itu telah sedia kepada kejatuhan. Penganiayaan terhadap umat Kristian itu sia-sia ketika pengorbanan nyawa mereka demi Injil yang di bawa Isa Al-Masih."

"Satu-satunya cara syaitan mahu menghentikan dorongan ini adalah untuk mencipta agama Kristian palsu untuk menghancurkan pekerjaan tuhan. Cara untuk menanganinya adalah di Rom. Agama mereka telah datang dari Babel kuno dan semua yang diperlukan adalah face-lift. Ini tidak akan terjadi dalam semalam, namun dimulai dalam tulisan-tulisan oleh 'early church fathers'."


Early Church

"Melalui tulisan-tulisan mereka bahawa agama baru akan terbentuk. Patung Jupiter di Rom itu akhirnya disebut St. Peter, dan patung Venus buat kali terakhir menjadi Perawan Maria (Virgin Mary). Tempat HQ yang berada di gunung yang ke 7 ini di panggil Vaticanus. Tempat ini ialah untuk pen-doa-an kepada Satan
dan kuil ini juga adalah tempat Janus Berdiri.
(Satanic temple of Janus stood)”

Vaticanus


Janus

"Agama palsu yang besar adalah Katolik Rom, yang disebut 'Mystery, Babylon the Great, the Mother of Harlots and Abominations of the Earth' - Revelation -17:5. Dia dibangkitkan untuk menyekat Injil, penyembelihan orang-orang percaya akan Isa Al-Masih, menegakkan agama mereka, mencetuskan peperangan dan menjadikan bangsa-bangsa mabuk arak, perzinaan luar nikah seperti yang telah kita lihat hari ini."

“Tiga agama besar mempunyai satu kesamaan - masing-masing mempunyai tempat suci di mana mereka mencari petunjuk. Gereja Katolik Rom memandang ke Vatican sebagai Kota Suci. Orang-orang Yahudi melihat ke dinding ratapan di Baitulmuqaddis, dan kaum muslim melihat ke Kota Kudus sebagai Mekah. Setiap kumpulan percaya bahawa mereka menerima berkat jenis tertentu selama sisa hidup mereka untuk melawat tempat suci mereka. Pada awalnya, pengunjung Arab akan membawa hadiah untuk Rumah tuhan mereka, dan para penjaga Kaabah yang ramah kepada semua orang yang datang. Sesetengah membawa benda-benda mereka, dan tidak mahu menyinggung perasaan orang-orang ini, benda-benda mereka di tempatkan di dalam tempat kudus. Dikatakan bahawa orang-orang Yahudi memandang Kaabah sebagai Kemah terpencil Tuhan dengan penghormatan hingga menjadi tercemar dengan benda.”

“Dalam pertikaian suku di atas sebuah perigi ( Zamzam ) harta Kaabah dan persembahan yang diberikan penziarah yang dibuang ke dalam perigi itu penuh dengan pasir dan menghilang. Bertahun-tahun kemudian Abd Al-Mutalib diberi penglihatan mengatakan kepadanya tempat untuk menemukan telaga dan segala harta yang tertanam di dalamnya. Ia menjadi pahlawan Mekah, dan dia ditakdirkan untuk menjadi Datuk kepada Nabi Muhammad. Sebelum waktu ini, Agustinus menjadi bishop Afrika Utara dan berkesan dalam mempengaruhi orang-orang Arab kepada Katolik Rom, termasuk seluruh keluarga mereka. Itu adalah di antara Arab ini menukarkan kepada Katolik bahawa konsep mencari nabi Arab dibangunkan.”

“Ayah Muhammad meninggal kerana penyakit dan anak laki-laki yang lahir daripada keluarga Arab yang besar di tempat-tempat seperti Makkah telah dihantar ke perkampungan untuk menyusui dan dipelihara dan menghabiskan sebahagian masa kanak-kanak mereka dengan suku Badwi untuk latihan dan untuk mengelakkan malapetaka di bandar-bandar.”

“Selepas ibu dan datuknya meninggal, Muhammad dengan ayah saudaranya ketika seorang Pendeta mengetahui identitinya dan berkata: ”Bawalah anak saudaramu kembali ke negaranya dan menjaganya daripada orang-orang Yahudi, Demi tuhan, jika mereka bertemu dengannya dan tahu apa yang aku tahu, mereka akan mentafsirkan jahat terhadap dirinya kerana beliau kelak bakal menjadi seorang pemimpin yang hebat."

“Biarawan Katolik Rom telah meniup api kemaraan untuk masa depan penganiayaan Yahudi di tangan para pengikut Muhammad. Vatican sangat menginginkan Baitulmuqaddis kerana makna keagamaan, tetapi diingkari oleh orang-orang Yahudi."

“Masalah lain adalah orang Kristian sejati di Afrika Utara yang memberitakan Injil. Rom Katolik yang tumbuh dalam kekuasaan, tapi tidak akan membiarkan pembangkang. Jadi timbullah bagaimana Vatican harus membuat senjata untuk menghilangkan kedua orang Yahudi dan orang-orang Kristian sejati yang menolak untuk menerima Katolik Rom. Melihat ke Afrika Utara, mereka nampak banyak sekali orang Arab sebagai sumber tenaga kerja untuk melakukan pekerjaan kotor mereka.

Sesetengah orang Arab telah menjadi Katolik Rom, dan boleh digunakan dalam melaporkan maklumat kepada para pemimpin di Rom. Sedang yang lain digunakan dalam rangkaian perisik bawah tanah untuk melaksanakan rancangan induk Rom untuk mengendalikan banyak orang besar daripada orang-orang Arab yang menolak Katolik. Ketika St Augustine muncul di tempat kejadian, dia tahu apa yang sedang berlaku. Biaranya berkhidmat sebagai asas untuk mencari dan memusnahkan naskah Al-kitab yang dimiliki oleh orang Kristian sejati.

Sebahagian maklumat yang telah diterjemahkan kembali dan tidak dapat dimasukkan kesemuanya atas sebab kerisauan penyelewengan pemahaman dan apa yang dipaparkan adalah untuk difikirkan tentang perencanaan Paus dalam menakluki dunia dan membentuk agama bertuhankan Dajjal yang dilaknat Tentang penyelewengan ini disebarkan pada penganut Kristian sejak dari dahulu lagi agar mereka terpengaruh dengan dakyah paus bahawasanya Muhammad itu adalah ciptaan mereka.


Ramalan kedatangan Pope Roman Peter II


Pendedahan dan Konspirasi Pope Benedict XVI!

Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai perancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masalah mengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasalahan pencabulan di gereja. Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu menyelesaikan permasalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini.



Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini menandakan kebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah sesama Islam suatu masa nanti?


Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah. Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan :

daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud,
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Apakah kita hari ini merasa berbangga dengan bilangan umat Islam yang begitu ramai? Bukanlah untuk memperlekehkan umat Islam itu sendiri tetapi sesuatu harus dilakukan demi memartabatkan Umat Islam yang sejati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. Kualiti Penganut agama Islam telah jatuh dengan teruknya hari ini. Hadis Baginda Rasulullah diabaikan, perpecahan sesama Islam juga tidak kurang hebatnya, saling menuduh sesama Islam, kafir mengkafirkan sesama Islam dan berbagai-bagai lagi pendapat yang menggunakan akal keselesaan manusia itu sendiri demi kepentingan yang menguntungkan peribadi.

Terdapat di mana hadis-hadis qudsi dipertikaikan sebagai contoh hadis yang bermaksud :

"barangsiapa yang kenal akan dirinya maka kenalah ia akan Tuhannya".

Ilmu-ilmu berkaitan mengenal Tuhan kerapkali dipertikaikan. Sedangkan Rasulullah juga melalui proses mengenal Tuhan. Tidaklah Rasulullah dilahirkan di dalam keadaan terus beragama Islam. Baginda melalui perjalanan yang perit dalam hendak mengenal Tuhan dan apa yang Rasulullah lalui ini akan juga kita lalui sekiranya kita benar-benar ingin mengenali akan Tuhan yang menjadikan. Begitu juga Pemimpin akhir zaman yang kita nanti-nantikan. Kedatangan Imam Mahadi bukanlah begitu mudah untuk kita mengenalinya.

Tidaklah mustahil sekiranya pada suatu masa nanti seandainya ada dari kalangan umat yang mengaku dirinya Islam tetapi menentang sendiri akan kebangkitan yang dinanti-nantikan. Jadi di mana perletakkannya sebagai seorang Islam tetapi pada hakikatnya menentang Islam yang sebenarnya.

Pun begitu kedatangan Imam Mahadi akan disusuli pula dengan kehadiran Nabi Isa a.s. bagi melengkapkan hadis Rasulullah s.a.w. yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk membunuh Dajjal alaihi laknat.

Ramalan St Malachy

St Malachy, (w. 1148) Bishop Ireland telah meramalkan dan menghasilkan senarai yang tepat paus masa depan yang bermula dengan Paus Celestinus II pada tahun 1143. Senarainya terdiri daripada karakteristik dari setiap paus. Dari senarai ini daripada 112 paus yang ada, hanya tinggal 2 lagi selepas Pope John Paul II yang meninggal pada tarikh 2 April 2005. Ramalannya mengenai paus sebahagian besarnya cukup tepat mengenai karakteristik yang mengenal pasti setiap baris yang didedahkan. St Malachy tidak memberikan ramalan atau maklumat mengenai apa yang berlaku selepas paus terkini. Menurut beberapa peramal lain bahawasanya telah tiba kepada akhir zaman.

Menurut penulis biografinya, St Malachy mengunjungi Rom pada tahun 1139 ketika ia masuk ke dalam tempat ramalan dan membayangkan sesuatu. Malachy menuliskan visi yang luar biasa ini di mana ia mendakwa telah meramalkan semua paus dari kematian Innosensius II hingga penghancuran gereja dan kembalinya Nabi Isa. Dia menamakan 112 paus daripada waktu itu hingga akhir.

St Malachy menulis beberapa kata menghuraikan dalam Bahasa Latin satu demi satu tentang Paus. Dia kemudian memberikan naskah kepada Paus Innosensius II dan disimpan di Arkib Vatican di mana mereka telah terlupa selama beberapa abad. Pada tahun 1590 ianya ditemui semula dan diterbitkan. Berikut adalah ramalan daripada lima Paus terakhir.

Paus No 108:
Paul VI (1968-78). The prophecy for the 108th pope, "flos Florum", yang bermaksud "Bunga Bunga." Paul VI mengandungi tiga lambang Fleurs-de-lis (Isis blossoms)

Paus No 109:
John Paul I (1978). The prophecy for 109th pope adalah "De Medietate Lunae," yang bererti "Half Moon." John Paul I lahir di keuskupan Belluno (beautiful moon) dan dibaptis Albino Luciani (white light). Beliau menjadi paus ketika pertengahan bulan (26 Ogos 1978). Dia meninggal bulan berikutnya selepas gerhana bulan.

Paus No 110:
John Paul II (1978-2005). The prophecy for the 110th pope adalah "De labore Solis," yang bermaksud "daripada tenaga matahari." John Paul II lahir saat gerhana matahari pada 8 April 1920. Ketika matahari terbit dari Timur, sehingga ia datang ke Vatican daripada timur. Di mana pun di bumi matahari bersinar, beliau telah melawati.

Jika benar ramalan St Malachy, hanya akan ada dua paus sebelum akhir dunia ini, seperti yang kita ketahui dan Kedatangan Kembali Nabi Isa a.s. Jadi apa yang St Malachy anggarkan sudah tentu berlaku dalam kerangka waktu yang tepat. Pope John Paul II pernah menyedari ramalan ini dan pernah menyebut tentang perkara ini supaya diambil perhatian.

Tambah ke ramalan St Malachy ini menunjukkan bahawa John Paul II akan memiliki dua waris terpilih pada waktu yang sama. Satu akan menjadi Anti-Paus dan menggunakan nama Peter. Dan akhirnya akan turun kebenaran daripada sejarah Kristian dan membawa kembali beberapa tafsiran lama yang sangat menjengkelkan bagi banyak orang. Orang mungkin mengatakan bahawa ia akan membalikkan keadaan terbalik.

Menurut St Malachy, hanya tinggal dua paus sahaja lagi.

Ramalan mengenai 111th pope dia berkata, "Gloria Olivae," yang bermaksud "kemuliaan Zaitun." Mungkinkah ia mengenai akan Order of Saint Benedict, juga dikenali sebagai Olivetans?


Ranting zaitun mewakili kedamaian. Adakah dia akan memainkan peranan dalam membawa pelbagai agama bersama-sama dan memajukan toleransi selama memegang jawatannya? Dalam masa 24 jam selepas pilihan raya, Islam dan para pemimpin agama Yahudi menyarankan peranan seperti itu untuknya. Mudah-mudahan, dia dapat memimpin dunia keagamaan untuk mengenali dan menumpukan perhatian pada kesamaan kepercayaan mereka Tuhan yang sama daripada perbezaan-perbezaan mereka.

Mungkin melalui pelaksanaan toleransi kita boleh melihat ke masa depan di mana orang berhenti mengesahkan pembunuhan satu sama lain atas nama Tuhan yang satu. Kita lihat apa yang dibawa pada masa kini dalam 'New World Order', 'One World Religion' dan juga 'New Age'.

Pohon zaitun juga sering menjadi simbol bagi Bani Israel di dalam Alkitab. Adakah ini bermakna bahawa Paus ini seorang yahudi yang dilihat sebagaimana pembelaan terhadap negara Israel yang tidak sah ini dibela hari ini? Dan juga setiap hari kegilaan mereka hendak meruntuhkan Masjidil Al-Aqsa semakin menjadi-jadi seperti mereka ini seolah-olah menyediakan tempat buat kedatangan yang dinanti-nantikan mereka.

The prophecy of the 112th and last pope yang paling menarik. St Malachy meramalkan,

"Dalam penganiayaan terkini daripada Gereja Rom Katholik di sana yang akan memerintah iaitu "Petrus Romanus" (Peter the Roman), yang akan memberi makan kepada pengikut-pengikutnya yang terdiri dari domba-dombanya di tengah banyak kesengsaraan; selepas kota dari tujuh bukit ini akan dihancurkan dan amat mengerikan dan menghakimi orang yang tidak mahu mengikutinya"

Beberapa sarjan percaya bahawa kota tujuh bukit sebagaimana di maksud dalam Alkitab adalah Vatican dan Gereja Katolik Rom.

Tetapi kelihatannya Kota Baitulmuqaddis sebagaimana yang ada pada zaman Nabi Isa juga dikira sebagai 'Cities of Seven Hills'. Fakta ini juga diakui di kalangan Yahudi.

Dalam Pirke de-Rabbi Eliezer bahawa "Baitulmuqaddis terletak di atas tujuh bukit" (dirakam di Kitab Legends, disunting oleh Bialik dan Ravnitzky, p.371, ayat 111).

Mari kita perhatikan kembali satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya:

“Rasulullah saw menyebut perihal Dajjal dan menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajjal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ... sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.

“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.

“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).

“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”

Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”

Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”

Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?”

Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”


Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajjal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.

Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajjal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajjal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.

Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.

“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”

“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.

“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.

“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.

“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah."

Pada masa kini dialah The Anti-Christ dengan memesongkan segalanya tentang Nabi Isa a.s. dan termasuk juga apa yang telah dibawakan oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu masa nanti pula apabila dia telah memunculkan dirinya dan tidak mustahil pula gelaran The Anti-Christ ini akan ditujukan pula kepada Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s. kelak bukanlah diturunkan semata-mata untuk membunuh Dajjal tetapi beliau juga yang akan mengislamkan kembali saki-baki kecil pengikutnya yang masih setia berpegang kepada ajarannya. Itulah di antara sebabnya baginda Rasulullah s.a.w. melarang sama sekali umatnya menyerang tempat ibadat.

Sunday, May 13, 2012

Kabbalah - Sihir dan Penyembahan Syaitan


Baphomet adalah satu dari puja-pujaan kaum Kabalis yang mewakili syaitan. Makhluk ini berkepala kambing bertanduk atau dikenal dengan kambing “Mendes”, lambang kuno untuk syaitan. Penampilannya melambangkan kekuatan-kekuatan hitam disatukan dengan kemampuan beranak-pinak seperti halnya kambing. Di dahi, diantara dua tanduk dibawah jamung, adalah lambang pentagram.

Bahagian bawah badannya diselubungi kain hitam melambangkan kerahsiaan. Baphomet digambarkan sebagai makhluk hermaphrodit dengan mempunyai buah dada lambang kewanitaan dan phallus lambang kelelakian. Dua ular melingkar di phallus yang berdiri. Ular juga merupakan simbol dari syaitan. Sayap melambangkan kemampuan Lucifer untuk Terbang.

"Bila kita telah menjadi penguasa kita harus memandang sebagai hal yang sama sekali tidak dikehendaki keberadaan agama-agama lainnya kecuali agama kita; menyatakan hanya ada satu Tuhan yang oleh takdir-Nya kita telah ditentukan sebagai 'Ummat Pilihan', dan yang melalui takdir-Nya pula nasib kita menyatu dengan masa depan dunia. Kerana alasan inilah kita harus menghancurkan semua agama lainnya. Kalau ada muncul atheisme yang baru, sebagai langkah transisi faham ini tidak akan menghalangi tujuan kita."

(Protokol Zionisme yang Keempat-belas)

Kepercayaan Kabbalah


Baphomet

Akibat mengalami penindasan yang panjang selama beribu tahun kaum Yahudi memelihara kepercayaan nenek-moyang mereka yang pada dasarnya menyimpang bahkan bertentangan dengan aqidah yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s. Kepercayaan kuno itu dipelihara dengan keyakinan untuk mempertahankan kewujudan mereka. Di antara kepercayaan yang tertua dan paling dihormati adalah kepercayaan 'Kabbalah', atau kadangkala ditulis 'Kabbala'. Nama Kabbalah diambil dari kata Ibrani 'qibil', yang maknanya "menerima". Kabbalah dalam hal ini berarti "menerima doktrin okultisme (ilmu sihir) rahsia".

Sejak masa Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Sumeria (Iraq sekarang ini) sampai dengan penjajahan Rom atas Palestin, Kabbalah tetap merupakan kepercayaan Yahudi yang sangat rahsia, yang ajarannya hanya diketahui oleh anggotanya, yang disampaikan dengan cara dari mulut-ke-mulut, disampaikan oleh para pendeta tinggi kepada para ahli bawahan. Selama jangkamasa ini para pendeta tinggi itu tinggal di Sumeria, kemudian menyebarkannya ke Mesir Kuno, dan Palestin Kuno. Salah seorang pendeta tinggi Kabbalah ialah Samiri, tokoh yang mengajak Bani Israel yang baru saja keluar dari tanah Mesir untuk menyembah sebuah patung anak sapi yang terbuat dari emas, tatkala mereka ditinggalkan oleh Nabi Musa a.s. berkhalwat di gunung Tursina di Sinai untuk menerima wahyu 'Firman yang Sepuluh' dari Allah.



Gambar Kambing "Mendes" peninggalan Mesir kuno

Beberapa waktu sesudah berakhirya penjajahan Rom di Palestin, para pendeta tinggi Kabbalah memutuskan tradisi okultisme kuno itu untuk dirakam secara tertulis ke atas papyrus berupa gulungan ('scroll') sebagai usaha agar ajaran itu dapat diwariskan kepada generasi Yahudi berikutnya. Selama masa kependudukan Rom itu ajaran Kabbalah dihimpun dari berbagai tradisi lisan ke dalam beberapa gulungan, dan akhirnya dijilidkan ke dalam sebuah kitab yang utuh.

Tugas menghimpun ajaran yang masih berupa lisan itu dibebankan kepada dua orang, yaitu 'Rabbi' (Guru) Akiva ben Josef, yang menjadi ketua Majlis Tinggi Pendeta Sanhedrin pada waktu itu, dan pembantunya Rabbi Simon ben Joachai. Pada waktu itulah Kabbalah disistematikkan menjadi dua jilid : 'Sefer Yetzerah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).

Salah satu simbol dari syaitan adalah kepala kambing “Mendes”. Imej hitam seram ini melambangkan kekuatan hitam. Simbol kambing digunakan sebagai kekuatan regeneratif Lucifer. Untuk menegaskannya, sebuah phallus laki-laki diletakkan di atas kepala kambing, sekali lagi untuk menekankan kemampuan regeneratif Lucifer.
Pentagram di atas kepala kambing adalah satu lagi simbol dari kepala kambing, iaitu setiap hujung bintang mewakili kedua tanduk, kedua kuping dan dagu kambing. Maka dengan itu dilambangkan dengan pentagram terbalik, iaitu dua hujung bintang keatas, satu ujung kebawah. Api diatas phallus juga simbol dari Lucifer, iaitu sifat keapiannya.



Kitab Zohar penuh dengan ayat-ayat yang bersifat rahsia dan perumpamaan, dan ayat-ayat itu hanya dapat difahami melalui Kitab Yetzerah, semacam kitab terjemahan. Beberapa abad sesudah Masehi, di Eropah muncul kitab ajaran Kabbalah yang baru bemama 'Sefer Bahir'- 'Kitab Cahaya'. Ketiga kitab itu semuanya tertulis dalam bahasa Ibrani, yang kemudian atas pertimbangan pragmatisme diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa Eropah. Ketiga kitab Kabbalah itu memuat turun ajaran sangat suci bagi kultus sesat, penyembahan kepada Iblis, dan menjadi buku pegangan Gereja-gereja Iblis di seluruh dunia.

Lambang dari Gereja Iblis

Kaum Yahudi Qabalis, sebagaimana ajaran Samiri, secara terang-terangan menyatakan permusuhan mereka kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Pencipta Alam Semesta. Menurut iman mereka Iblis, atau Lucifer, sebagaimana mereka menyebutnya dengan penuh hormat, telah "diperlakukan dengan tidak adil" dan ia adalah satu-satunya tuhan yang patut disembah. Iblis adalah tuhan mereka.

Iblis, atau khususnya 'syaitan', dalam bahasa-bahasa Semit (termasuk bahasa Arab) bererti "pemberontak", iaini "memberontak kepada Allah", kerana itu kaum Qabalis tidak menyebutnya dengan nama Iblis. Mereka menyebutnya dengan nama Lucifer, yang bereti "pembawa sinar cahaya". Penggunaan kata Iblis dianggap sebagai penghinaan kepada tuhan mereka. Kata Lucifer bererti cahaya, terang, pencerahan dan sebagainya.

Salah satu tema penting yang berkaitan dengan kepercayaan Kabbalah ialah kekuasaan yang datang dari cahaya, api, dan matahari. Ketiga hal itu menjadi perlambang dari ajaran penyembahan kepada Iblis, Yang dipercayai diciptakan dari api. Segala sesuatu yang berkaitan dengan cahaya, api atau matahari, merupakan perlambang dari Iblis.

Ajaran Kabbalah menjelaskan adanya hierarki kekuasaan yang mereka sebut "sefrotim", yang dalam bahasa Ibrani berarti "penyinaran". Ada sepuluh 'sefrotim', yang dalam bahasa Ibrani disebut 'sitra ahra', yang ertinya "sisi lain". Penyinaran 'sefrotim' diwakili oleh sejumlah makhluk halus yang dalam bahasa Ibrani disebut 'shedim'. 'Shedim' terdiri dari sejumlah roh. Roh tertinggi adalah Lucifer sebagai "pembawa cahaya". Semua roh yang disebut 'shedim' itu tercipta dari asal api. Oleh kerana itu api menjadi sembahan terpenting dalam ajaran Kabbalah. Beberapa di antara 'shedim' itu ada yang berkahwin dengan manusia, dan mereka ini disebut 'mazzikim', atau "shedim yang tidak berbahaya", dan anak hasil perkawinan itu bila lahir disebut 'banim shovavim' yang ertinya "anak haram-jadah".

Menurut ajaran Kabbalah manusia tidak memerlukan akan Allah, bahkan menurut mereka manusia bisa menjadi manusia suci yang setara dengan tuhan. Mereka menyebut faham yang deseptik ini dengan Istilah 'humanisme', bahawa manusia berdaulat untuk mengatur hidupnya sendiri di dunia. Kaum Qabalis menyebarkan fahaman ini kepada kaum bukan-Qabalis untuk menghancurkan keimanan manusia kepada Allah.

Kaum Qabalis seringkali menggunakan simbol-simbol seks untuk mewakilkan 'humanisme'. Organ lelaki disimbolkan dengan 'phallus' ('lingga'). sebagai perlambang kekuasaan regeneratif, atau kekuasaan untuk berkembang biak. Sedangkan organ wanita dilambangkan oleh pelataran yang disebut 'yoni' yang memperlambangkan kawasan kesuburan. 'Yoni' disebut juga dengan nama lain, "Ibu Pertiwi" ('Mother Earth').

Monumen Obelisk George Washington melambangkan phallus Lucifer, iaitu kekuatan generatif. Ia menghadap ke balkoni separuh lengkung Rumah Putih, simbol dari kekuatan reproduktif organ wanita. Simbol-simbol kaum Qabalis ini bukan hanya terdapat di Mesir Kuno berupa obelisk, iaitu tugu batu tegak, tetapi oleh kaum Qabalis dibawa bersama mereka dan kemudian berkembang ke berbagai ibukota dunia seperti di Washington, DC. dan ibukota-ibukota Eropah. Obelisk yang didirikan umumnya menghadap ke bangunan pusat kekuasaan sebagai perlambang kekuasaan (kejantanan) bahkan obelisk semacam didirikan juga di Saint Peter Basillica, Vatikan.


Kaum Qabalis juga menggunakan imej segitiga dan bangunan piramid untuk mewakili struktur hierarki mereka. Para elit Qabalis duduk pada puncak piramid menguasai jisim yang berkewajiban menyokong piramid tersebut. Lambang kaum Qabalis, piramid dengan sebiji mata Lucifer yang "selalu mengawasi dan menguasai", terdapat pada sisi belakang matawang kertas dolar Amerika sekarang ini. Kaum Qabalis juga menggunakan lambang dua buah segitiga yang dipasang menjadi satu dengan posisi masing-masing terbalik, menjadi bintang segi-enam yang kini oleh orang Yahudi ditransformasikan seolah-olah sebagai 'bintang Nabi Daud as”. Dua buah bintang segitiga masing-masing dengan posisi terbalik sebagai lambang Lucifer itu disalahtafsirkan oleh kaum Qabalis sebagai lambang bintang dari "Nabi Daud" pada tahun 1948 di PBB. Penciptanya adalah Joseph Stalin, diktator Soviet Union, sebagai negara pertama yang mengakui negara Yahudi Israel.

Selain itu kaum Qabalis juga menggunakan lambang bintang segilima yang terbalik, dua hujung menghadap ke atas, dua hujung menghadap ke samping dan satu hujung menghadap ke bawah, yang melambangkan dewa berkepala kambing 'Mendes'. 'Mendes' adalah nama lain dari Lucifer. Dua hujung bintang yang menghadap ke atas merupakan tanduk, dua hujung yang ke samping adalah telinganya, dan hujung yang menghadap ke bawah adalah dagunya.

Kepercayaan Kabbalah selanjutnya tumbuh dan berkembang baik dalam jumlah mahupun dalam kekuasaan ke seluruh dunia dalam pelbagai bentuk dan aspeknya di dalam masyarakat. Para penyembah Iblis ini menggunakan pembohongan, pemerasan, rasuah, seks bebas, bahkan kekerasan, untuk mencapai tujuannya membangun penguasaan kehidupan di dunia. Ajarannya bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta Alam Semesta, dan siapa saja yang menghalangi penyembahan Lucifer.


Ini adalah mohor kenegaraan Amerika Syarikat yang terdapat pada matawang Satu Dolar Amerika. Sebiji mata Lucifer yang selalu "melihat dan menguasai, menyinar bagai matahari”, terletak di puncak piramid. Ayat latin “Anuit Coeptis – Novus Ordo Seclorum” bererti – Konspirasi Kita – sebuah Tata Dunia Baru”

Hexagram atau bintang berhujung enam dibentuk dari dua segitiga yang saling mengunci. Segitiga adalh lambang Qabalis paling umum. Segitiga yang ujungnya menghadap kebawah adalah lambang wanita yang sesuai dengan Yoni dan juga disebut segitiga air. Segitiga yang hujungnya menghadap ke atas adalah lambang laki-laki, lingga atau phallus, mewakili tuhan mereka Lucifer dan disebut juga Segitiga Piramid atau Piramid Air. Kesatuan mereka menghasilkan kekuatan iaitu prinsip generatif. Selain itu, kedua segitiga tersebut membawa erti esoterik.
Segitiga yang menghadap ke bawah disebut juga Segitiga Ketuhanan, segitiga yang menghadap keatas disebut Segitiga Piramid, yang juga simbol manusia sempurna. Kemudian mereka menunjukkan bagaimana manusia boleh menjadi tuhan, gagasan utama oleh Humanisme. Setiap sisi segitiga membentuk ‘66 kerana itu hexagram mengandung ‘666’. Hexagram digunakan pada riual-ritual sihir dan juga dianggap sebagai simbol kekuatan utama syaitan. Hexagram digunakan untuk memanggil syaitan untuk mengutuk bahan korban. Istilah “to hex” dalam bahasa Inggeris yang ertinya mengutuk datang dari amalan ini.

Kepercayaan Kabbalah - Aliran Zoroaster di Parsi

Zoroasterisme adalah salah satu cabang dari kepercayaan Kabbalah yang tersebar ke Parsi dengan amalan keagamaannya lebih menekankan kepada sihir bersamaan dengan penyembahan kepada Iblis. Para pemimpin agama Zoroaster disebut dengan nama 'magi', ritual agamanya disebut 'magus', dan dari kata inilah kemudian menjadi kata 'magis', dan al-Hadith menyebut Zoroasterisme dengan nama Majusi.

Ritual para 'magi' bertujuan untuk menyempurnakan seni sihir okultisme dan ilmu silap mata, tuju-tuju, dan 'guna-guna' dengan melalui bantuan jin dan roh-roh halus. Cabang kepercayaan Kabbalah juga berkembang ke Mesir Kuno di zaman pemerintahan Fir'aun. Ilmu astrologi (peramalan nasib yang dikaitkan dengan posisi bintang-bintang tertentu - zodiak), numerologi (peramalan berdasarkan angka-angka yang dikaitkan dengan huruf), berkembang di Sumeria, kemudian ke Mesir, ke Babilonia, dan ke Persia, yang dihubungkan dengan penyembahan roh-roh halus.

Ajaran Kabbalah di Persia tertulis di dalam kitab suci mereka yang dinamakan 'Avesta'. Di dalam 'Avesta' Lucifer disebut dalam bahasa Parsi Kuno dengan nama 'Ahuramazda' atau 'Ormuzd', iaitu "pembawa cahaya". Untuk menghormati 'Ormuzd', atau Lucifer, kaum Qabalis Zoroaster menyembah api dan matahari sebagai lambang Lucifer. Kepercayaan Kabbalah Zoroaster bertahan hidup lebih dari seribu tahun sehingga Parsi ditakluki oleh Islam pada tahun 651 Masihi. Meskipun demikian agama ini masih dianuti secara sembunyi oleh sebahagian kecil penganutnya adalah di Iran sehingga hari ini.

Kabbalah di Jerusalem

Di Palestin kelompok Qabalis dipimpin oleh Herodus II, gabenor Rom di Jerusalem, dengan dua orang pembantunya, Ahiram Abiyud dan Moav Levi. Herodus II memimpin kaum Qabalis melawan penyebaran ajaran Jesus. Kelompok ini berupaya membangun kembali Haikal Sulaiman di Jerusalem sebagai pangkalan gerakan mereka.

Majlis Kuasa Rahsia Kabbalah yang dianggotai oleh 9 orang pendeta Kabbalah bersidang pada tarikh 10 Ogos 43 Masihi yang dipimpin oleh Herodus II, Abiyud, dan Levi. Persidangan pada hari itu memutuskan untuk mengakhiri kegiatan Jesus serta para penganutnya. Herodus II memerintahkan untuk menyembelih Nabi Zakaria a.s. dengan menggunakan gergaji pemotong kayu. Dia kemudiannya mengarahkan untuk membunuh Nabi Yahya a.s. dan juga mengarahkan kepala Nabi Yahya a.s. yang telah dipenggal itu disembahkan di atas sebuah dulang ke hadapannya.

Dengan kekuasaannya yang luar biasa ,dia berhasil memerintahkan Majlis Tinggi Pendeta Sanhedrin, badan tertinggi pada hierarki kependetaan Yahudi, agar mengeluarkan dokrit hukuman mati berdasarkan hukum Rom di atas kayu salib terhadap Jesus dengan tuduhan telah menghina Tuhan. Herodus II juga memerintahkan membunuh Peter, murid Jesus melalui pengikutnya bernama Nero.

Dalam waktu yang singkat, lebih kurang 40 buah gereja telah dipengaruhi dan mengikuti ajaran Injil versi Kabbalah di seluruh tanah Palestin. Dalam tempoh yang tidak terlalu lama, ajaran Injil versi Kabbalah berkembang ke seluruh wilayah kekaisaran Rom dan membangun di Eropah.