Sunday, June 17, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 2)

The Keys of Kingdom of Heaven



Rahsia Dua Kunci Bersilang

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang; satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.

Bagi penganut Kristian yang kurang peka tidak mahu mengkaji, tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini. Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-ukiran; mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.” - Bernard Shaw


Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut sahaja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Paus sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Paus kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason peringkat Cahaya Iblis Terutama. Para Biskup dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatikan. Apa yang anda ingin buat jika anda dapat mengawal satu institusi yang mempunyai pengikut berbilion manusia? Ini adalah kuasa yang amat hebat, dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini. Amat bodohlah The AntiChrist jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untuk menakluk dunia. Kristian adalah mangsanya yang utama untuk menghadapi para pengikut muhammad yang digeruninya.

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa AS) dan beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Paus adalah penting bagi The AntiChrist .Amat penting. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Paus dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.

Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin anda kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Paus atas arahan Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian yang kurang peka. Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang; The Papal Crossed Key yang penuh rahsia itu.

Kami akan memberikan kepada anda. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, kami akan membawakan anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, Kingdom Of Heaven dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa AS) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dalam bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un) seorang Yahudi Galilee (arab:al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dengan bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani) bahasa yang sama digunakan oleh Isa AS dan kitab Injil yang asli.Saint Peter (atau Petrus) inilah yang dinisbatkan namanya pada ibupejabat Paus Vatikan; St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau adalah termasuk di dalam daftar duabelas sahabat Nabi Isa AS (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.

Surah Ali Imran 3:52

"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri"

Surah Al-Ma'idah: 111

"Dan (ingatlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada Al Hawariyyin, 'Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku'. Mereka menjawab, 'Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)"

Sudah pasti St. Peter (St.adalah kependekan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa AS yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa AS:

The Twelve Apostles

The Twelve Apostles

    # Peter
    # Andrew
    # James
    # John
    # Philip
    # Bartholomew
    # Matthew
    # Thomas
    # James
    # Thaddeus
    # Simon the Zealot
    # Judas Iscariot

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Biskup pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Kaisar Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada pada posisi yang sama dengan Nabi Isa AS (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan umum dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vaticano yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.

Crossed Key di dalam lencana Paus adalah perlambangan kepada Kunci-Kunci Kerajaan Tuhan 'Kingdom Of Heaven' yang disebut oleh Nabi Isa AS kepada sahabatnya itu (Peter).

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."

Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

maksud dalam Bahasa Melayu,

"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Katakunci di sini adalah Kingdom Of Heaven. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci untuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa AS) telah membukakan rahsianya kepada Peter? 

Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Paus. Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Biskup dan Kardinal diugut. Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana Dua Kunci Rahsia Bersilang Ini.

Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa AS kepada Peter?

Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible?

Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

dan lagi sekali.. Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?

No comments:

Post a Comment