Sub topik: Pintu Rahsia ke
Taman Gethsemane (part #3)
Knight
Templar dan 'Secret Societies'
Pendapat
popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan 'secret societies'
seperti Freemason dan Priory of Sion. Priory of Sion mungkin nama komersil yang
digunakan, tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang
benar-benar wujud, iaitu Rosicrusian. Kaitan di antara para Templar dan
Freemasonry amat menarik sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam
Freemasonry didedikasikan kepada nama Knight Templar.
Siapakah
sebenarnya Knight Templar ini?
Apa hubungan mereka dengan Freemasonry?
Kata
kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak adalah, Kabbalah.
Sebenarnya,
Knight Templar adalah satu lagi 'secret societies' yang ditubuhkan untuk satu
misi rahsia di Jerusalem (Baitul Maqdis). Mereka bukanlah baru belajar dan
mengetahui tentang ajaran sesat Kabbalah selepas Perang Salib, tetapi merekalah
para rahib Kabbalah dari kalangan orang-orang Eropah yang menyertai kultus
penyembah Iblis. 'Kuil Sulaiman' yang dicantumkan ke dalam nama rasmi mereka
Pauperes commilitones Christi Templique Salomonis, atau "Poor
Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon" adalah berkait rapat
dengan organisasi kelompok rahsia mereka.
'Kuil
Sulaiman' bukanlah identiti orang-orang Kristian jika hendak membincangkan Holy
Land. Lebih meyakinkan jika mereka meletakkan nama seperti Church of the Holy
Sepulchre atau Jesus's Tomb atau True Cross jika hendak mengaitkan destinasi
bagi tujuan misi mereka. 'Kuil Sulaiman' adalah lebih dekat dengan orang-orang
Yahudi, yang mengimpikan Solomon' Temple mereka dapat dibina kembali di atas
runtuhannya yang beberapa kali dimusnahkan oleh raja-raja yang menjajah mereka
seperti Nebuchadnezzar dari Kerajaan Babilon dan Titus dari Kerajaan Rom.'Kuil
Sulaiman' adalah salah satu lambang dalam Freemasonry, dan memang tujuan mereka
untuk merampas Holy Land bagi melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Tetapi
ada satu misi terahsia Knight Templar dan misi ini bercampur baur antara
kehendak gereja dan kelompok rahsia yang berusaha untuk mengawal gereja. Untuk
memilih 'kunci' yang tepat bagi membuka peti harta Knight Templar ini, kita
juga mestilah mengkaji sejarah gereja dan apa yang menakutkan mereka selama
ini.
Gereja
Roman Katolik adalah sebuah institusi Kristian yang mempercayai prinsip-prinsip
Kristian yang termaktub secara rasmi setelah Persidangan Nicea. Sebenarnya di
dalam dunia Kristian, terdapat beberapa lagi institusi selain Katolik seperti
Gereja Ortodoks, Gereja Protestan, Gereja Mormon, Gereja Timur dan Gereja
Koptik Mesir.
Gereja
Ortodoks Rusia
Tetapi
Gereja Roman Katolik adalah aliran yang dominan dan majoriti dalam dunia
Kristian.Gereja Roman Katolik umumnya terkenal dengan kepercayaan Trinitinya
iaitu mempercayai Nabi Isa a.s adalah sebati dengan Tuhan dan beliau juga
adalah salah satu dari tiga entiti 'Tuhan' (Triniti) selain Tuhan Bapa dan Roh
Kudus. Ini adalah kepercayaan pokok dalam Kristian aliran Katolik. Sejak
beratus tahun Paus dan para Biskup mempertahankan kepercayaan ini dengan
melancarkan pelbagai 'Perang Salib' seperti Perang Salib Albigensian
(1208-1229), oleh Paus Innocent III, Pengepungan Cathar di Montsegur 1243 dan lain-lain
termasuk Perang Salib yang 'teragung' menentang orang-orang Islam.
Persoalannya
adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau satu
ajaran lain yang diada-adakan?
Ini
adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri.
Kerapkali jawapan yang diberi, ia tertulis dalam Bible.
Adakah
benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?
Adakah Bible benar-benar menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para sahabatnya?
Adakah
Bible (Bible yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah
Bible yang asal, yang ada di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?
Sebenarnya terdapat banyak lagi
bible yang lain, seperti Didache, Barnabas, Thomas dan Mathias (sekadar
menyebutkan beberapa nama). Bible yang lain ini dianggap palsu, menyimpang,
tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti
Gnostik atau Apocrypha. Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis
oleh Matthew, Mark, Luke, John; yang digelar Canonical Bible atau Injil
Kanonik. Sebenarnya Bible yang empat itu bukanlah yang asli, malah ia adalah
tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil itu sendiri. Bible yang dijadikan
rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek dan bukannya Aramaik
(iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).
Dimanakah
kitab-kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi? Setidak-tidaknya berbahasa
Yahudi (Hebrew/Ibrani)?
Pada umumnya tidak ada pada hari
ini. Bible ditulis dalam banyak bahasa dan penafsiran yang
pelbagai. Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti mana asalnya di tangan
Nabi Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.
Tidak
seperti AlQuran, AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu, tidak
berubah ayat atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk
menghidu ketakutan para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai
untuk membuka peti harta karun Knight Templar.
No comments:
Post a Comment