Monday, June 4, 2012

Simbol dan Maksud Tersembunyi Dalam 1 Dollar US (Part 2)


5)     Nombor 13

Banyak yang telah ditunjukkan di Internet tentang nombor 13 dan hubungan hubungannya dengan Dollar US. Banyak yang menarik perhatian tetapi diingatkan bahwa terdapat juga yang boleh membawa anda ke arah yang salah. Berikut adalah beberapa maklumat yang baru.

Terdapat lima nombor yang kelihatan berulang secara ketara. Mereka adalah : 

·         3
·         6
·         9
·         12
·         13

Empat yang pertama adalah gandaan linear bagi tiga (3) dan juga mewakili pertiga geometri dan Triniti asal. (Suatu konsep yang penting di dalam ajaran Masonic. Iaitu 33 darjah Mason - darjah tertinggi). Ia juga adalah berpadanan dengan bahagian Min Emas (Golden Mean) yang begitu penting kepada Da Vinci " The Real Da Vinci Code" dan jujukan Fibonacci yang dianggap sebagai Keajaiban Asli Perkadaran (Natural Miracle of Propotions).

Terdapat satu pendapat yang menyatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada Rahsia Besar (Great Secret) yang hanya boleh diturunkan kepada Putera Sublime 32 Darjah Rahsia Agong (32 Degree Sublime Prince of the Royal Secret) dalam persediaan untuk ke kedudukan 33 darjah.

Ia juga adalah parameter bagi grid selari yang digunakan untuk merekabentuk segala-galanya di atas wang kertas Dollar US. Mengapa? Cuba kita ambil apa-apa nombor di dunia ini dan dibahagikan dengan 3. Kita akan lihat nombor akan sentiasa berulang sehingga ia infiniti. Ini dipercayai menjadi pegangan ajaran Masonik mengenai Kesucian. Bukti kewujudan Arkitek Agong (Great Architect).

Oleh itu, mengapa 13 begitu penting?

Ia bermula sejak kewujudan dua organisasi - Knights Templar dan Hospitaller Knights. Kedua-duanya merupakan Pahlawan Kristian (Christian Warrior Order) yang ditubuhkan untuk melindungi jemaah pendatang ke Jerusalem. Para Hospitaller setia menjadi "Alim" dan hari ini mereka dikenali sebagai “St. John Ambulans”. Manakala Knights Templar pula memperkenalkan mata wang perjanjian yang pertama dan kemudiannya menjadi "funder” Tuhan (God’s Banker). Perkataan "funder" asalnya bererti "Pemegang Amanah untuk barang Berharga", kuasa mereka meningkat kepada tahap di mana mereka berpotensi mengancam kedua-dua Roman Katolik Paus Clement V dan Raja Philip IV Perancis.

Pada hari Jumaat "13" Oktober 1307, satu arahan rahsia yang dikeluarkan oleh Pope untuk memusnahkan “Order” tersebut telah dijalankan secara keganasan dengan menggunakan alasan mereka mengamalkan amalan Bida’ah dan penyembahan syaitan. Kebanyakan kekayaan para Templar telah dirampas. Namu begitu, sebahagian besarnya telah disimpan. Penganiayaan ke atas para Templar Knights paling teruk terjadi di Perancis di mana ia memberi manfaat kepada Raja Perancis, namun begitu di negara lain mereka sempat bersembunyi dan terselamat.

Berikut adalah gambar dan simbol yang dikaitkan dengan nombor 13. Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih lanjut :



Pencari rahsia di dalam Dollar US sering merujuk kepada "Imej Flourescent 13 dan Washington" yang di anggap ajaib. Ia boleh dilihat menerusi pengimbas (model pengimbas terdahulu) dan kelihatan lampu ultra violet akan bersinar pada wang kertas tersebut. Pada bahagian wang kertas yang lain perlu dilapik dengan kertas hitam bagi mewujudkan imej ini. Setelah imbasan dilakukan, imej ini perlu diedit dengan melalui beberapa siri perlarasan "curve" dan "contrast" dengan menggunakan Photoshop sehingga warnanya kelihatan. Warna baru kemudiannya akan dilapisi dengan imbasan asal yang telah terbalikkan warnanya dan digabungkan.

Sepatutnya hasil yang kelihatan seperti gambar di bawah. Kedudukan nombor “Tiga” adalah mewakili “the Fountain of Knowledge”.



Apa yang berlaku kepada kekayaan Knights Templar adalah menjadi misteri sehingga kini. Ia merupakan antara salah satu rahsia besar yang tidak dapat diselesaikan. Terdapat juga “kebetulan” yang menarik yang mana beberapa rujukan pertama Freemason (1390) mula muncul sejurus selepas kejadian penganiayaan terhadap Knights Templar. Terdapat juga beberapa persamaan antara kedua-dua organisasi ini. Antara nya ialah :

    1) kedua-duanya mempunyai hubungan fizikal dan simbolik kepada Kuil Sulaiman (Solomon Temple)
      2) kedua-duanya mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap makhluk agung
      3) kedua-duanya mempunyai upacara rahsia
   4) kedua-duanya mempunyai fokus pada hidup hayat yang mulia dan melakukan kerja-kerja amal

Akhirnya, kedua-dua organisasi sentiasa kelihatan berkaitan dengan perbankan. Pratchet Terry, dalam novel beliau "Making Money" sering menggambarkan bahawa bank sering kelihatan seperti kuil.

Kita boleh menulis buku tentang penemuan Amerika oleh orang Eropah, namun sehingga kini masih terjadi perdebatan selepas itu. Ia adalah adil untuk mengatakan bahawa tindakan Christopher Columbus pada 1492 - 1493 telah mewujudkan kesedaran bahawa terdapat benua yang memang wujud merentasi Atlantik. Tahun-tahun yang berikutnya, kelihatan beberapa negara "Dunia lama" mengambil kepentingan kolonial dalam "Dunia Baru". Antara tahun 1492 dan 1776, Sepanyol, Belanda, Perancis dan British menuntut bahagian jajahan mereka di seluruh pelosok dunia. Dalam tempoh 1720 dan 1776 dua perkembangan menarik terjadi. Sepanjang tempoh ini, pergerakan Freemason bertambah ramai ahli dan kekuatannya manakala pada masa yang sama, keinginan untuk merdeka semakin kuat di Tanah Jajahan Amerika.

Teori mengenai asal-usul Dollar US dan The Great Seal ini : Ramai orang telah berpindah ke Dunia Baru untuk hidup lebih aman dari "Kongkongan golongan Diraja dan Agama Eropah". Besar kemungkinan bahawa di kalangan orang-orang ini adalah dari anak cucu ahli Freemason dan Knights Templar. (Kemungkinan Freemason adalah keturunan daripada Templar) Pegangan asas kepercayaan mereka adalah memepercayai bahawa "Semua Manusia Dicipta Sama Rata" dan bahawa "Kebebasan untuk Semua" harus menjadi sebahagian daripada mereka mengekalkan "Perlembagaan" mereka. Bilangan 13, tarikh di mana mereka telah dikhianati pada asalnya, adalah (dan masih) yang diterapkan ke dalam semua kerja-kerja mereka sebagai amaran kepada generasi akan datang. Malahan ia juga menentukan jumlah bilangan asal Negeri di Amerika.

Oleh itu, pereka “The Great Seal” yang asal dan mereka  yang terus merekabentuk mata wang Amerika Syarikat (The treasury Department) masih menggunakan banyak konsep geometri rahsia dan berasaskan imej yang seterusnya menambah bilangan misteri pada Dollar itu sendiri. Mungkin keturunan "Funder Tuhan" masih menggunakan nombor 13 untuk mengingatkan keturunan mereka bahawa pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa. (Sila ambil perhatian bahawa mata wang Dollar kini telah dicetak pada tahun 1963 - Satu Dollar US yang pertama telah dicetak pada tahun 1862.)


6)   Labah-Labah, Burung Hantu, Sarang Labah-Labah Dan Tengkorak?

Ini adalah salah satu "rahsia" yang terdapat pada wang kertas 1 Dollar US. Tersembunyi pada lengkung atas sebelah kiri bentuk perisai yang mengelilingi nombor satu adalah sisihan kecil daripada sarang labah-labah yang berbentuk geometri. Bentuk ini dipanggil “Labah-Labah” ataupin “Burung Hantu”. Ia sememangnya tidak dibuat sebagai kebetulan tetapi pengubahsuaian sengaja sarang labah-labah sebagai latarbelakang wang kertas ataupun sebagai corak jaringan. Jika anda memeriksa nombor 1 yang sepadan pada sebelah yang bertentangan sarang labah-labah, simulasi menunjukan gambaran labah-labah menjadi jelas. Baik "Labah-labah" mahupun "Sarang Labah-labah", ia adalah gambaran yang amat sempurna. Mungkin ini sengaja direka untuk mereka lebih mudah dikenali apabila 1 Dollar US yang pertama direkabentuk. Ia juga menunjukkan gambar Lanun apabila gambar itu dipusingkan ke 180º - Tengkorak dan Tulang yang Bersilang. Semakin kita cuba untuk meningkatkan kualiti imej, semakin kurang ia kelihatan sempurna. Anda sendiri yang memilih untuk percaya ataupun tidak.



1 comment:

  1. BET365 Online Casino NJ » €500 Bonus + 50 Free Spins
    bet365 Casino m88 online bonus review This is 코인카지노 just like in other promotions that will attract the casino bet365 players and bettors of the world,

    ReplyDelete