The Keys of Kingdom
of Heaven
Rahsia Dua Kunci
Bersilang
Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus
Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan. Ia
terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di
atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang; satu berwarna emas
dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang
menduduki kerusi Paus Vatikan.
Bagi penganut Kristian yang kurang peka tidak mahu mengkaji,
tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini. Tetapi bagi para pengikut
Illumination peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat
berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia
yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari
catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang
berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar
Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar
dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu
tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan
untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam
tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada
ukiran-ukiran; mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk
dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.
Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam
lambang Paus ini??
Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang
“Every great truth begins as a blasphemy.” - Bernard Shaw







