Sunday, June 17, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (Siri 1)


Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan.

Dalam Artikel Bersiri (Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar) ini, kita akan mencantum petunjuk-petunjuk untuk mendapatkan satu jawapan kepada Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar tersebut.


Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.

Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun sebelum itu, kita perlu membongkar klu-klu mengenai Dua Rahsia Sulit Terbesar ini. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.

Hubungan Antara Freemason dan Illuminati

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah. Telah diterangkan sebelum ini bahawa strategi Dajal adalah dengan memperbanyakkan pertubuhannya di sana-sini, satu untuk mengekalkan ia (survive) dan yang kedua untuk mengelirukan orang ramai. Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).




Menurut sejarah Illuminati moden, William Petty, Earl dari Shelburne yang ke-2, dan Baron Adolf von Knigge, adalah orang-orang yang berhasil menghubungkan organisasi "Illuminati" dengan gerakan “Freemasonry" pada Kongres di Whilhelmsbad pada tahun 1782.

Pengikut Adam Weishaupt yang kebanyakan adalah penganut Kabbalah, kemudian secara teratur melakukan penyusupan ke dalam "Freemasonry" yang pada waktu itu dipimpin Friederich yang Agung dari Prusia, termasuk Duc d'Orleans. Untuk kepentingan tersebut Adam Weishaupt mahukan dukungan dari orang-orang kaya Yahudi. Sejak terjadinya penyusupan itu sulit sekali membezakan antara “Illuminati" dengan "Freemasonry". Bahkan logo "Illuminati" (piramid dengan mata Lucifer di puncaknya), kemudian digunakan sebagai logo "Freemasonry" di samping logo berbentuk "sesiku dengan sebuah jangkasudut".

Thursday, June 14, 2012

Asal Usul Jin


Keterangan "Al-Maarij"


Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau "Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan “Al-Maarij“ itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun“ iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah“ sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.


Tuesday, June 12, 2012

Konspirasi Pendaratan Manusia di Bulan

Benarkah manusia pernah pergi ke bulan? 

Atau hanya konspirasi?

Betulkah Neil Amstrong dan Angkasawan APOLLO benar-benar menjejakkan kaki di bulan?

Jika benar mengapa tiada misi ke bulan lagi di zaman ini?

Adakah ianya merupakan satu pembohongan dari NASA?



Kontroversi Apollo 11, 20 Julai 1969

Ramai diantara kita yang pernah mendengar dan tahu tentang kapal angkasa Apollo 11 yang dikatakan membawa angkawasan Neil Amstrong ke bulan. Dikatakan kapal ini mendarat buat kali pertama di bulan pada 20 Julai 1969 sekaligus mencatat sejarah dunia. Nama Neil Amstrong menjadi sebutan apabila diisytiharkan sebagai manusia pertama di dunia yang menjejakkan kaki dibulan. Sehingga hari ini, tiada lagi manusia yang mampu melakukannya, walaupun ianya dilihat tidak mustahil untuk diulangi pada zaman sekarang. Kebanyakkan misi angkasa lepas selepas itu hanyalah ke planet-planet lain, tidak ke bulan. Kenapa?  


Gambar manusia di bulan hanyalah dengan menggunakan foto-foto pada tahun 1969 itu sahaja, tiada yang terkini. Akhirnya ia mencetuskan seribu persoalan. Selepas berkurun lamanya, evolusi serta perkembangan sains dan teknologi dunia semakin maju, satu demi satu keraguan timbul tentang kesahihan dan keaslian foto-foto tersebut.

Pakar-pakar dan pengkaji angkasa lepas mempersoalkan tentang foto-foto tersebut, lalu membuktikan ianya palsu. Manakala pihak NASA hanya mendiamkan diri, membisu dan langsung tidak menafikannya. Ini menguatkan lagi andaian bahawa misi pendaratan apollo 11 di bulan hanyalah palsu semata-mata.


Friday, June 8, 2012

Konspirasi Pembunuhan Abraham Lincoln


Abraham Lincoln

Tidak kira sama ada usaha itu bersifat positif atau negatif, pasti ada pihak yang menjadi musuh dalam selimut. Pasti ada gunting dalam lipatan. Di dalam dunia yang penuh konspirasi ini, segala-galanya masih kabur dan samar-samar termasuk yang mencipta konspirasi itu sendiri. Tidak terkecuali bagi “The Hidden Hand”, yang dikatakan memiliki segala instrumen dan fasiliti yang lengkap dan hebat termasuk segala kemampuan propaganda dan kawalan minda, masih terdapat lompang dalam usaha-usahanya. Lompang ini akan mencipta masalah yang lain, menghidupkan api dalam sekam yang jika tidak dikawal, akan membakar seluruh drama konspirasi yang direncanakan.

Di dalam dunia konspirasi, seseorang perlu pandai bermain dengan strategi. Salah strategi maka segala rencana pasti hancur. Bermain dengan konspirasi laksana bermain buah catur. Perlu bijak menafsir gerakan lawan dan perlu menutup segala lompang yang ada bagi membunuh pergerakan lawan. Setiap buah lawan adalah penting walaupun sekadar bidak, apatah lagi sepenting kuda yang sukar dilihat pergerakannya dengan jelas dan mampu membunuh dengan senyap. Namun jika pertahanan kota rapuh, bukan sahaja permaisuri malah menteri-menterinya juga mampu mengacau raja yang lemah tanpa pertahanan.

Wednesday, June 6, 2012

Konspirasi Pembunuhan Benazir Bhutto


Kenalkah anda kepada Benazir Bhutto? Wanita Islam pertama di dunia yang diangkat menjadi Perdana Menteri, selain pernah diiktiraf sebagai antara 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Megazine.


Benazir Bhutto

Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.

Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leqhari Pada tahun 2006, Interpool telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.

Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard. Dia mula belajar di Lady Jennings Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun.

Dari 1969-1973, dia telah melanjutkan pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusets, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih menyertai Phi Beta Kappa, yakni sebuah pertubuhan Yahudi.

Monday, June 4, 2012

Simbol dan Maksud Tersembunyi Dalam 1 Dollar US (Part 2)


5)     Nombor 13

Banyak yang telah ditunjukkan di Internet tentang nombor 13 dan hubungan hubungannya dengan Dollar US. Banyak yang menarik perhatian tetapi diingatkan bahwa terdapat juga yang boleh membawa anda ke arah yang salah. Berikut adalah beberapa maklumat yang baru.

Terdapat lima nombor yang kelihatan berulang secara ketara. Mereka adalah : 

·         3
·         6
·         9
·         12
·         13

Empat yang pertama adalah gandaan linear bagi tiga (3) dan juga mewakili pertiga geometri dan Triniti asal. (Suatu konsep yang penting di dalam ajaran Masonic. Iaitu 33 darjah Mason - darjah tertinggi). Ia juga adalah berpadanan dengan bahagian Min Emas (Golden Mean) yang begitu penting kepada Da Vinci " The Real Da Vinci Code" dan jujukan Fibonacci yang dianggap sebagai Keajaiban Asli Perkadaran (Natural Miracle of Propotions).

Terdapat satu pendapat yang menyatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada Rahsia Besar (Great Secret) yang hanya boleh diturunkan kepada Putera Sublime 32 Darjah Rahsia Agong (32 Degree Sublime Prince of the Royal Secret) dalam persediaan untuk ke kedudukan 33 darjah.

Ia juga adalah parameter bagi grid selari yang digunakan untuk merekabentuk segala-galanya di atas wang kertas Dollar US. Mengapa? Cuba kita ambil apa-apa nombor di dunia ini dan dibahagikan dengan 3. Kita akan lihat nombor akan sentiasa berulang sehingga ia infiniti. Ini dipercayai menjadi pegangan ajaran Masonik mengenai Kesucian. Bukti kewujudan Arkitek Agong (Great Architect).

Oleh itu, mengapa 13 begitu penting?

Ia bermula sejak kewujudan dua organisasi - Knights Templar dan Hospitaller Knights. Kedua-duanya merupakan Pahlawan Kristian (Christian Warrior Order) yang ditubuhkan untuk melindungi jemaah pendatang ke Jerusalem. Para Hospitaller setia menjadi "Alim" dan hari ini mereka dikenali sebagai “St. John Ambulans”. Manakala Knights Templar pula memperkenalkan mata wang perjanjian yang pertama dan kemudiannya menjadi "funder” Tuhan (God’s Banker). Perkataan "funder" asalnya bererti "Pemegang Amanah untuk barang Berharga", kuasa mereka meningkat kepada tahap di mana mereka berpotensi mengancam kedua-dua Roman Katolik Paus Clement V dan Raja Philip IV Perancis.

Pada hari Jumaat "13" Oktober 1307, satu arahan rahsia yang dikeluarkan oleh Pope untuk memusnahkan “Order” tersebut telah dijalankan secara keganasan dengan menggunakan alasan mereka mengamalkan amalan Bida’ah dan penyembahan syaitan. Kebanyakan kekayaan para Templar telah dirampas. Namu begitu, sebahagian besarnya telah disimpan. Penganiayaan ke atas para Templar Knights paling teruk terjadi di Perancis di mana ia memberi manfaat kepada Raja Perancis, namun begitu di negara lain mereka sempat bersembunyi dan terselamat.

Berikut adalah gambar dan simbol yang dikaitkan dengan nombor 13. Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih lanjut :