Monday, May 14, 2012

Kebenaran Islam - Persamaan Horus Dan Jesus


Cara Dajal Mengubah Agama Kristian Asal




Sepertimana yang kita semua sedia maklum, agama Kristian yang asal telah diubahsuai. Injil asal telah diubah dan doktrin trinity telah diperkenalkan. Pope telah dianggap sebagai pengganti Nabi Isa. Di sini saya akan cerita tentang macam mana agama Kristian ini telah ditukar menjadi agama Pagan. Insan yang bertanggungjawab mengubah Kristian adalah Paulus yang juga merupakan sahabat kepada salah seorang Hayariyyun (12 sahabat Nabi Isa) atas arahan Dajjal al-Masih. Di sini saya akan buka minda anda tentang persamaan Horus dan Jesus, Isis dan Mary dan Poseidon dan Santa Claus.

Horus adalah salah satu Tuhan Pagan dari zaman Mesir Purba. Dia merupakan anak kepada Isis (nama lainnya Mary panggilan Mesir lama) dan Tuhan matahari Osiris. Malangnya, ibunya telah menipunya dengan mengatakan bahawa dia lahir Virgin Birth, maknanya tidak berbapa kononnya untuk melahirkan rasa keajaiban dalam diri anaknya itu. Dia lahir pada 25 Disember. Kelahirannya disambut tiga bintang di langit (orang Mesir purba menggelar tiga bintang ini sebagai 3 Kings)

Dikatakan genius semasa kecil, sudah mengajar di kuil pada umur 12 tahun. Mempunyai 12 orang pengikut yang paling rapat. Pada umurnya 30, dia dibaptiskn oleh paderi diraja. Antara keajaiban padanya yang di gambarkan ialah dia boleh berjalan atas air, menghalau syaitan dan mengubat orang buta. Dia mati dibunuh Seth (Tuhan Jahat Mesir) dengan disalib. Hidup semula 3 hari kemudian dan diangkat sebagai Tuhan.

Orang Mesir purba yakin bahawa dia akan turun semula ke dunia dan memerintahnya selama 1000 tahun. Digambarkan mempunyai Matahari dibelakangnya kerana dia adalah Tuhan Matahari. Horus bertempur dengan Seth, dan dalam pertempuran itu dia telah hilang sebelah matanya. Jadilah simbol ini.

Inilah sebab mengapa Mason amat mengagungkan simbol mata satu dan piramid dalam pergerakan mereka. Siapa yang bermata satu ini? Dajal al-masih.

Dan anda boleh nampak terdapat beberapa cerita aneh dalam biography Horus.

Sekarang kita rujuk pada Jesus dalam Bible, BUKAN Al Quran.

Jesus adalah seorang lelaki dari bangsa Yahudi. Dia merupakan anak kepada Mary dan Tuhan Bapa. Dia lahir pada 25 Disember. Kelahirannya juga disambut tiga bintang di langit . Juga dikatakan genius semasa kecil, sudah mengajar di kuil pada umur 12 tahun. Mempunyai 12 orang pengikut yg paling rapat (Hawariyyun). Pada umurnya 30, dia dibaptiskan oleh John the Baptist (Nabi Yahya a.s). Antara keajaiban padanya yang digambarkan ialah dia boleh berjalan atas air, menghalau syaitan dan mengubati orang buta. Dia mati dibunuh orang Roman dengan disalib.

Hidup semula 3 hari kemudian (Hari Easter) dan diangkat sebagai Tuhan. Orang Kristian Katolik yakin bahawa dia akan turun semula ke dunia dan memerintahnya selama 1000 tahun. Adakah anda menjumpai persamaan antara Jesus dan Horus? Ketahuilah watak Jesus telah direka berdasarkan Horus. Jesus yang sebenar adalah Nabi Isa a.s.

Di sini sini saya letakkan gambar-gambar Jesus dan matahari (Horus). Jesus telah diubah menjadi jelmaan semula Horus. Gambar ini adalah gambar-gambar dalam gereja. Lihat matahari di belakangnya.



2 comments:

  1. Jangan jadi syaitan yang bertopengkan manusia kau iblis!

    ReplyDelete
  2. Jangan jadi syaitan yang bertopengkan manusia kau iblis!

    ReplyDelete