Monday, June 25, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 10)

Sub topik : Pintu Rahsia ke TamanGethsemane (part #6)

SiapakahPenulis-penulis Bible?


Terdapat 4 penulis Bible iaitu Mark(Markus), Mathius (Matthews), Luke (Lucas) dan John (Johannes). Dua nama iaituMark dan Luke dinisbatkan kepada nama penulis dan pengkompilasi Bible itusendiri iaitu Mark dan Luke. Matthews dan John pula dikatakan sahabat-sahabatnabi Isa (Apostles) tetapi dalam dunia Kristian sendiri banyak berbalahsiapakah sahabat Nabi Isa AS yang benar-benar melihat wajahnya, bersama-samanyadan mendengar khutbahnya. Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya untuk BibleMathius dan Johannes.

Siapakahmereka? Adakah mereka pernah melihat Jesus?

Mark (Markus) adalah teman seperjalananPaul (siapa Paul akan dibincangkan kemudian). Dia tidak pernah melihat Nabi IsaAS. dan dia juga tergolong dalam Kristian terkemudian seperti Paul (Paulus).Luke (Lucas) pula adalah seorang Greek yang baru memeluk Kristian dan bahasanyasudah tentu bukan Aramaik. Dia adalah doktor peribadi Paul dan sudah pastitidak pernah bertemu dengan Nabi Isa AS. Juga perlu diingatkan bahawa semuapenulis Bible ini termasuk Paul, semuanya berbahasa Graeco, iaitu bahasaYunani-Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak menggunakan bahasaAramaik sebagai bahasa mereka seharian.

Tradisi menyebutkan Bible Johannes(John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja Asia pertama di Efesus(Ephesus). Bible Yohanes ditulis lebih kurang tahun 85-95 Masehi dankemungkinan diterbitkan sesudah Johannes meninggal dunia.

Berkenaan dengan Bible Lucas, Somerville(seorang sarjana) berpendapat bahawa masa penulisan Bible Lucas sekitar tahun80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal atau lebih akhir kerana tidakada cukup bukti yangg meyakinkan.

"Lucas, penyusun Bible inimenurut Paulus adalah seorang doktor"
(Kolose 4 :14)


Di antara para penulis Bible, diamerupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek) yang bukan orang Yahudi,tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu Jesus. Tapi dia telahmenghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang, Paulus sendiritidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.

Dari pengaturan tulisan, diduga bahawapenulisnya kemungkinan seorang yang sangat terpelajar. Dalam pernyataanpendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya kepada Theophilus, seorang ahlifalsafah Yunani yang terkenal ketika itu,

"Theophilus yang mulia, banyak orangyang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yangtelah terjadi di antara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita olehmereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman. Kerana itu,setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya,aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supayaengkau dapat mengetahuinya, bahawa segala sesuatu yang diajarkan kepadamusungguh benar"
(Lucas 1 :1-4)

Teka-Teki Penulis Bible

Kajian yang teliti dan cermat terhadapayat ini, bahawa telah banyak penulis sebelumnya, yang berusaha menyusungambaran atau cerita (tetapi bukan Bible) dengan berdasarkan pengetahuan merekapada tradisi-tradisi lisan atau pernyataan-pernyataan para saksi langsung danpara pendukung Bible. Pada waktu Lucas menulis bukunya, Bible yang telah adahanya dua, iaitu Bible Markus dan Mathius.

Dua adalah angka pembatas, danseandainya hanya dua gambaran tentang kehidupan Jesus, maka Lucas tidak akanmenyatakan bahawa "banyak penulis" telah melakukan hal itu. Secarakronologis, Bible Markus ditulis lebih kurang tahun 65 Masehi dan Lucas pastitelah mengetahuinya, dan tentang Bible Mathius tidaklah pasti, sebab pada waktudia menulis Biblenya, Bible Mathius kemungkinan besar belum ditulis, BibleJohanes apatah lagi, ditulis pada masa yang lebih akhir. Oleh sebab itu tidakboleh termasuk diantara yang banyak.

"Pada saat itu Bible Johanes belumditulis dan tidak pasti apakah Lucas mengenal Mathius. Dan satu-satunya sumber yangjelas pastilah Bible Markus"
(DR. WilliamWrede, The Origin of New Testament, hal.48)

Jadi satu-satunya Bible yang tersediaadalah hanya Bible Markus. Empat ayat Lucas ini telah membingungkan banyaksarjana Bible mengenai siapakah banyak penulis tersebut."Banyakpenulis" adalah sedutan dari kata-kata Lucas sendiri. Pernyataan Lucaspada 2 ayat terakhir ("banyak penulis") memperlihatkan bahawa diatelah mempergunakan secara luas bahan-bahan ini dan telah mengumpulkan,mengkaji, mengubah dan mengatur kembali bahan-bahan tersebut menurutsyarat-syarat dan pilihannya sendiri, dan dia memutuskan untuk menulis suatupenceritaan yang saling berhubungan yang tidak pernah dia dakwa sebagai Bible.Dia bukannya mengaku menulis di bawah bimbingan inspirasi atau ilham, tapi diabahkan mengakui bahawa dia memiliki dokumen-dokumen yang dimiliki oleh oranglain sebagai sumbernya. Oleh sebab itu disini tidak ada kaitannya denganpersoalan wahyu. Dia menulis bagi Theophilus dan dia tidak pernah mengira bahawakaryanya akan melengkapi perjanjian baru yang diakui secara rasmi olehorang-orang Kristian dimasa datang.

Penyelesaian Teka-teki Penulis Bible

Sampai di sini anda nampak jawapankepada 'puzzle' ini? Kalau tidak cuba lihat kembali kata-kata Lucas (Luke)sendiri dalam (Lucas 1 :1-4)

"Theophilus (sebutan Forasmuch dalamversi King James) yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatuberita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, sepertiyang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksimata dan pendukung Firman. Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwaitu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untukmembukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahawasegala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar"
(Lucas 1 :1-4)

Ini adalah ayat yang merungkai sejarahpenulisan Bible. Ia seakan lima kata kunci untuk membuka 'cipher code' bagipeta ke arah Cibola dalam National Treasure 2. Dalam hal ini ia akan membukaPintu Rahsia Ke Taman Gethsemane ; ketika Nabi Isa AS bermunajat dengan penuhmengharap kepada Allah s.w.t di waktu dingin dinihari.

Dan(ingatlah) ketika Allah berfirman : "Hai Isa putera Maryam, adakah kamumengatakan kepada manusia : "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhanselain Allah?." Isa menjawab : "Maha Suci Engkau, tidaklah patutbagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernahmengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan akutidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau MahaMengetahui perkara yang ghaib-ghaib."
(Al-Maidahayat 116)


Akutidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkankepadaku (mengatakan)nya iaitu : "Sembahlah Allah, Tuhanku danTuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku beradadi antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasimereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu."
(Al-Maidahayat 117)

Untuk menyelesaikan adakah Bible yangdipakai oleh dunia Kristian adalah benar-benar asli, kita lihat kembali turutansusunan usia Bible yang empat itu (Mark,Matthews,Luke dan John).

Pertama sekali sudah tentu Mark, keranaMark iaitu penulisnya adalah teman rapat Paul (Paul adalah teman seperjalananpula kepada Barnabas - sahabat termuda Nabi Isa AS).

Keduanya Matthews. Tentang BibleMatthews (Mathius) pula, sering ditegaskan oleh gereja bahawa St.Mathius, salahseorang murid Jesus, adalah penulis Bible ini. Menurut para pakar Bible, Bibleini ditulis antara tahun 70 Masehi dan 90 Masehi (Sunderland).

Dalam Bible Mathius sendiri menentangpenegasan tentang penulisan oleh Mathius.

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihatseorang laki-laki bernama Mathius duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkatakepadanya, “Ikutlah Aku” maka Mathius berdiri dan mengikutinya”
(Mathius 9 :9)

Pernyataan ayat ini memperlihatkan bahawapenulis ayat ini bukan Mathius,kerana jika St. Mathius sendiri yang menulisnyatentulah dia menuliskan begini :

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihatdaku duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepada aku, “Ikutlah Aku”maka aku pun berdiri dan mengikutinya”
(Mathius 9 :9)

Tapi pada masa berikutnya dinisbahkankepadanya oleh seorang penulis yang tidak dikenali.

W.C. Somerville Ph.D. dari GerejaScottish cukup berani mengakuinya :

“Bible ini ditulis sekitar tahun 80 Masehioleh seorang penyusun yang tidak dikenali. Bible tersebut nampaknya dihasilkanoleh seorang yang sangat tertarik kepada agama Yahudi dan tertarik kepadaPerjanjian Lama (Old Testament), dan kemungkinan dipersiapkan untukdipergunakan pada suatu pusat di mana majoriti orang Kristian sebelumnya adalahorang-orang beragama Yahudi.”
(Somerville, AFirst Introduction to the New Testament, hal.620)
Dari sini terlihat bahawa Bible tersebutditulis oleh seorang yang bukan murid Jesus, tetapi oleh seorang yang tidakmemiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-ajarannya, dan mengumpulkanmaklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi popular tentang Jesus danajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan dokumen yang diwahyukanadalah tidak benar sama sekali.

“Dari apa yang telah dikatakan, akan jelasterlihat bahawa penulisan langsung Bible ini oleh Mathius murid Jesus, adalahtidak mungkin”
(temubualDummelow terhadap The Holy Bible, hal 620)

Alasan utama bahawa penulis Bible Mathiustidak berpuas hati dengan Bible Markus, dan menulis suatu Bible yang lebihkomprehensif dari Bible ini, menunjukkan bahawa dia memiliki akses kepada suatusumber sebagai tambahan bagi Bible Markus. Sebagai contoh, Markus tidak membuatgaris keturunan Jesus dan juga tidak membuat penyebutan yang begitu pentingtentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya Mathiusmenggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya. Keilmuan modentelah memperlihatkan bahawa pada masa itu kedua Bible ini masih dalam tahap'janin dalam kandungan'.

J. B. Phillips nampaknya sama denganpandangan Islam dan seolah-olah bersepakat dengan hujah para ilmuan Islamtentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini. Beliau adalah sarjana yangdibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan baginya untuk berbohongatau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya! Merujuk kepada katapengantarnya untuk "Bible Mathius" (lihat salinannya pada halaman362).

Phillips mengatakan tentang penulisannyasebagai berikut :

"Tradisi terdahulu menganggap Bibleini berasal dari St. Mathius, tetapi para sarjana saat ini hampir semuanyamenolak pendapat ini." Dengan kata lain, Mathius tidak menulis Bible yangmemuatkan namanya.
(Husting’s,Encyclopaedia of Religion and Ethics)

Terdapat sumber lain dari sebuah sumberumum yang dijadikan contoh oleh Mathius, Markus dan Lucas. Ketiga penulis ini,siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum tersebut. Mereka menulis seolahmelihat melalui mata "seseorang". Dan kerana mereka sepakat, ketiga-tigakitab Bible pertama tersebut dikenali sebagai Bible Sinoptik.

Jika penulis yang tidak dikenali dari Bibletersebut tidak secara tegas mengakui sumber ini, maka jelas dapat disimpulkan bahawaBible Mathius merupakan karya dari seorang pembangkang Yahudi. Ketidakjelasandari penulisnya, menutup setiap kesempatan bagi Bible tersebut sebagai sebuahdokumen yang diwahyukan.

Selepas Matthews (Mathius),Bible Lucasditulis dan kemudiannya John (Johannes). Kita ketepikan Bible yang terakhir(John) kerana jika ketiga-tiga Bible yang awal sudah berkecamuk dan meragukanapatah lagi Bible yang baru ditulis ini.

Mari kita selesaikan kod rahsia darikata-kata Lucas ini atau yang digelar orang Kristian “Luke The Evangelist”.

"Theophilus yang mulia, banyak orangyang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yangtelah terjadi diantara kita..."

'Theophilus'merujuk kepada seorang ahli falsafah Yunani. Ayat seterusnya bermaksud ramaiorang telah menulis (berusaha menyusun) ke dalam kitab-kitab atau cerita yangdibukukan (suatu berita) mengenai peristiwa yang terjadi antara Luke dan Theophilus.

Apakah peristiwa itu? Kita lihat ayat seterusnya,

"...seperti yang telah disampaikankepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukungFirman."

'...sepertiyang disampaikan kepada kita...' adalah jawapannya. Peristiwa itu adalahseperti satu perbahasan atau perbincangan atau khutbah atau pemberitahuan. Jugatidak keterlaluan jika Luke dan Theophilus telah menghadiri satu majlis ilmu.Mereka telah mendengar seseorang atau sekumpulan orang menyampaikan sesuatukepada mereka. Persoalannya, siapamereka itu yang menyampaikan syarahan kepada Luke dan Theophilus? Lihatseterusnya,

'...oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman',
ini adalah orang yang berbicara kepadaLuke dan Theophilus. 'Saksi mata'adalah orang yang menyaksikan sesuatu dengan matanya sendiri, bukan mendengarcerita dari orang lain. Dalam kes ini, orang yang memberi syarahan adalahtergolong dalam kelompok Hawariyyun (The Apostles) iaitu orang yang melihat danbersama-sama Jesus (Nabi Isa). 'PendukungFirman' adalah orang-orang yang berjuang mendukung kitab Injil yang aslidan mereka sudah pasti menghafal atau menulisnya dalam bahasa asalnya iaituAramaik.

'...Kerana itu,setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asalmulanya,...'.Dalam ayat ini Luke telah mengambilinisiatif membuat penyelidikan dari hasil syarahan dalam majlis ilmu tadi. Diamula memikirkan apa yang dikatakan oleh si Hawariy yang pernah melihat Nabi IsaAS dan hidup bersama-samanya. Kemudianapa yang dilakukan oleh Luke selepas itu?

'... akumengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkaudapat mengetahuinya, bahawa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguhbenar...'. Luke telah bertindak menulis kembali apayang dikatakan oleh si Hawariy tadi, seperti seorang murid yang menuliskannota-nota pengajian sekolahnya. 'membukukandengan teratur' bermaksud menjadikannya sebuah buku yang kemas untukdiberikan kepada Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat memikirkan dan mengkajikembali (supaya engkau dapat mengetahuinya) semua yang didengar mereka adalahsesuatu yang benar.

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawaBible Luke bukanlah yang asli, ia cuma kompilasi dari apa yang didengarnya darisebuah majlis ilmu, atau majlis syarahan golongan Nasrani awal yang berdakwahtentang keesaan Tuhan. Bukanlah persoalannya mengapa kita hendak meragui Luke,tetapi dari sini kita tahu yang Bible Lukeini tidak asli dan hasil tulisan Luke bukan wahyu atau hasil tulisan sahabat Jesus.Apabila hasil tulisan seorang yang hanya mendengar seseorang berkata-kata, makaia tidak lepas dari kesalahan mendengar atau mentafsir, menambah ataumengurangi perkataan. Tambahan pula, ia tulisan pihak ketiga, iaitu orang yangmendengar dari Hawariyyun. Luke juga bukanlah dari kalangan Yahudi tetapiberbangsa Greek, jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan dalam bahasaAramaik dengan bahasa Greek.

Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Tuhan.Dalam kiasan sastera Aramaik, Bapa merujuk kepada Tuhan dan Anak Tuhan merujukkepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-orang menyeru kedamaian dan kasihsayang di jalan-Nya. Jika orang Kristian mengatakan Jesus adalah Anak Tuhan,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat banyak pengertian Anak Tuhan yangditujukan kepada orang lain.

"Diapun akan berseru kepada-Ku :'Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan penyelamatku."
(Psalm 89 :26)

Ayat ini mengatakan Daud anak Tuhan.

"Maka engkau harus berkata kepadaFiraun : Beginilah firman Tuhan : Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yangsulung"
(Exodus 4 :22)
Ayat ini mengatakan Yaakub anak Tuhan.

"Dengan menangis mereka akan datang,dengan hiburan Aku akan membawa mereka ; Aku akan memimpin mereka kesungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersandung ; sebabAku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku."
(Jeremiah 31 :9)

Ayat ini mengatakan Efraim anak Tuhan.Jadi bukan sahaja Jesus anak Tuhan malah ramai 'anak Tuhan’ sebenarnya.

Perkara di atas sebenarnya inginmenjelaskan bahawa dalam dalam bahasa Aramaik anak Tuhan bererti orang yangdikasihi-Nya kerana berbuat kebaikan.

"Berbahagialah segala orang yangmendamaikan orang kerana mereka itu akan disebut anak Tuhan "
(Matthews 5 :9)

Sebab itu terdapat kecelaruan dari orangyang menulis kitab Bible dari orang yang mengajar Bible itu sendiri. ParaHawariyyun adalah mereka yang berbangsa dan berbahasa sama dengan Jesus atauIsa sendiri. Jadi bagaimana orang yang berbahasa Graeco atau Yahudi-Hellenistikatau Greek/Yunani atau Latin dapat menulis kitab Bible dengan jelas dan tepatseperti yang diwahyukan kepada Jesus sendiri.

Persoalannya,mengapa tidak diambil sahaja Injil-injil yang berada di tangan para Hawariy(Apostles)?

Kalau di masaLuke sendiri dia mengakui ramai yang menulis apa yang diajarkan oleh golonganawal Kristian itu, ke mana perginya Injil yang lain?

Takkanlahtiada satu Injil pun yang bertulis bahasa Aramaik atau sekurang-kurangnyabahasa Ibrani (Hebrew) atau paling tidak pun berbahasa Arab (kerana orang Arablebih dekat nasab dan hubungan geografinya dengan Yahudi)?

Jelaslah yang diambil adalah Injil/Bibleorang-orang yang baru memeluk Kristian (mualaf) seperti Luke dan Mark.Orang-orang bukan berbahasa Aramaik. Memanglah ada di antara mereka sepertiPaul (salah seorang yang menambah Bible dan menokok tambah kepercayaanKristian, karyanya ialah Surat-surat Paul yang terkenal itu) itu orang Yahuditetapi dia bukanlah satu 'suku' dengan Jesus. Paul menggunakan bahasa Graeco(Greek) sebagai bahasa sehari-hari. Samalah seperti orang Jawa dan orang Banjar.Mereka Melayu tetapi menggunakan dialek atau bahasa suku berbeza.

Ke manahilangnya Injil/Bible yang lain? Terutama yang berbahasa Aramaik?

Jika kita tahu ke mana hilangnya Bibleyang lain, kita semakin cepat meneka kunci yang mana satu adalah betul untukmembuka Harta Karun Knight Templar!


Bibliografi : Prof. H.S. Tharick Chehab'Sejarah AlKitab' KH. Bahaudin Mudhary 'Dialog Masalah Ketuhanan Jesus'


2 comments:

  1. diharap saudara update lagi rahsia dan konspirasi mengikut isu semasa..sentiasa menunggu info dari saudara..

    ReplyDelete
  2. 🔱WAKANDATOTO🔱
    ♠ BANDAR TOGEL TERPERCAYA DAN AMAN 💯♠
    JP BERAPAPUN DI BAYAR
    ♠BO BONAFIT♠

    🔜Di Lengkapi Aplikasi BBFS 7 DIGIT🆗
    🔜Diskon Pembelian Terbesar
    ➖2D 29%
    ➖3D 59%
    ➖4D 65%

    ➖ MINIMAL BET 100
    ➖ Minimal DEPO : 10.000
    ➖ Minimal WD : 50.000
    ➖ Minimal Betting : 100 / line
    ➖ Line Invest : 50 Line
    ➖ Bonus Referral 2% (Seumur Hidup )
    ➖ CashBack / Minggu
    ➖ BBFS 7 DIGIT

    ✳ HADIAH ✳
    4D di X 3.000✔
    3D di X 400✔
    2D di X 70✔

    https://www.facebook.com/groups/659390757776446/
    PIN BBM : WAKATOTO
    Whatsapp: +855 96 250 8220
    Line : WAKANDATOTO

    bandar togel

    Wakanda Prediksi

    Link Alternatif Wakandatoto

    Togel Pasaran Makati

    ReplyDelete